Thursday, January 08, 2009

Hari demi hari...

Salam,


Bam dan MakTok


Bim dan Chu



Alahai dah nak masuk keja dah, malasnya... hmmmm. Tapi kenalah pi keja juga. Hantar childcare juga budak2 ni... harap2 depa ok la. Kejap je nak 3 bulan dah. Alhamdulillah... walaupun lahir awal tapi cepat membesar budak2 ni. Sesapa yang tengok masa baru2 lahir tu mmg terkejut sebab mak aiii dah bam bam sungguh.

Masa dok menaip ni kanak-kanak ni dok merenung kipas, dok merenung TV. Saja je bagi baring dekat-dekat, adik tu tangan dia sikit2 nak tepis kakak... mentang-mentang la dia bam-bam... kakak cool je. Dah tak tido... nak minum je dua orang ni. Rasanya dah 3 bulan lebih kena bagi makan la pulak, macam tak cukup je minum susu.

Syahdunya cuaca kat luar ni... tido best ni. Akan tetapi mimpilah nak tido dengan dua orang dok merengek, dok melalak, nak minum, nak minta angkat... layan je la. Tak pe la... dah biasa pun, tak pening2 dah walaupun tido memang kurang sesangat. Layan je la.

Hari ni tgk KL Menjerit... chokia sungguh muka Lisdawat* masa tu. Macam muka minah siam pun ada gak. Skrg ni vogue skit. Lepas ni tak dpt la nak tgk Laila Majnun lagi, best plak citer ni. Tadi tgk Nabila Huda ni kat Wanita Hari Ini nampak mature plak. Agaknya lepas kahwin dia insaf :)tapi dia memang nampak ayu sangat pagi tadi, dengan pakai baju kurung. Sweet wa cakap lu. Ehhh masuk citer artis plak dah.

OK kakak dok bising2... sama ada tak kenyang, atau nak minta didukung. Boring kot dok baring je kesian kat dia. OK cau cin cau

~dariBMkeKK~

10 comments:

Ilah said...

biasalah lin, budak2 membesar,minum dgn banyaknya... kalau aktif, maknanya sihat. Tidur x cukup adalah biasa bagi ibu-ibu..hehehe. Nanti bila dah merangkak ke, lagi nak kena tengok, segala macam nanti dikutip masuk mulut..

Cuti2 atuq tv je lah..mmg la...nanti x dak chance dah..hehehe.

Alinlai said...

ilah,
iye...segala jenis program TV bleh tgk... best sungguh ;)

Zek Zek said...

Tido? hahahhahahahhaha.....nak gelak lagi..hahahhahahha...jangan harap la...nak pulak hang ada dwe sekali...lambat lagi nak jadi sleeping beauty yer...sabor...

Takpa...itu semua pengorbanan seorang ibu. =)

Alinlai said...

Kiah,
ok dah la ni, kadang2 bleh je lena sesama dgn depa...salah sorang bangkit aku pun bangkitlah... bleh adjust tu ke ke ke

AppleB said...

alin, ko dah boleh kasi nestum halus tu kat bebudak neh supaya kenyang. buat cair2 je. bagi once a day pun dah cukup.

anak aku dulu 2 bulan lebih aku dah kasik gitu sbb asik merengek lepas bagi nenen pun hahahahahahaha.

try test ler. perut kenyang hati senang. tak ler masuk angin perut tuh. gud luck bebeh.

Alinlai said...

Apple,
itulah... masuk je 3 bulan nak bagi nestum la... biar kenyang skit, ni nak minum je ... lepas tu dah pandai hisap sarung tangan... ada rasa apa ntah sarung tangan tu. Sabar je la :)TQ beb ...

Zareda Norman said...

kalau asik keriau aje, boleh dah bagi nestum halus tu.. biar cepat besar dan bersilat lah alinlai dengan anak dara kembar dia tu.. :)

Alinlai said...

zar,
iye... tido kejap bgn nak minum lagi isk isk isk mmg membesar sakan la nnt. layannnnnnn!!!

Mummy Rizq said...

rizq dulu after 6 months baru start makan.. tp keperluan derang ni berbeza... kalo rasa now dah slalu lapar.. kasik jer lah makan...

Alinlai said...

achik,
rasanya tunggu 4 bulan. selagi bleh bagi susu... bagi susu dulu la... kesian la plak nanti tak bleh hadam ke apa ke... :)