Tuesday, June 06, 2006

Hari 2, minggu 2, bulan 06 '06

Salam,

Bersungguh-sungguh aku menaip tadi tak boleh publish...erk...dah tadak ide ke ke ke sabor je la.

Untuk makluman kenkawan atau sesapa saja yang singgah blog ni, student U*S yang meninggal terjatuh dlm sungat Mandah*n, Bon*awan tu ialah salah sorang pelajar program aku. Arwah bukanlah sorang pelajar 'cemerlang' tetapi...dia sorang pelajar 'mudah dan akan di ingati'. Memang kadang kala dia boleh menaikkan darah kami tapi kejap je...lepas habis kelas dia oklah, boleh tegur, bagi salam, sembang-sembang...dia matang daripada kawan-kawan dia. Aku boleh terbayang muka dia sebab, 1st time tengok dia teringat kawan masa sekolah menengah...ingatkan adik dia ka...rupanya tidak. Tapi memang copy cat.

Masa tengok Bule*in Utama, nama dia disebut je oleh pembaca berita tu aku dengan abang bulat dah terjerit...bila dimaklumkan dia pelajar tahun akhir program sekian-sekian...confirmed that's the person. Malam tu ber sms aku dengan kawan2...apa yang boleh kami buat selain dari mendoakan agar dia sempat berenang dan berpaut kat mana2 dahan....

Ahad pagi lebih kurang 6am....mayat dia dijumpai 100m dari tempat kejadian...mmg dah ajal dia... dan sedekahkan Yassin mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal saleh...Al-Fatihah!!!

Mayat penuntut U*S ditemui

Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KOTA KINABALU 4 Jun - Mayat penuntut tahun akhir Universiti * Sabah (U*S) yang hilang dibawa arus semasa cuba menyeberangi Sungai Mandahan, Papar, kelmarin, ditemui pagi ini.
Mayat Zuhairi (nama betul Zurairi) Abdul Wahab, 23, yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat serta penduduk kampung pada pukul 6.05 pagi.
Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa ditemui terapung-apung di tepi sungai tersebut selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.


Ketika dihubungi jurucakap itu memberitahu, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan Penampang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi kelmarin, dua beranak terbunuh selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan Sungai Mandahan runtuh.


Beberapa jam selepas itu, Zuhairi pula terjatuh ke dalam sungai yang sama selepas motosikal yang ditunggangnya tercampak semasa melalui laluan alternatif menggunakan jambatan kereta api ke Bongawan.

Sumber: Utusan Malaysia Online 6 Jun 2006
********************************************************

Weekend ni ada big event untuk sekolah aku (kat sini blom jadi fakulti lagi...) ada retr*at kat Pap*r, malas nak pi sebab macam tak ready je diorang ni...tapi apa boleh buat t/jwb kena la ikut juga. Petang ni ada meeting program...lagilah malas...erk...boleh ka aku skip jer meeting petang ni ke ke ke...

Agaknya dah sampai masa buzz off from the routines, kena perah idea nak buat proposal la...at least awal tahun depan ciao...pi la mana2 U sambung study, tapi nak sambung study kena prepare mentally & physically. InsyaAllah...M'sia boleh...aku pun boleh juga kan? Tak boleh la buat macam masa Master dulu tak la serius sangat...kali ni kena la serius sikit...kot2 dapat siap cepat...2 1/2 tahun ke...who knows...(berangan yang +ve...)

Yang pasti proposal kena ready dulu...angan2 later :)

Bln. 12 ada kenduri kat Melaka....kawan baik aku kawin. Jangan marah tiket k/terbang bajet murah dah dapat booking number. Balik 5 hari sempat la jumpa kenkawan lain...(bulan 12 tu jauh lagi...aku dah berangan2...) insyaAllah dapat attend...yang seronok bulan 10 balik raya....15 hari (perghhh....), bulan 12 balik 5 hari...best best best...oleh yang demikian...plan balik sblm raya tak jadilah setakat ini...tapi janganlah terkejut tiba-tiba aku bagitau ada ada kat BM unpredicted juga kami ni...kot2 ada urusan rasmi ambik la kesempatan melangkah jauh sikit...

Oklah...cukuplah merepek meraban untuk hari ni...N3 orang malas tak tau nak buat apa, walaupun banyak benda boleh dibuat...layannnnnnnnnnnnnnnn saja la ok :) ciao ta ta...

~dariBMkeKK~




10 comments:

Hot Mama said...

Al-Fatihah.
Masih muda lagikan dah nak buat camner dah tiba masanya.
Life is so short.

Alinlai said...

Hot Mama,
ye..muda lagi, baru 23...dah sampai masa dia :) masa kita belum tahu lagi kan? ya rite...life is so short

simah said...

Al-fatihah
tak dapat nak bayangkan kesedihan keluarga budak tu kat kedah.

Alinlai said...

simah,
iye...dah nak grad tu, memang ajal muda, bleh terbayang2 muka dia, kami pun terasa sedih, apa lagi mak bapa dia kat Kedah tu ...

Kaklong Syikin said...

alfatihah utk arwah. sian kat parents dia. anak harapan org tua.


nak wat phd? bagus2..kat supervisor saya dulu, nak wat lit.review utk phd koman2 amik masa 6 bln..huhuhu..

Mummy Rizq said...

alfatihah untuk arwah.

untuk hang pulak... kalo balik tak kol SAJER la!!!!

Alinlai said...

syikin,
iye...apa bleh buat ajal muda, anak bongsu pulak tu. Ke ke ke... nak tak nak memang kena sambung belajr pun, 6 bulan litt review kira ok tu...ada setengah tu nak 1 tahun litt review...jenuh la membaca :)

Alinlai said...

achik,

balik kali ni boleh contact hari tu kira terputus siaran ke ke ke... dan yang penting nak merasa nak kereta baru orang tu :)

Fara said...

best giler!! :-D

Alinlai said...

fara,

bestttt...memang bestttt :) next time dtg sini pi pulau2 pulak ok...