Friday, June 16, 2006

Hari Jumaat yang indah....

Salam,

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat...penghulu segala hari.
Hujung minggu yang tiada apa-apa rancangan, waima rancangan tergendala...jadi lepak rumah saja le gamaknya.

Esok abang bulat ada golf tournament, aku??? Ok boleh kemas-kemas rumah dan buat apa yang patut...udang ada 1 kilo dlm petiais, masak kari/masak lemak/ buat mee udang sedap ni... *terliur la pulak*
Ahad for sure tak pi mana-mana...nganga depan TV je tgk konsert akhir **tak demam konon..**

Tadi...pi melawat budak2 yang buat praktikal kat area KK, pergi 1 tempat saja sebab ada 2 orang, komen positif daripada industri...harap-harap next year ada tempat lagi untuk junior depa pi praktikal kat situ. Lepas lawatan...brunch dengan abang bulat kat Wism* Merd*ka, lapaq sangat-sangat sebab aku blom makan apa lagi pagi ni...vitamin yang Dr bagi pun blom makan...lepas makan perut pun kenyang aku pun suka hati *tepuk tepuk....*

Pi kedai golf la lepas tu beli bola golf maklumlah esok ada orang tu nak main golf wakil U perghhh hebat abang bulat...biasalah dia kroni dapatlah wakil U, lagipun bukan ramai sangat pun yang aktif golfing, suka-suka ramailah...ada juga orang suruh aku join golf...erkkk bukanlah tak nak aku risau nanti aku yang lebih-lebih, dah gian nanti tiap-tiap hari pulak nak pi driving range hah....sapa nak jawab??? Untuk mengelakkan sebarang konflik baiklah aku tak aktifkan diriku dengan aktiviti tu... aktifkan diri dengan aktiviti masak, tengok TV dan kemas rumah lagi bagus ...

Tapi yang best ni abang bulat dah pi main golf, so minggu depan turn aku plak buat cadangan nak pi mana-mana.... rasanya nak pi pulau lagi...nak snorkeling lagi...ha ha ha....kali ni dah tau cara-cara dan apa yang patut dibawa dan dipakai untuk memudahkan pergerakan...lagilah best...ok ok aku dah ada ide untuk minggu depan, minggu ni tak pe bagi chance dekat abang bulat dengan aktiviti dia (yehahhh....)

Petang kelmarin aku berjaya membuktikan sesuatu...memanglah jiran sebelah bilik aku ni...(Dr ni dulu keja kat overseas...baru join sini less than 6 mths), merokok...dia masuk tandas kumur2 mulut masa tu aku tengah ambik wuduk, berbau rokok semerbak...kalau aku pun dah siap berwuduk memang nak tanya 'merokok ke???' tapi disebabkan aku pun sibuk dan tekun berwuduk abaikan sajalah...patutlah petang-petang bau rokok je kat level ni. Bau masuk ikut lubang aircond...tak pe nanti masa meeting aku nak cakap pasal isu merokok dlm bilik ni...sapa makan cili rasalah pedasnya (atau...sapa yang hisap rokok dapatlan kanser paru-paru....)

Oklah...untuk semua have a nice weekend, sesapa yang dah ada program bercuti-cuti M'sia atau luar negara, pi dengar talk organized by company atau apa-apa aktiviti yangg dah disusun....selamatlah ye...ciao...ta ta.

~dariBMkeKK~

13 comments:

Kiah Kardashian said...

wah orang first nih!...

serook tu trip nak snorkeling...last sekali snorkel pun kat pulau payar, langkawi. Dah tak lawa sbb ramai sangat orang kut.

have a great weekend. Kat sini weekend kita dah start.

Alinlai said...

zakiah,
welkam welkam :) rancangan je tu harap2 jadi, kalau tak jadi kenalah rancang yang lain pulak. Kat sini kena buat plan berjalan sana sini kalau tidak boring juga aktiviti biasa2 je. U too have a great one :)

simah said...

siap plan nak buat apa next week lagi tu.. jeles jeles

Sherin de Souza said...

Have a nice weekend! Minggu ni konsert AF sunday afternoon lagi kan? Kami hari Ahad selalu keluar dgn anak-anak. Nampaknya miss lagi concert tu.

Enjoy ur weekend. U tak nak main golf ke?:)

Mummy Rizq said...

menci.. menci... esok kena dtg opis! kacau time table org ajer... erm... camana nak buat mee udang tu erk? kasi resepi laa....

Alinlai said...

simah,
itulah pasal...dlm otak ni memang ada je plan ke sana sini, macam org kayo-kayo le konon...tapi belasah je asalkan dapat jalan pi mana-mana kwang kwang kwang....

Sherin,
aha minggu konsert t'hari macam last week. Kalau nak outing pun maybe lepas konsert la...kalau tak hujan, kat sini cuaca tak boleh kira kdg2 tiba-tiba je hujan... maklumlah Pulau... main golf? ke ke ke...pernah try pukul kat driving range tapi tak berapa menjadi, terus malas nak try lagi...

Alinlai said...

Achik,
mee udang??? resepi belasah je tapi menjadi la juga nanti e mail. ke ke ke pi la dengar talk tu, kot2 dpt ilmu-ilmu baru...lepas tu kongsi dengan kenkawan, bleh buat satu N3 tu :) ok slmt berenang2 dgn Ridz...

Hot Mama said...

Slamat mengemas rumah dan menonton AF4.. demam ker? Hhaahah!!!

tee said...

1. udang kalau masak sambal pun sodap...

2. waaa best tu leh gi snorkelling.. jeles ni..

3. merokok ? selalunya oghe macam kita yg dok sedut asap yg tinggi % utk dapat penyakit.. lak tu, semoking dalam bilik tertutup... hampeh tul la dr tu...

4. selamat mengemas rumah...

salam

kasutVINCCI said...

kak alin, jiran sebelah bilik tu pompuan ker? Kv pun dulu ada coursemate yg merokok. Buruk pandangan lah.

Alinlai said...

Hot mama,
demam le tu he he...buat2 tak ngaku pulak :)demam tengok je mujur tak demam Af*ndi kalau tidak lagi haru

Tee,
iye betul...udang sambal makan dgn nasi lemak panas2...snorkeling macam tak jadi je tapi tak pe plan lagi lain kali, merokok membahayakan kesihatan... katakan Tidak pada Rokok (buat poster la tampal depan bilik dia ok ke?....)

KV,
pompuan, lama dia kat overseas, so perangai dia lain sikitlah :) tapi faham2lah bangunan ber aircond nak merokok pun cover line la sikit kan? Pernah duduk serumah dengan org merokok...tapi dengar2 lepas kawin dah berhenti baguslah :)

ibuVouge said...

terabayang udang yg ak belikan sekilo dlm peti ais
cemana mee udang tu alin..kongsila resepi
tapi udang sini tak sebesar udang kk kan..

Alinlai said...

IV,
ke ke ke dah selamat mee udang dlm perut...walaupun tak cukup bahan tapi belasah je seharian la kami makan mee udang ala KK, nak resepi? Boleh...nanti bila2 masukkan dlm N3 :)