Tuesday, April 25, 2006

...kwang kwang kwang

Salam,

ke ke ke habis N3 aku hari ni...aku ter 'delete'. Tak pe la...apa bleh buat sapa suruh kurang sabaq.

Tak pe la bukan menarik sangat pun... citer bosan je.

Panas la bilik ni...something wrong dengan aircond gamaknya...selalu tu sejuk sangat2 mujur tak hujan bleh la buka tingkap.

Kampus dah sunyi sepi, starting from lusa till July kami bleh hu ha sikit ke ke ke budak2 cuti. Semester pendek pun tadak, 2,3 minggu ni masih sibuk lagi marking xm scripts, after that perghhh sempoi, nak buat research ka, tulis paper ka senang je tadak le gangguan siaran sangat. Nak cuti ka boleh saja... sukanya yehahhh!!!

Ada budak nak mai jumpa aku hari ni... beria tunggu sampai ke petang tak mai pun. Ntah apa-apa... mujur tadak apa2 urgent meeting, kalau tidak sure rasa bersalah sebab dah janji dengan dia, tapi dia plak tak mai. Aku suspect budak tu tak bleh jawab exam... dan nak minta naik gred carry marks...ops...minta maap ye, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... dah la masa kuliah jarang2 nampak muka... ada hati nak minta naik markah, sori brader cuba lagi di lain hari.

Penemuan terkini... aku blom apply academic transcript ... isk isk isk macam mana nak apply PhD kalau tadak benda alah tu... macam mana bleh terlepas pandang? Kena off record ni, kalau abang bulat tau bising dia. Dah bertahun grad tak teringin nak apply. Tadi kemas2 laci terjumpa borang yang dah siap diisi... pos je blom, dated last 2 years...keh keh keh...jangan U* dah tukar borang baru dah le.. baru ada akai... sure pelik ni zaman bila ni masih guna borang lama... U* pun dah ada new VC. Dengar kata the latest one bagus... sebab tu terpilih kot. Apa-apa pun tahniah kepada warga U*.

Rupanya AuntyN pun sama sekolah rendah dengan aku... my super duper senior rupanya. Memang ex-SKSP canggih2 pun kan AuntyN? Sekolah tengah pekan la katakan... he he he...

Tadak ka ex-SMAI yang ber'blog'? Kalau ada bleh jejak kasih... *aiman tak kisah*

Wah, sakan le orang Bertam... nanti ada kilang kereta kat situ. Aku tengok dari jauh je la... nak apply keja pun tak kot rasanya, kat sini pun ok. Skrg dah tak kisah nak duduk sini sampai pencen pun... kalau keja bidang ni kat tempat mana pun sama je, asalkan kita ikhlas keja, selesaikan t/jawab kita, jangan kacau orang insyaAllah selamat. Yang masalah tu kalau ada jenis yang suka kacau orang w/pun orang tak kacau dia...ni yang aku pantang sangat... Alhamdulillah so far blom terkena lagi...minta dijauhkan.

Ok cukup la kot ta ta....

~dariBMkeKK~











6 comments:

marlinabaharom said...

woi liyn! hang nak apply phD dah noooo.. achik nak buat master sampai sekarang dok tertangguh! entah ler bila boleh further nie....

alinlai said...

achik,
kalau boleh tak nak sambung tapi he he he...kami memang 'kena' sambung habis tu dah keja macam ni, malas sebenarnya... eiii orang dah bising dok tanya bila nak sambung kwang2...relax la...tahun depan kot. kat KL banyak tempat nak buat master, buat je achik kat mana2 :)

Syikin said...

eh..awatla saya terlepas entri ni?

alin ajar subjek apa? eh, bila alin punya turn wat phd? itulahkan kalau keje line akademik ni, phd tu dah jadi satu kewajiban.

cdgn wat phd kat mana nanti?

alinlai said...

ke ke ke...N3 ni lepas 2,3 kali post tapi blogger.com ni 'bengong' masa tu. PhD kat mana pun tak tau lagi, rasanya dlm M'sia jer malas nak pi luar...costly dan banyak benda nak kena settle. Lagi dekat dengan kg lagi best ha ha ha...(ada agenda ni!)

Anonymous said...

This is very interesting site... » » »

Mohd Akramuddin said...

Ex-SMAI?
Al-Ihsan Tanjung Api?
=> http://smai.freetzi.com