Friday, January 19, 2007

VMY2007

Salam,

Minggu ni tak la sibuk sangat pun, tapi ntah kenapa malas pulak nak update, tapi rasa macam tak best pulak bila pi blog orang lain ada je latest update, cite best pulak tu...nampak sangat la hidup gue yang boring kat sini...tapi layan je la keboringan tu.

Weekend ni ada kawan nak mai, tapi depa duduk hotel mana tak tanya pulak. Harap-harap dapat la pi jumpa depa kat mana-mana. Rasanya depa tak dapat nak pi jalan jauh-jauh sebab tanah runtuh sana sini...nak ke Kunda*sang pun tak boleh sebab tanah runtuh, tapi boleh la usulkan depa pi Kud*t, tapi nak konvoi tak dapek la...kami ada kelas hujung minggu.

Kat bawah ni artikel yang saya petik kat Berita Har*an Online hari ni....baca le...apa-apa pun JOM MELANCONG.... :)

Allah menyuruh kita berjalan atau melancong di atas muka bumi ini agar dapat kita melihat keunikan ciptaan alam. Dengan merenung kehebatan penciptaan alam akan dapat menimbulkan rasa kehambaan manusia kepada Tuhannya. Sebagai contoh keunikan hidupan bawah laut di Pulau Tioman, Pahang. Kejernihan air dan kepelbagaian hidupan lautnya amat menghibur dan menyentuh perasaan manusia yang melihatnya lantas melahirkan rasa kagum kepada Penciptanya.

Melancong juga kaedah terbaik menghilangkan tekanan perasaan dan kerunsingan. Lihat saja bagaimana Allah s.w.t pernah mententeramkan jiwa Rasulullah. Baginda dilanda musibah besar iaitu kematian Khadijah r.a isterinya yang tercinta dan juga meningkatnya tekanan kaum musyrikin terhadap baginda Akhirnya baginda dibawa oleh Malaikat Jibril a.s melancong melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Baginda dibawa dengan kenderaan berkelas tinggi iaitu Buraq dan perjalanannya pula melalui pelbagai suasana dan keadaan. Ada ketikanya baginda dikejutkan dengan suasana kesengsaraan penghuni neraka yang amat mengerikan dan ada ketikanya baginda dihiburkan dengan keriangan dan keseronokan penghuni syurga. Kemudian Baginda dibawa bertemu dengan nabi terdahulu di Masjid al-Aqsa dan sebagai kemuncaknya baginda dibawa bertemu dengan Allah lantas menerima anugerah solat lima waktu.

Pulang daripada perjalanan yang penuh bermakna inilah, baginda s.a.w semakin tabah dan kental dalam mendepani hambatan perjuangan dakwahnya yang semakin mencabar.

Melancong sesuatu yang harus, namun jika disusuli dengan niat yang baik dan tidak terbabit dengan aktiviti yang bercanggah dengan lunas-lunas agama pastinya menjadi suatu ibadat.

Justeru, bagi memastikan aktiviti pelancongan menepati kehendak Islam semua pihak yang terbabit dengannya mestilah memastikan tiada sebarang aktiviti menyanggah syariat berlaku.

Bagi agensi pelancongan, hendaklah sentiasa memastikan tiada sebarang bentuk penipuan dilakukan ke atas pelancong. Iaitu dengan mengenakan bayaran yang tidak sepatutnya, seperti khidmat pengangkutan dan pemandu pelancong. Begitu juga dengan arak, perjudian, hiburan (tidak menepati syarak) hendaklah ditiadakan. Kerana semua ini bukanlah menjadi budaya masyarakat tempatan dan adat ketimuran. Pelancong asing yang bertandang pastinya ingin melihat budaya tempatan dan bukannya budaya mereka sememangnya tidak mengenal erti halal haram.

Melalui pelancongan juga usaha menyebarkan dakwah hendaklah dilaksanakan oleh badan dakwah dengan menyediakan bahan bercetak dalam pelbagai bahasa mengenai Islam untuk diedarkan di pintu masuk ke Malaysia.

Poster dan papan iklan berkaitan dengan keindahan Islam juga seharusnya ditampal di tempat strategik menjadi tumpuan pelancong asing seperti di dalam KLIA Ekspres, komuter, monorel, bas, teksi, hotel dan sebagainya. Yang pastinya hingga kini kita belum pernah terserempak dengan sebarang bahan dakwah disediakan di tempat itu.

Di samping itu sepatutnya tulisan jawi diperluaskan penggunaannya agar masyarakat luar dapat mengenali tulisan asal bagi bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Namun di dapati di KLIA sebagai contoh, tiada langsung tulisan jawi digunakan bagi bahasa Melayu sebaliknya tulisan asing yang dipromosikan secara meluas.

Hotel sepatutnya memainkan peranan yang selari dalam memastikan industri pelancongan menepati kehendak Islam. Meskipun kebanyakan hotel menyediakan kemudahan arah kiblat di setiap bilik dan surau kecil untuk kemudahan pengunjung namun aktiviti maksiat juga yang diperbesarkan. Biasanya surau ada, pab ada. al-Quran disediakan, khidmat pelacuran (berselindung di sebalik khidmat urut) turut ditawarkan.

Pelancongan jika diteliti semula peranannya seperti yang terkandung di dalam al-Quran tidak akan hanya dipenuhi dengan kalendar hiburan dan pesta. Walaupun hasrat ingin memperkenalkan keunikan budaya dan adat masyarakat setempat adalah baik tetapi selagi ia menyanggah syariat ia tidak sepatutnya disuburkan.

Islam datang bagi memperbetulkan persepsi manusia terhadap kehidupan kerana di sebalik pelaksanaan syariat Islam di dalam segenap aspek kehidupan pastinya akan membawa kebaikan kepada manusia. Begitulah juga dengan industri pelancongan.

Semoga tibanya Tahun Melawat Malaysia 2007 tidak dicemari dengan aktiviti dilarang kerana bimbang mengundang bencana tidak terduga.



Renung-renungkannnnnn dan selamat berhujung minggu.....bye :)

~dariBMkeKK~

6 comments:

HAPPYIRFA said...

emmm ..melancong?
bagus jugak ni..tp DUIT tidak mengizinkan..

Puteri Satu said...

melancong...? mueehehehe...dok rumah lagi bagus kot...

Anonymous said...

happyfira,
yeppp bagus, tak payah pi jauh2 pun melancong dlm negeri je :)

puteri 1,
duduk rumah best melancong lagiiii best, bleh tgk tempat orang, luas pemandangan dan terbuka minda :)

arianna adrizal said...

kak lyn,
nak tanya restoran or hotel seaview yg ok kat area KK?? reply pls. tq kak.

Kaklong Syikin said...

salam,

salam maal hijrah ALin..moga tahun ni berjalan lancar segala bakal projek .

melancong? saya mmg hantu jalan, tp dah kawin ni kurang. suami sibuk. mcm tulah kalau sorang aje keja kat kl ni, kena buat banyak kejelah.

oh..saya suka ngan artikel tu..betul tu.sayang menteri pelancongan kita beragama Islam tapi fikrahnya...maaf cakap, menyedihkan.

Anonymous said...

Anne,
Promenade Hotel atau Le Meridien, Hyatt Hotel pun ok gak. Tapi kalau nak murah duduk area Kinarut pun ok gak, ada shuttle ke bandar. Seafood Rest Ocean's Seafood, Atlantis Seafood, atau Port View Seafood semua ni depan Le Meredian Hotel.

Syikin,
Iye betul tu, diorang ni takut sangat buat benda-benda yang berlandaskan Islam, tapi kalau benda2 laqa' boleh je dibuat dengan bangganya...