Wednesday, June 21, 2006

Conf::::::::::erence & aku

Salam,

Pagi ni awal sampai opis, bukanlah sebab rajin tapi sebab nak kejar perasmian Conf. ada ucaptama dan sebagainya. Sebagai pemeriah majlis sahaja, kami relax la...masa ucaptama pun boleh berborak sakan...tapi cover line la juga...kadang-kadang boring juga pi conf. ni, kekonon macam bagus je semua orang...tambah-tambah kalau yang buat kat M'sia ni...conf. kat o'seas sempoi je...tak protokol sangat, sesi Q&A pun sempoi...pendek kata segala-galanya sempoi. Kat sini kena berjemput berhantar orang yang nak rasmi tu...isk malas nak cakap banyak...

Tadi kenyang makan roti jala + gulai kentang sedaplah juga, atau sebab aku lapaq, pagi tadi tak sempat pi breakfast, minum milo kat rumah je...abang bulat makan oat (diet la konon...), lapaq punya pasal...aku ambik 6 ketul roti jala ke ke ke....kenyang sampai pukul 1pm, skrg ni pukul 1.30pm rasa lapaq pulak...isk isk isk...harap-harap sesi petang ni ada mee atau bihun, kalu jamu kuih saja jenuhlah... malam ni aku akan memeriahkan juga dinner conf. walaupun bukan AJK tapi dah dijemput pi saja...rezeki janganlah ditolak...musuh jangan dicari...

Ok...abang bulat memang kena wakil dek*an dia so...senanglah cite dua-dua boleh pi makan free (kalau tak kena wakil pun memang aku nak bawa dia...dah minta permission AJK ke ke ke...) kesian plak dia kena makan sorang-sorang...lagi pun kebiasaannya memang tak penuh pun dewan kalau ada dinner ni, drpd membazir baiklah jemput pemeriah majlis macam aku ni...tak membazir :)

Sejuklah hari ni...mata ni dah kuyu je, ingat nak pi pejabat pos...hujan isk...malaslah (walaupun kereta aku ada bumbung...), esoklah pi...tido memang best ni tapi takut terlajak pulak sampai ke petang terlepas pulak sesi pembentangan kenkawan nanti...kiranya conf. kali ni peranan aku ialah...PEMERIAH MAJLIS, tak bolehlah nak masukkan dalam CV.

Ngantuklah pulak...setakat sini saja untuk kali ni...esok lusa ada masa aku cite lagi aktiviti aku kat sini... bestkan keja macam ni...nampak macam relax je...(memang relax pun ke ke ke...) so ada sesapa yang berminat nak keja macam aku? Sila layari laman web www.kejekerelax? ha ha ha.... kantoiiiiiii

Ciao ta ta....

~dariBMkeKK~

7 comments:

Mummy Rizq said...

wei..lyn! hang ni peghabih bogheh ajo..hee..hee..!

simah said...

tibai jgn tak tibai no...nanti tak jumpa carik pulak heheh

eh ur abang bulat satu tempat keja ka???

Alinlai said...

achik,
ke ke ke biasa le nak idup, I makan oat u tak makan nasi ke ke ke mana bleh peghabih bogheh

simah,
iye...tapi dia kat bangunan lain, dalam satu kampus je. Jimat gak duit minyak kami sebab sama tempat :)

Sherin de Souza said...

Hahahaha..Alin. Jadi pemeriah majlis ni pun penting tau. Kalau tak ramai yg datang, nampak macam majlis tak mendapat sambutan so penting tau kehadiran Alin tu. Sebagai ganjarannya, wah.... makanlah puas-puas apa yg dihidangkan. hehehehehehe...

kasutVINCCI said...

seronok kan hasben wife satu tempat keje. Kalau ada dinner boleh gi sama2.

Alinlai said...

sherin,
itulah pasal...buat conf 2,3 hari setengah tu dtg masa their session only...kita yang bertindak as PEMERIAH majlis ni lah jadi penyelamat...Dinner last nite was superb, kenyang sangat2...7 org je kat meja tu...kami pun pulunlah makan best best :)

Alinlai said...

KV,
seronok :) sebab jimat minyak, dan jimat belanja ke ke ke...kalau tempat dia dinner, saya pun join juga, kalau dinner kat tempat saya dia pun boleh join, tak la rasa malu-malu ke...sebab dah kenal dari boss sampai PA boss... kira blh berjimatlah ke ke ke...