Monday, June 26, 2006

Hari Isnin yang sejukkkk....brrrrr

Salam,

Sejuknya hari ni...rasanya dalam semua berita malam ni mesti ada cite pasal banjir kat KK, sebabnya hujan selebat-lebatnya dari petang kelmarin sampailah pagi ni. Malam tadi hujan lebat + angin kencang...pagi ni tengok sungai kat sini air memang naiklah...dan rasanya kat kawasan-kawasan yang kalau hujan 2,3 jam pun air naik mesti dah banjir pagi tadi.

Biasalah...bila banyak pembangunan, banjir pun muncul kat sana sini...yang kesian tu kalau kena dekat orang susah...ramai makcik cleaner tak datang pagi ni, rasanya rumah depa air naik lagi tu.

MIL dah turun sikit darah dan tahap gula...so dia kena pantang itu ini, merungut dia sebab tak boleh makan macam-macam...jenuhlah anak-anak nak pesan. Aku kadang-kadang tercakap juga suruh dia pantang tapi bila sedar diri hmmm control control...biarlah anak-anak dia yang bising, takut nanti dia silap interpret plak apa yang aku cakap...hah dah kecik hati ka berdosa saja....

Aku tak tengok konsert akhir tapi aku dapat dengar je, rumah SIL aku tingkat 3, orang rumah tingkat 1 dan 4 pasang TV macam dia sorang je ada TV, kuat sangat. Jadinya semua orang boleh dengar sebiji-sebiji perjalanan konsert tu, eiii macam-macam fe'el orang duduk flat ni. Petang kelmarin barulah dapat tgk ulangan kat ch 15.

Yang best trip kali ni, kami bersungguh-sungguh membeli ikan dan udang...sebab makanan laut (yang mentah) memang murah kat Sdkn, udang besar sekilo RM12/- fresh pulak tu, ikan siakap hidup-hidup lagi, lobster besar-besar, eiii geram tengok. Kami beli tenggiri, ikan merah, udang besar. Malam tadi aku dah goreng udang, masak cili ikan tenggiri, goreng pekasam (Perl*s mari....) sedap makan nasi...Alhamdulillah :)

Malam tadi aku tak la tengok Eng main sebab ngantuk, sedar-sedar dah 1 - 0, menang juga Eng. Aku tak la minat sangat pasukan ni...tapi dah tadak benda layan saja ....

Pagi ni punyalah malasnya nak datang opis, dahlah hujan...sejukkkk...tapi kena mai juga.

Kenapa aku panggil my husband 'abang bulat'? hmmm kenapa ye???

Sebab suamiku ini, bulat dan comei ... kwang kwang kwang...1st time intro kat adik beradik, depa kata muka dia macam Afdl*n Shauk*, badan pun macam tu juga...cuma abang bulat pakai spek. Makin lama makin bulat sebab alasan dia aku masak sedap...(biasalah bodek....) jadi dia makan banyak... apo-apo le abang bulat :)

Hari ni kebanyakan boss tadak kat kampus sebab depa ada program kat Kening*u, makanya kami pun gumbira ria ... tadi around 11am keluar pi tampal tayar, pi bayar bills, makan dll pukul 1.30pm baru balik opis. Biasalah tu...seronoklah kami sebelum minggu depan...bila masuk budak baru...hah tak dapat nak berseronok lagi...memang busy habislah...dengan kuliah, nak sign borang gugur/tambah kursus dll...tak boleh nak bersuka ria lagi.

Stop dulu...tadak ide nak cerita panjang...ciao :)

~dariBMkeKK~

11 comments:

Sherin de Souza said...

Alhamdulillah, MIL Alin dah ok. Mmg kena jaga makan kalau darah tinggi ni.:)

Syok ye kat KK? Adik Sherin doktor kat Queen Elizabeth hospital. Kekadang tu teringin nak ke sana. Belum dapat pegi lagi.

Alin, I pun tak sempat tgk ulangan konsert AF haritu. Asyik terlepas je.

simah said...

padan la abang bulat dia bulat...bini dia masak..mak oii... dengaq pon terlioq..

sejuk tu sampai ke tahap kena pakai sweater ka? pernah naik gunung kinabalu tak?

Mummy Rizq said...

lyn-si kamarul tu hantu udang. setiap kali gi KK mesti tak lepas beli udang besar. tapi yg frozen punya lah...

Alinlai said...

Sherin,
KK syok ke tidak? Sherin kena mai sini dulu baru tau syok ke tidak :) ehh dah ada adik kat sini mai la...tapi jgn lupa contact boleh je nak jumpa kalau tadak hal. Kami macam tourist guide la kat sini :) konsert tu tengok 3/4 je sebab tak sengaja pun tukar ke ch15 tu...dapatlah tengok juga walaupun ulangan ...

Alinlai said...

simah,
he he he..lap air liur tu...sejuk biasa-biasa je tapi kalau berselimut lagi best la :) tapi kalau pi Kunda*sang tu (kaki Gg Kinabal*) kdg2 kena pakai sweater juga sebab sejukkkk...ada plan nak naik gunung tu...tapi dok bertangguh je, kena fit baru tak sakit badan sangat. Tapi nak bersenam tu malas sikit la...ke ke ke...tengok dari bawah je la gunung tu setakat ni :)

Alinlai said...

Achik,
isk boleh geng la dengan kamarul, mmg sedap udang ...masak apa pun sedap, tak pe udang frozen kat airport tu pun udang baru sebab cepat je habis, bukanlah yang dah beku 2,3 minggu :) rasa lebih kurang udang fresh juga tu. Kami pernah mabuk makan ketam, sekilo dua orang je habiskan...melantak tu bukan makan ke ke ke...

kasutVINCCI said...

akak, kat sana musim tengkujuh ke?. Tgk berita mlm tadi ckp kawasan situ banjir!

Alinlai said...

KV,
ntah la...biasanya masa ni tak hujan, cuaca sini tak boleh jangka sebab byk faktor penyumbang, kadang-kadang hujan ribut sebab ada ribut kat Filipin*, Chin* dll. Maklumlah pulau :) tapi hari ahad tu memang hujan dari petang sampai pagi t'hari Isnin...sebab tu air naik.

Sherin de Souza said...

Mmg ada plan nak ke sana tapi tak tahula bila. Ok, nanti kalau ke sana boleh la jumpa Alin ye? :)

Alinlai said...

sherin,
insyaAllah :) boleh je. Welkam welkam...

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Jeep accident pa 2005 Land rover ltd nissan truck Statistics divorce