Friday, January 05, 2007

Hujung minggu 1 bulan 1, 2 kosong kosong 7

Salam,

Dah 5 hari dalam tahun baru, kejap je masa bergerak :) pejam celik dah habis bulan 1 erk....

Opis masih lengang lagi...masih ramai yang bercuti. Saya tak nak bercuti lagi...nak kumpul cuti sebab nak balik cuti lama sikit bulan 5 nanti naik kapal bawah ni :)


Abang bulat teringin nak golf kat Semenanjung plak...ni kena plan dengan Achik , biar orang lelaki pi golf kita pi berpoya-poya ok ka rancangan ni?

Hari ni kami ada majlis sambutan Raya Haji, Krismas & Tahun Baru... makan lagi le nampak gayanya Simah jangan sedih tang bab-bab makan ni ok, kalau hang mai sini chek bawa dan jamu hang makan-makan sakan ok? Ataupun kot-kot ada rejeki sampai sana hang bawa la chek pi makan-makan sakan boleh juga tu :)

Malam tadi tengok Amaz*ng Rac* Asia, mula-mula cuak juga sebab masa kat Indi* depa kena makan daging 'oink oink'...isk si Zabrin* tu makan ke, tiba-tiba masa makan dia sebut Jes*s...ok sahih le she's non muslim lega rasanya...kalau tidak tak boleh dibayangkan...tapi kenapalah ada juga part-part makan benda-benda pelik tu bagi la makan capati + dhal + kari yang veggie je, ni siap ada daging segala...

Tapi seronok tengok rancangan tu sebab boleh berangan berjalan ke sana sini, saya ni lemah sikit bab makan angin ni, jari ni cepat je nak klik kat website kapalterbang kat atas tu...berangan nak pi Vietn*m tahun ni...kui kui kui tapi angan-angan je, kalau jadi pun best juga tu.

Ok untuk kenkawan...selamat berhujung minggu di minggu pertama bulan 1, 2 kosong kosong 7 ni...rasanya macam nak check in kat mana-mana resort je, sebab sure tak ramai orang ke ke ke...see kan saya dah kata saya ni suka berjalan (dalam erti kata lain ngabihkan RM....erkkkk).

Bye all :)

~dariBMkeKK~

11 comments:

Mummy Rizq said...

lyn.. mai.. mai sini... biar mereka bergolf, kita berfoya foya. achik bawak hang pi jalan jalan k!

Aku Bukan Bidadari said...

mai KL ar..kita gi zoo..

Anonymous said...

achik,
iye sungguh??? dia dok gaduh tadak kawan nak teman golf kat KL, ok bleh arrange lepas ni biaq depa golf kita sakan meronda best ni :) aminnnn jadilah program kita ni.

tiara,
ok gak tu lama tak pi zoo :) berkelah kat zoo pun ok gak kan?

Anonymous said...

hehehe comel hang cakap hangpa nak berfoya foya hehehe

tak sedih..dah kenyang coklat dah.. makanan mesia nak kena tunggu setahu n dua dulu... ama huwaaaaaaaa i just discovered that my badan tak boleh makan selalu sangat lauk sambal..siap keluar benjol benjol atas kepala.. and lyn tau tak what i did.. masak ja n makan ja segala sambal tu heheheh dah kempunan nak buat apa yek?

Anonymous said...

simah.
perghhh itu tandanya hang memang dah serasi duduk turki, silap2 5 tahun lepas ni hang dah tak boleh makan sambal lagi :) setakat keluar benjol sikit2 tu kira halal je la ke ke ke...

Kiah Kardashian said...

mai datang sini ada shopping festival. Kata suka abiskan RM...hehehhe

Anonymous said...

zakiah,
kalau ikutkan hati ni semua tempat nak pi...tapi dah kawin kena la dpt approval dulu ke ke ke...masa bujang dulu memang impromptu je bab jalan makan angin ni :)

kasutVINCCI said...

konfius gak masa zabrina kena makan ba** tu. Tp tak perasan plk dia sebut jesus tu. Kalo tak baca en3 alin mmg kv tak perasan. Hahaha. Lega..

Anonymous said...

KV,
ke ke ke sama la kita, dok geli2 tgk depa makan, tapi tiba2 dia sebut that word terus legaaaaa. Tak sabar nak tunggu habis sebab nak sambung tgk prog cari menantu kat tv9 plak :)

NONIE AZIZ said...

hehehehe...alin cuba check tapak kaki tu ada tahi lalat hidup dak..kalau ada hahahaha sah!!!memang kuat berjalan!!!

Alinlai said...

MR,
memang ada...dulu masa kecik2 org tua2 selalu kata budak ni nak berjalan jauh ni, memang terbukti jauh sungguh berjalan-jalan...