Thursday, April 27, 2006

Biarlah rahsia?

Salam,

Peningnya kepala ni, apa la budak2 ni jawab...ni baru soalan senang yang aku dok marking, masuk soalan susah nanti tak tau la nak kata apa...isk isk isk amende le budak2 ni...rasanya ntah berapa kerat je yang nak dapat >70 ++ ... tak pe kita tunggguuuuuu... sementara waktu ni kita layannnnn dulu.

Minggu ni ada AIM 13, tapi aku tak tau la dapat tengok ke tidak. Kalau tak dapat tengok pun ok jer sebab rasa macam dah kurang 'kick' AIM sekarang ni...ntah kenapa. Tengok senarai artis yang nak buat persembahan pun macam tak menarik je so rasanya tak ralat kot kalau tak dapat tengok live. Ntah2 ada ulangan nanti2...

Banyak plak kontroversi kali ni...dan aku pasti keputusan pun akan menjadi kontroversi juga, bak kata pepatah...rumah siap pahat masih berbunyi :)nanti le kalau aku tengok aku nak buat ulasan pasal AIM 13. Kalau tak tengok, baca dlm suratkhabar je la ...

OK siap marking soalan Bah B : 2(a), ada banyak lagi dan aku rasa cukup untuk hari ini, kena tenangkan fikiran kalau marking scripts, kesian budak2 kalau kita marking masa marah2...dapat pulak budak yang tulisan elok sikit jer dari cakar ayam, nanti markah pun elok sikit dari cakar ayam tak ke haru? Oleh sebab itu aku kena stop dulu untuk hari ni...(alasan ke ke ke...)berderau kejap darah aku tadi...bila kira scripts tak cukup 1, kira balik pelan2 Alhamdulillah cukup, risau gak tercicir masa exam hari tu ka...isk Nauzubillah. Alhamdulillah so far biaq kelas besaq macam mana pun aku masih boleh handle, dan tak pernah la plak nak tercicir nama students or jawapan dll. Masalah besaq weh...

Sekarang ni cepat bebenor cerah kat KK ni, pagi tadi baru pukul 6am, aku ingatkan dah pukul 7am, cerah sangat2...bila tengok jam awal lagi aku pun sambung le tido kwang3...abang bulat dah turun sambung laundry malam tadi, rajinkan abang bulat... dia turun basuh baju aku kroh2 lagi...tapi kejap je sambung kroh2 sebab kena la bangun baju tak iron lagi, isk isk isk...malasnya bab iron baju...tapi apakan daya dah jadi tanggungjawab...gamak ke pakai baju berkedut pi opis?

Rupanya baru aku tau, aircond ni akan ditutup lepas pukul 5.30pm. Patut la panas semacam...isk isk isk mengarut sungguh depa ni.

Skrg ni kat radio mana2 pun lagu Siti tengah hits (radio Melayu ler...kalau buka My.Fm ka isk tak dak kot...)so aku pun carilah lirik dia...saja la nak memeriahkan N3, (untuk makluman...aku minat budak Siti ni...tak le minat giler...tapi boleh layan la lagu2 dia...tak kisahlah orang kata dia kampung ke apa ke...tapi so far tadak artis pompuan lain yang boleh lawan suara dia yang power tu, powerpuff gurls pun tak bleh lawan...ke ke ke...)maka dengan ini terimalah....lintas langsung dari mana-mana radio yang pasang lagu ni...


Biarlah Rahsia : Siti Nurhaliza
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Chorus
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata KataBertulangkan Dusta
Ulang chorus
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Ok ta ta semua....selamat berhujung minggu :) drive safely

~dariBMkeKK~

Tuesday, April 25, 2006

Mimpi...

Salam,

Kelmarin lambat gak balik dari opis ni... dekat 7pm. Aircond tak kuat plak dah loya2 tekak aku...rasa mcm nak terburai isi perut...maybe dah masuk angin. Nak turun tangga tadak karan plak...jenuh la berhati2 takut tergolek dog plak, masa tu la ada orang nak naik tangga gak...jenuh le guna handset nak tengok sapa kat depan aku, isk isk isk seram la juga. Mujur orang yang kita kenal. Aku tak le punch card, tak kisah la ingat pagi ni nak tulis jer black-out kat kolum keluar tu, tapi tak ingat plak, nanti la masa nak balik.

Lepas makan dah ok sikit, balik mandi baru segar badan. Ngantuk sangat2 isi borang income tax pun lebih2 kurang jer abang bulat dah marah2 sebab aku mcm tak bersungguh2 masa dia dok ngajar tu he he he...biasa le tu kadang2 angin aku ni bleh tahan gak 'weng' sorry my dear!

Habis LOST baru tido....ZZZZZZZzzzzzzZZZZZZZ.....

Tiba-tiba gelap....(tido le tu....)

Pagi ni abang bulat citer dia mimpi, kami pi resort kat Tua*an, bila masuk bilik tu macam ada orang... biasa ler in between dia citer aku suka jump to the conclusion kena la marah ke ke ke... tiba2 datang satu famili, kata itu bilik depa, tiba2 aku nangis (ehhh cengeng plak aku dlm mimpi...), kami pi la dekat reception marah2 la konon, tapi tak dapat bilik yang sama dapat bilik lain with extra payment...ehhh melampau resort ni, kekonon nak tunjuk perasaan la... terus kensel bilik tu...tapi dah petang sangat kami pun nak tumpang la bilik yang kami dah booking tu untuk solat Asar, famili tadi tak bagi....aku nangis lagi (eiii tak bestnya watak aku cengeng sangat....nangis jer isk isk isk....), abang bulat pun pecut kereta, balik singgah solat Asar kat masjid kampus....

- Mimpi pun habis...dia bangun solat Subuh -

Moralnya ialah...Solat itu tiang agama ....

Baguskan abang bulat ni mimpi pasal nak solat... aku kalau mimpi ntah apa2...rasanya aku pun mimpi juga tapi tak ingat la apa yang aku mimpi tu.

--------------------------------------------------------------------------------
Ok dah pos borang2 income tax dll... dan terpecah la rahsia aku blom ambik transkrip lagi...ha ha ha...

Makan nasi goreng ala Thai + laici & nasi lalap + air suam + air herba (apa ntah) = RM15.20 tunaiiiiiiiii....

Kalau keja gaji 5, 6 ratus duduk KK ni bawa bekal la tiap2 hari, makan memang mahal... tu harga makan t'hari kalau makan pagi (breakfast) kadang2 RM9.90 kadang2 RM12. Jadi untuk menjimatkan wang kami... la ni kami makan dlm pukul 11am, 'brunch' , petang baru makan lagi...kadang2 petang + malam... jimat 2 kali je makan, kalau malam tu masak lagi la jimat...makan 1 kali je kat luar.

Eii loya plak tekak ni...rasa macam nak muntah tapi tak plak keluar2... kalau boleh muntah sure selesa sikit. Arghhhh....Macam bengong2 sikit blogg*r.com ni, rasanya semua orang kena kot sebab ada gak blogger yang komen benda yang sama. Tak dak hal la...benda free so sabar je la.

Hari Jumaat ni ada 2 events kat sini,

(i) Sambutan Maulidur Rasul peringkat U

dan
(ii) Seminar kat Le Meri*ien KK.

Dua tiga orang tanya aku nak pi yang mana satu? he he he...dua2 aku tak pi sebab aku nak bercuti rehat sakan kat hujung pulau Borneo, sambil2 marking xm, sambil2 berenang, sambil2 tido sakan...dll la...ta ta KK, I am going to enjoy my long weekend there....and of course menjamu mata dengan pemandangan indah di sana...perghhh dah rasa seronok sendiri2 ni. Ahaks...jangan tak buka2 xm scripts dah le sebab seronok bercuti. Bukan boleh percaya sangat aku ni.

Hujan petang ni...terbantut la plan nak potong rumput kat depan dan belakang rumah...tak pe la esok masih ada (kalau tak hujan).

Ada kawan fwd e mel kat bawah ni please read ladies...and gents (if u're here)...

Subject: Fw: Rape in the Air Sent by a friend..

I cant say how true this may be (it actually came as a shock to me) hence decided to share.. Prevention is better than cure..! best to exercise proper precaution on any airline -

For all our women family members and friends.. The most horrific incident has recently occurred on a Emi**tes Airlines and the culprits have got away with it. The worst thing about this case is that this is the 4th case to have happened on this airline. During the Christmas of 2005 a flight of Emi**tes Airline flying from Dubai to Manila was on a regular flight. However, 4 hours into the flight as most passengers were sleeping or dozing off. A man approached a lady who was alone and asked her to assist his child in the bathroom. Not thinking much the lady followed the gentleman to the rear of the plane. Immediately she was grabbed by the mans 3 accomplish who immediately gagged and taped her mouth and then went on to rape her in the back area of the craft while 2 kept watch two molested and raped her. After they had all had a turn, they forced her to drink a drug laced drink and escorted her to her seat, she was knocked off until she arrived in manila by which time the 4 men has disboarded and got away. This is a repeat case of the same thing that happened on a flight from Dubai to Mumbai on a Emi**tes airline. The Emi**tes staff are aware of this but when the staff have some suspicion of some incident taking place they make it a point to avoid going to the back of the plane. This is the 4th case to take place on Emi**tes airline. However the worst case of a rape victim on a Emi**tes flight was when a flight from Bangkok to Dubai . The lady was not only raped on flight but she was taken thru immigration into Dubai and raped for several days and then later on sold to the underground. So people who fly Emi**tes beware if you are a lady as this could happen to you, Do pass on..you never know who could gain..!

Isk...seriau dengar kes macam ni...Nauzubillah...berhati2 di jalanraya, udara, jalan keretapi dan di mana-mana sahaja anda berada. Manusia yang bertopengkan haiwan ada di mana-mana saja.

Disebabkan pada masa ni aku tengah 'humming' lagu ni, so why not I put the lyric here so enjoy it :)

Live To Tell by Madonna

I have a tale to tell, Sometimes it gets so hard to hide it well

I was not ready for the fall

Too blind to see the writing on the wall

Chorus:

A man can tell a thousand lies

I've learned my lesson well

Hope I live to tell

The secret I have learned, 'till then

It will burn inside of me

I know where beauty lives

I've seen it once, I know the warm she gives

The light that you could never see

It shines inside, you can't take that from me

(chorus)

2nd Chorus:

The truth is never far behind

You kept it hidden well

If I live to tell

The secret I knew then

Will I ever have the chance again

If I ran away, I'd never have the strength

To go very far

How would they hear the beating of my heart

Will it grow coldThe secret that I hide, will I grow old

How will they hear

When will they learn

How will they know

(chorus)(2nd chorus)

OK ta ta....

~dariBMkeKK~












...kwang kwang kwang

Salam,

ke ke ke habis N3 aku hari ni...aku ter 'delete'. Tak pe la...apa bleh buat sapa suruh kurang sabaq.

Tak pe la bukan menarik sangat pun... citer bosan je.

Panas la bilik ni...something wrong dengan aircond gamaknya...selalu tu sejuk sangat2 mujur tak hujan bleh la buka tingkap.

Kampus dah sunyi sepi, starting from lusa till July kami bleh hu ha sikit ke ke ke budak2 cuti. Semester pendek pun tadak, 2,3 minggu ni masih sibuk lagi marking xm scripts, after that perghhh sempoi, nak buat research ka, tulis paper ka senang je tadak le gangguan siaran sangat. Nak cuti ka boleh saja... sukanya yehahhh!!!

Ada budak nak mai jumpa aku hari ni... beria tunggu sampai ke petang tak mai pun. Ntah apa-apa... mujur tadak apa2 urgent meeting, kalau tidak sure rasa bersalah sebab dah janji dengan dia, tapi dia plak tak mai. Aku suspect budak tu tak bleh jawab exam... dan nak minta naik gred carry marks...ops...minta maap ye, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... dah la masa kuliah jarang2 nampak muka... ada hati nak minta naik markah, sori brader cuba lagi di lain hari.

Penemuan terkini... aku blom apply academic transcript ... isk isk isk macam mana nak apply PhD kalau tadak benda alah tu... macam mana bleh terlepas pandang? Kena off record ni, kalau abang bulat tau bising dia. Dah bertahun grad tak teringin nak apply. Tadi kemas2 laci terjumpa borang yang dah siap diisi... pos je blom, dated last 2 years...keh keh keh...jangan U* dah tukar borang baru dah le.. baru ada akai... sure pelik ni zaman bila ni masih guna borang lama... U* pun dah ada new VC. Dengar kata the latest one bagus... sebab tu terpilih kot. Apa-apa pun tahniah kepada warga U*.

Rupanya AuntyN pun sama sekolah rendah dengan aku... my super duper senior rupanya. Memang ex-SKSP canggih2 pun kan AuntyN? Sekolah tengah pekan la katakan... he he he...

Tadak ka ex-SMAI yang ber'blog'? Kalau ada bleh jejak kasih... *aiman tak kisah*

Wah, sakan le orang Bertam... nanti ada kilang kereta kat situ. Aku tengok dari jauh je la... nak apply keja pun tak kot rasanya, kat sini pun ok. Skrg dah tak kisah nak duduk sini sampai pencen pun... kalau keja bidang ni kat tempat mana pun sama je, asalkan kita ikhlas keja, selesaikan t/jawab kita, jangan kacau orang insyaAllah selamat. Yang masalah tu kalau ada jenis yang suka kacau orang w/pun orang tak kacau dia...ni yang aku pantang sangat... Alhamdulillah so far blom terkena lagi...minta dijauhkan.

Ok cukup la kot ta ta....

~dariBMkeKK~











Saturday, April 22, 2006

Zaman dulu-dulu....

Salam,

Kwang2.... tagged by Syikin pasal sekolah ok le bukan susah sangatkan? At least bleh senyum sorang2 ingat zaman2 sekolah dulu....

How many schools did I go to?

i. Tadika Kemas Penanti (best....makan, menyanyi dan main je... 3 M juga) cikgu Leha, sampai la ni dia ingat lagi kat aku...

ii.Sek. Keb. Seri Penanti, BM (sekolah tepi jalan sangat2, kalau nak pi BM kena lalu sekolah ni. Betul2 sebelah Balai Polis Penanti...., skrg ni lagi best jadi sekolah tepi HiWay (BKE) .....)

meh nak bagitau nama cikgu2:

Darjah 1 - Cikgu Fatimah Bee Bee
Darjah 2 - Ms Pang
Darjah 3 - Mr Looi Eng Kee
Darjah 4 - Ms Choong
Darjah 5 - Cikgu Zainal Rashid
Darjah 6 - Cikgu Yasmin

seronok masa zaman2 sekolah rendah ni, maklum le budak harapan sekolah... femes wa cakap lu... tapi satu je aku tak berapa ingat nama kawan2 lelaki tak tau pasai apa....bila dan masuk sekolah menengah macam deleted je nama kawan2 lelaki sekolah rendah... ntah apo apo...

iii. SMK (A) Al-Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas...(pergh sekolah Arab... jangan memain, tapi jangan la cakap Arab dengan aku memang la hampeh...aku lemah sangat2 subjek Bahasa Arab, masa exam memang hafal je apa yang bleh hafal, tapi 3 jam tu memang menulis la...apa yang aku tulis Wallahualam tapi menjawab dengan muka serius, ala ala berlakon la tu...tapi hampeh jer...)

Ting 1 - 3 Al Razi
Ting 4 - 5 Al Farabi

Nama-nama cikgu tak pe la... kalau ada peluang aku update nanti2....

- 3 sekolah jer?....ok le tu -

Was I the studious nerd or the last minute hero?

Mestilah last minute hero... tak pernah le nak bersiap sedia last minute manjang ntah la tak insaf sungguh masa tu. Masa form 3 nak SRP (erk....zaman mana ni SRP lagi ni he he he...), aku tido masa kertas Sejarah... mujur la pengawas kejutkan... kalau tidak mau failed ntah la ngantuk sangat, bukan pasal study malam tu tapi rasa best jer tido masa tu isk isk isk...

Pada aku... masa sekolah menengah ni seronok jer tak kira masa form berapa pun, tiap2 tahun ada jer aktiviti lanun aku... tapi cikgu2 tak le kisah sangat sebab maklum le pelajar harapan bangsa... dan Alhamdulillah menjadi juga aku ni rupanya... kira ok le tu.

Was I the class taiko or the teacher’s pet?

Class taiko + teacher's pet... both characters

What was the biggest rule I broke in school?

Ponteng PREP malam dan siang....keluar masa bukan minggu outing...ragging budak form 1....minta basuh kasut sekolah jer, bukan minta buat mende kwang3.... ada lagi kot...ntah tak ingat la.

Three teachers that inspired me?

i. Ustaz Harun Idris (ajar UT aku memang score manjang....maklum le ustaz peberet...) pernah jadi cikgu kelas masa ting. 4
ii. Cikgu Syidah (cikgu sekolah menengah, sampai la ni dok contact lagi...masa aku kawin dia pi) pernah jadi cikgu kelas masa ting 5
iii. Cikgu Yasmin (.... cikgu darjah 6, seingat aku masa aku kat US aku ada contact dia lagi, masa tu ngajar kat sekolah Mengkuang, la ni tak tau dia kat mana)


Tapi sesungguhnya semua cikgu2 aku tak kira la masa sekolah rendah ka, sekolah menengah ka....semua aku suka... dan semua memang suka bagi nasihat, dan Alhamdulillah aku ni walaupun 'ketegark' tapi bila cikgu sound aku OK, bleh plak ikut... biasa le cikgu2 zaman dulu macam ada aura kot... rasa ngeri jer kalau jumpa cikgu kat luar sekolah...rasa malu dan mcm2 perasaan. Sedangkan cikgu tu OK je.


I'll Remember, Theme From "With Honors" (1994) by Madonna

Mmmm, mmmm

Say good-bye to not knowing when the truth in my whole life began
Say good-bye to not knowing how to cry you taught me that

Chorus
(first time substitute "strength" for "love" and "saved" for "changed"):

And I'll remember the love that you gave me now that I'm standing on my own
I'll remember the way that you changed meI'll remember
Inside I was a child that could not mend a broken wing
Outside I looked for a way to teach my heart to sing

(chorus)

I learned to let go of the illusion that we can possess
I learned to let go, I travel in stillness
And I'll remember happiness
I'll remember [I'll remember]
Mmmmm... [I'll remember]
Mmmmm...

(chorus)

[I'll remember]No I've never been afraid to cry now I finally have a reason whyI'll remember [I'll remember]

(repeat 3 times, substituting "And" for "Now" the second and third times)


p/s: aku update N3 ni hari Sabtu... ada keja sikit kat opis, so sambil menunggu abang bulat habis kelas aku pun menulis beribu perkataan... yesss, keja dah siap bleh bersuka-sukaan esok :) ciao.

- Tamat -

~dariBMkeKK~

Friday, April 21, 2006

Selamat berhujung minggu...

Salam,
Dah hari Jumaat... pejam celik (banyak pejam rasanya...) dah nak habis seminggu... cakap je macam tak seronok sebenarnya aku suka he he he...dok rumah lepak2 bleh tengok tv bleh tido kwang3... (tido je aku ni isk isk isk....sabaq je la).
Tak breakfast lagi ni... sempat minum Milo je... aku mana bleh perut tak berisi, mula la pening kepala, tapi dah janji dlm 10.30 atau 11 baru nak pi mkn, kira Brunch la... petang ni jaga xm plak sure ngantuk 3 jam tu (sapa suruh aku buat soalan banyak2....)
Kat bawah ni kuiz pasal tahap kejelesan plak.... iye ke aku bukan sorang yang jeles? Iye kot... so far rasanya aku tadak le nak check abang bulat kat opis ke, nak terjah ke atau nak buat macam 'wakenabeb' (nak kena sekeh ke kalau buat stail ni.....), memang iye la tu aku bukan jenis jeles meles ni...ok la tu admit it...
OK bulan depan start P*K, ha ha ha kursus lagi...jangan tak tau ada org tak pass xm P*K, tak kisah ler... kalau pass kira rezeki, kalau tak pass ambik lagi... bukan luak pun. Usaha, doa dan tawakal... insyaAllah selamat hidup :) see... I am a simple person right?
Tapi aku memang ngaku aku simple...kadang2 ada masalah besar pun aku relax je.. macam tak dak apa2, banyak benda pelik2 jadi dlm hidup aku, bukan la pelik macam misteri nusantara tidak ler, tapi ntah la aku tak ambik pot la kejadian2 tu... sama ada simpan sendiri2 atau bila rasa nak cerita aku cerita la... tapi bukan la detail sebab tak pandai nak cerita detail mcm sesetengah orang takut plak nanti tertambah perisa plak...dah jadi cerita dongeng ha ha ha...
Dalam berkawan pun tak dak plak rasa nak jeles ke kalau kawan2 lebih daripada aku, kalau dia lebih bagus le... kita boleh tumpang kelebihan dia... harap2 tadak le orang jeles dengan aku, bahaya ooo kes kes jeles ni...

Not a Jealous Bone in Your Body
You're secure, trusting, and giving with friends and loversAnd while you may have been hurt before, you've bounced backYou're generally happy with your life - and no one's grass is greener than yoursOne word of caution: some may see your lack of jealousy as indifference!


CAUTION: some may see your lack of jealousy as indifference! he he he...lawak plak ada ka kes macam ni?

ok stop sini...selamat berhujung minggu drive safely :)

~dariBMkeKK~

Hari yang sejuk....

Salam,

Cuaca sejuk kat KK hari ni…hujan dari tengahari. Sejuk2 macam ni mula la rasa lapaq, ngantuk dan kawasan yang sewaktu. Tapi tak pe keja dah siap, skima ke silibus ke semua dah siap, boleh relax sikit…esok habis je exam boleh start marking (he he he kalau rajin le…) kalau kurang rajin simpan nanti masa kat K*dat.

Petang ni ada meeting, tapi disebabkan aku dah hand-over benda tu kat JJ tak payah la pi meeting tu yahoo….seronok boleh lepak dlm bilik, server down pulak…tak pe la buat aktiviti lain…isi borang cukai ka…arghhh tensen cukai dulu pun tak bayar lagi…jangan nanti polis mai jejak kasih sampai rumah, naya je… aku tensen abang bulat sure lagi tensen… bila ntah nak pi settle bab cukai ni…

Minggu ni kami tak plan pi mana2…lepak rumah je kot. Habis sangat pi KK je, masuk kedai sana sini…then pi urut kaki…best ooo urut kaki, bleh relax, tenangkan fikiran dan tidoq… dah tak rasa sakit pun.

Yesss…kami dah ada digital camera + camcorder. Murah je beli kat Lel*ng.com. 400++ je. Sanggup mai opis malam2 nak tunggu last minute baru nak bid… 2 malam berturut2 kami mai opis aku lepak depan komputer, pak guard pun heran apa la dua orang ni cari kat opis malam2 buta… sanggup 10.30pm dari rumah…mujur la rumah dekat je. Balik rumah dah 11 lebih ngantuk sangat2. Pagi2 lepas subuh…tido tak hingat… pukul 8++ la baru masuk opis…pagi ni lagi best pukul 9++ aku clock in ha ha ha buat opis sendiri nampak… tak pe ‘aiman tak kisah’ …

Pukul 10am baru pi Brunch, heran orang kedai tu bersungguh2 kami ambik nasi berlauk… tak pe jimat juga, sebab tak ambik lunch dan malam kadang2 aku masak… malam ni tak tau la kalau balik lepas maghrib tak masak le kot…sebab dua2 dah lapaq.

Ada sorang kawan dapat baby boy…2nd baby boy… bagus le bertambah umat Muhammad. Seronok dengar orang dapat baby… kami je belum. Tak pe la belum rezeki agaknya… tapi kadang2 rasa rendah diri juga. Tapi tak boleh le rasa ralat ke apa ke… dah takdir kita dah usaha, doa so tawakal je la…tak boleh le nak komplen sangat… insyaAllah ada hikmah di sebalik semua tu… I am cool bebeh….

Memang something wrong with our server, lama sangat ni since yesterday… e mel pun tak bleh tengok. Ada kerja yang nak kena submit thru e mail. Hmmm ada alasan le delay ha ha ha… bagus gak.

Bestnya aku dapat tiket KUL-PEN naik AAsia…. RM0.99 + RM30 tax (x) 2 orang dlm RM60++ banyak tiket murah2 tapi tahun depan le…so kenkawan yang nak mai KK atau nak pi buat lawatan sambil belajar ke mana2 destinasi lain, rujuk2 la laman web AAsia tu…

Masalahnya hari ni tak bleh masuk…sure dah mahal sikit tiket yang tinggal. Tak pe la…cuba lagi, atau tunggu next promotion. Kena rajin2 belek2 laman web syarikat ni. Memang la kokak sikit tapi alahai…MAS pun kadang2 sama gak, layanan bagus2 untuk Bus. Class, yang duduk belakang2 ni minta apa pun semua habis… nyampah gak kadang2 tu mujurlah naik MAS tiket free (urusan rasmi) kalau balik kg naik k/terbang bajet murah je…. insyaAllah sampai juga. Kadang2 lebih cepat….beg pun tak masuk kargo… selamba je usung… ‘aiman tak kisah’…

Lagi pun kami masih dua orang je…kadang2 transit KL dulu, then ambik la bas balik BM, balik raya ni nak try naik k’tapi dari BM-KL. Saja la nak merasa naik k’tapi plak…berkurun tak rasa. Abang bulat tak pernah naik train kat M’sia (eksyen…) kat UK dulu pernah le… kat sini ada k’tapi tapi k’tapi antik… ntah le macam mana rasa sebab tak pernah naik pun.

Ada yang dah siap key – in grades, jeles sungguh…paper aku tak start lagi ha ha ha gelakkan diri sendiri…isk isk isk tapi bagus la… at least masa nak key – in nanti tak la ramai sangat, bleh santai2 sikit. Alah 48 orang je jangan gabra. Kejap jet u, jangan masa kat K*dat dok membuta je selain berenang2 kena la marking bersungguh2… kot2 ada pemandangan cantik markah budak2 ni pun cantik la sikit… aku dikira kedekut gak markah… tapi berpada la.. kalau ada dlm skima aku bagi, kalau tak sentuh langsung bye bye la… kena pulak tulisan doctor pakar isk lagi berat tangan ni nak bagi markah banyak2… dapat le cukup2 makan.

Ada beberapa orang budak dlm kelas aku yang memang liat masuk kelas, bukan kelas aku je kelas yang lain2 pun… next semester depa ni jumpa aku lagi… dah tau nak buat apa… tak masuk kelas aku potong markah je… buat gempak sikit tengok jalan ke tidak. Yang nak marah tu budak Bumi. Isk buang duit mak bapa je… kalau dpt PTPTN pun sama gak lepas ni kena bayar juga, silap2 duit mak bapa juga kena bayar pinjaman tu. Tak dak kesedaran sivik langsung. Sekeh kepala naya je… tapi takut kena saman je kalau aku sekeh kepala depa ni… lagi satu silap2 aku yang kena sekeh sebab budak2 ni besaq2 ha ha ha… ok stop sini…ciao

~dariBMkeKK~

Wednesday, April 19, 2006

...

FAKTA
Amalan Positif Membina Perkahwinan Harmoni:


1. Kemampuan untuk menerima kekurangan dan perbezaan antara satu sama lain.

2 Kemahuan untuk memisahkan diri daripada keluarga asal.

3. Kemampuan untuk menerima dan menangani sifat agresif.

4. Usaha untuk terus mengekalkan perkahwinan.

5. Menerima hakikat bahawa dalam perkahwinan ada jatuh bangun.


Perkara Yang Mencetuskan Konflik Dalam Perkahwinan:

1. Pergaduhan atas sebab yang kecil.

2. Tabiat ungkit mengungkit.

3. Menukar peribadi pasangan supaya sesuai dengan kehendak sendiri.

4. Sikap individualistik.

5. Berbohong dan berdusta.

6. Mengambil kesempatan.

7. Ingkar dan derhaka.

8. Tidak setia.

9. Bersikap tidak acuh pandangan yang diberikan pasangan.

10.Tidak bersyukur.

sumber: Berita Harian Online 18/04/2006

Tuesday, April 18, 2006

KK, makanan dan aku....

** N3 ni cuma pemerhatian dan pengalaman diri sendiri...tidak berniat memperkecilkan atau memperlekehkan mana-mana pihak :) HARAP MAKLUM **


Salam,

Hah...hari ni kita bercerita pasal makanan di KK. Aku akan mulakan dengan ....

Nasi -
i. Nasi putih (sama je macam kat mana2 pun...tadak bezanya)

ii.Nasi kuning, ini lain sikit ntah le macam mana dia buat tapi memang warna kuning dan makan dengan lauk ikan, ayam atau daging masak cili/ merah. Biasanya depa makan waktu pagi.

iii. Nasi lemak - sama je macam kat mana2, cuma kena tengok kedai le ada yang ok ada yang KO he he he...lauk pun standard le ada ikan bilis (selambak dia bagi maklum le murah kat sini), kacang goreng, sambal (kena minta extra sebab memang sikit je dia letak, isk makan nasi lemak sambal sikit apa ke jadahnya...) dan telur rebus. Jangan mimpi le nak ada sambal udang, sambal sotong, sambal kerang dll...kalau nak makan nasi lemak special sila le masak sendiri :)

Air
i. Teh tarik, teh 'o' panas/ suam, teh lemon suam/ ais (ini best sebab lemon 2,3 slices...), teh limau suam/ ais ....

ii. Kopi/ Nescafe/ Milo/ Horlicks dan yang sewaktu....

iii.Kee Chai suam/ ais hah yang ni sedap... air suam + gula + asam boi + limau nipis perghhh letak ais minum tghari memang kaw kaw...try le. Rasa masam2 manis.

iv. Leong Fun - air + susu manis + cincau ok la juga tapi jarang minum

v. Jus oren, carrot, avocado (ini sedap...) dan yang sewaktu...

vi. Air bikarbonat etc....

Lauk Pauk
i. Ikan - tak kira la masak apa memang aku suka sama macam kat semenanjung masak kicap, masak sambal, kari, masak lemak dan yang sewaktu... tapi yang pelik tu ada juga kedai makan kat sini dia tak masak ikan...ntah le kenapa, sedangkan ikan la paling murah dan senang masak. Sekali sekala aku berangan juga nak buka kedai makan, nak masak kaw kaw punya tapi tinggal angan2 je la...takkan nak tinggalkan profesion kot sanggup ke? Jadinya, kepada sesapa yang mai KK dan kawasan2 yang sewaktu jangan la pelik kalau tak jumpa ikan dekat kedai makan...kalau jumpa pun macam tak semenggah je cara dia masak...beli ikan masak sendiri kwang3...

ii. Ayam / daging - hah ini menu paling favorite depa kat sini...muak le ayam manjang...segala jenis masakan berasaskan ayam depa masak...tapi sedap tak sedap ikut tekak anda le...pelik kadang2 tu, ikan murah2 ayam juga menjadi pilihan. Kadang2 ada juga daging 'payau' @ rusa...sedap la sikit makan lembu kerbau sokmo boring gak.

iii. Udang - masak sambal, masak lemak, goreng tepung, goreng mentega ... perghh ini la menu favorite aku...tak makan lauk lain pun tak pe :)

iv. Sosej - masak cili/ sos ntah le mana tuan2 kedai makan kat KK ni dapat resepi ni, isk tak menyelerakan...tak pernah le aku try masakan ni dan tak teringin pun. Dalam banyak2 benda sosej yang depa masak....isk isk isk sedih kadang2 tu, masak ikan lagi sedap.

v. Telur - masak sambal atau sos, tak pernah lagi jumpa telur masak kicap. Rasanya telur masak kicap lagi sedap.

vi. Sayur + ulam-ulaman macam2 jenis le...ini kelebihan kat sini sebab sayur murah, macam2 jenis sayur dapat kita jumpa.

Mee / Bihun/ Kuew Teow
Bandung atau hailan rasa sama je.....jangan konpius dengan mee basah. Bukan le mee goreng basah. Mee basah ni berkuah dan berwarna putih. Kadang sedap kadang tak ... Tom yam - he he he ada kedai yang letak santan dan warna + tak dak rupa tom yam. Skrg ni memang tak order lagi tom yam dan yang sewaktu takut tak tertelan rugi duit.

Soto
Jangan pelik kalau order soto kat sini, tak kisahlah soto ayam/ daging/ urat dsb... rasa macam bihun/ mee sup je. Yang aku tak berapa berkenan depa suka letak timun isk...timun sedap mkn dlm laksa je...dlm sup mana sedap. Dulu2 dok imagine soto ni macam soto muar ke soto kat semenanjung, tapi tidak sama sekali. Kalau nak makan soto sedap, sila la buat sendiri atau masa open house kenkawan yang buat soto makan puas2 he he he

Ok rasanya cover semua menu kot...tak masukkan harga je kan? Kalau masukkan harga lengkap dah database ni. Saja je teringat nak cerita pasal makanan sebab....

i) Ada orang tanya pasal makanan kat sini (*wink*) you know who u r....thanks bagi idea nak buat N3...

ii) Tadi ada orang tolong bayarkan breakfast aku dengan abang bulat....Alhamdulillah ( ini tak ingat kali ke berapa... bila nak pi bayar je org kat kaunter kata dah dibayarkan...isk isk isk makasih daun keladi ler ...)

iii) Aku suka makan...he he he tak gitu Achik ;) apa lagi ke keja kita masa kat D1 dulu ke ke ke.... kalau tak makan kita membuta krohh knorhh mana le mek Nora skrg ni...dia lagi hebat bab2 membuta.

iv) Tadak keja kwang3....

Ciao

~dariBMkeKK~

Hari Senayan...

Salam

My Hawaiian Name is:

Leilani Kiele


Berapa banyak nama daaa.....

Tghari pi hantar borang Uitm kat adik ipar aku, then kami pi mkn kat apa ntah nama kedai tu, ok la makanan sedap dan harga pun resonable. Agaknya dah lama aku kat KK ni so aku bleh adapt dengan rasa masakan kat sini...cuma aku tak minum sup yang memang di bagi kalau makan kat mana2 kedai, ntah la tekak ni tak bleh terima. Kadang2 abang bulat yang habiskan, kadang2 minta 1 mangkuk je, memang waiter/ waitress pelik le kenapa kami tolak... ok apa, at least tak membazir sbb aku bukan sentuh pun sup tu.

Keta buat perangai pelik, dari N ke D sekali sekala jerking... jadinya kami pun bawa la ke Dealer (ada bengkel kat situ), ehhh elehhhh...ok pulak mekanik pun pelik, saja kot nak bermanja2 keta ni. Tak pe asalkan jangan buat perangai lebih2 je.

Siap dah silibus tu alhamdulillah...lega kalau keja dah siap. Minggu ni kena jaga exam, tapi tak kisah le sebab paper sendiri...tapi yang maleh tu petang Jumaat alahai petang2 ni ngantuk la. Sabaq je la.

Baru hari Isnin dah plan nak pi mana2 weekend ni. Tak reti nak duduk rumah ke? Ke ke ke...itu ayat masa zaman bujang dulu la. Skrg ni tadak sapa nak tegur lagi, aku tegur abang bulat, abang bulat tegur aku je la. Ok la tu. Bulan 6 ni adik ipar aku yang ngajar kat HL tu nak bertunang, dengan orang Semp*rna, oklah tu...dia pun dah kerja. Tapi baru je la kerja, awal tahun ni. Budak lelaki tu dah keja dlm 3 tahun kat Aloq Setar. Ntah2 lepas ni dia pun pindah ke Aloq Setaq juga. Ramai juga orang sini tapi keja kat Semenanjung, dan lebih prefer keja kat sana daripada minta transfer sini. Aku dah stuck kat sini he he he sabaq je la...dah rezeki kat sini apa bleh buat.

Ops lupa plak kalau bukan orang utara sure pelik apa la 'senayan' ni? Kalau orang tua2 kat belah utara, hari Isnin = Senayan. Tapi dah lama juga tak dengar perkataan ni, orang tua2 pun dah moden. Kalau tak sebut Isnin sebut Monday he he he...acah je.
Tapi jangan memain orang utara tak kira tua muda kalau nak pi pasar memang sebut market, nak pi pasar mini sebut mini market...maklum la semua ada darah2 omputeh sikit kwang2... (perasan ke???)

Sunyi sungguh kat bangunan ni, 2 minggu lagi akan bertambah sunyi sebab budak2 dah balik cuti. Kami pun boleh le hilang2 juga he he he bukan la pi shopping ... tapi hilang pi bengkel, pi makan jauh2 sikit, kadang makan jauh2 dan lama2... isk isk isk bertuah sungguh...tapi make sure kerja siap. Kalau tak siap... bahaya juga, kena repot ke, dah kantoiiiii. Jangan kantoiii atau wakenababe...bahaya ooo!!!

He he he...tergelak aku baca blog syikin pasal nama2 Jepun yang bleh bertukar2 tu....biasa le tu depa saja suka2 kot...so kita pun ada pilihan nak nama mana yang berkenan di hati...Mujur benda free bukan kena bayar kalau tidak nak marah juga sebab nama bleh bertukar plak. Macam-macam ada...

Malam ni tak dapat la nak tengok citer Filipin kat Prima. Ada ManU plak pukul 8pm - 10pm...isk isk tak pe la tengok citer bengong DHAC kat Ria je la...tak habis lagi kes Wan dengan Alia tu...dalam dok ngutuk pun aku tengok gak siap bleh sms dengan McSue lagi...abang bulat memang nyampah dengan citer ni, kalau aku tengok dia pi la godek2 komputer dia he he he...aku plak bila boring aku pi ngacau dia plak. Abis tu dah kami dua orang je dlm rumah ni nak ngacau sapa lagi...

Tadi ngantuk sangat2 lepas lunch ingatkan nak tido le...ada orang datang plak he he he so tak jadi le tido...bagus juga kalau tidak sunyi2 ni silap2 lama plak membuta, isk isk isk...ada saja kesempatan nak membuta dengan jayanya :)

OK stop sini nanti2 merapu lagi... ciao :)

~dariBMkeKK~

Monday, April 17, 2006

What a longggg weekend.....

Salam,

Seronoknya cuti....kalau tiap2 minggu cuti macam ni isk alangkah seronoknya :)
Jumaat petang aku dengan abang bulat pi resort dekat Kina*rut, ok le tepi jalan dan tepi pantai...tapi kami bukan nak menikmati pemandangan sangat...kami nak berenang2... seronoknya sebab bila masuk je orang Melayu dua orang ni...mat salleh pun pelan2 naik ha ha ha kami pun conquered the pool...sejam lebih berenang sana sini (aku berendam dan berenang sikit2 sebab lama tak masuk pool jadi takut plak...) abang bulat berenang sakan...bila budak2 sekolah mana ntah masuk pool kami pun keluar la, dah merah2 muka...tapi ok la rasa ringan badan tapi lenguh jangan cerita la....segala sendi lenguh...maklum la lama tak berenang2...

Malam makan kat restoren situ gak, ok ok je tapi lapaq punya pasal...telan je. Lounge resort ni kecik je ada 2 TV with Astro, so kami buat macam rumah sendiri ha ha ha sapa suruh dlm bilik tadak Astro, dekat 11pm baru balik bilik dan tido.

Lepas breakfast...kami terjun lagi..ha ha ha gila kuasa sungguh, ada 2 budak mat salleh, lepas tu mak dia pun join. Pelancong England...dah lama depa mai M'sia, lepak KL, lepak Sandakan...dekat KK dah seminggu mak oiii tapi berapa Pound Sterling je kalau dibandingkan dengan RM, memang seronok berjalan la...lepas tu duduk resort murah je, layanan kelas A. Biasa le orang M'sia buat bisnes kalau orang tempatan lebih2 kurang je...mat salleh dilayan baguih2...ntah2 keja apa je...kat KK ni boleh perasan layanan orang2 keja hotel tu...bilik untuk orang tempatan memang yang biasa2 je, kalau mat salleh biasanya bilik yang ngadap laut la...chisss melampau sungguh. Tak kisah la sebab resort ni dekat je dengan rumah...kalau orang yang datang jauh2 sure ralat juga.

Petang tu, lepas cuci baju dan kemas apa yang patut aku tido nyenyak...hujan plak kat sini apa lagi...sakan le. Abang bulat ada kelas sampai 4pm. Malam tak pi mana lepak tengok TV je. Tapi rasanya TV tengok aku sebab tak ingat cite apa yang aku tengok. Letih oooo berenang.

Ahad, kami pi urut kaki. Lepas tu baru rasa ok sikit kaki ni...

Hujan je KK skrg ni tapi mlm2 panas juga. Sabaq je la...

Ada berita gumbira.... insyaAllah kami nak pi Beijing...wah bestnya bulan 6 ni kot. Abang bulat free aku je kena bayar...tapi bayar tambang je bilik tak payah le...jimat jimat...tapi tak la berharap sangat kalau jadi aku pi kalau tak jadi aku pesan barang je la...apa bleh buat.

Kalau pi Beijing plan balik BM tak jadi la kot...or tengok macam mana...kot2 bleh transit 2,3 hari kat KL then balik la kejap. Last balik BM masa raya haji...isk dah berbulan tu...mana bleh jadi. Kena cari peluang juga ni.

Achik, ada nak pesan apa2 ke? he he he or dah pernah sampai Beijing?

Syikin kalau dah pernah ke sana bagi tips skit.

Mar bagi badan sihat dulu baru boleh berjalan2 :)

Ok...kalau betul2 jadi aku uar2 kan lagi ok....ciao

~dariBMkeKK~

Wednesday, April 12, 2006

12 Rabiulawal 1427 H

Salam,

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahualaihi Wassalam...

Pagi:
Ingatkan nak breakfast je, bila sampai kedai hmmm dah ada nasi putih, lauk2 semua dah banyak hah makan je la...awal makan nasi + lauk 10am. Belasah je la, rezeki jangan ditolak :) dah kenyang....baru la beransur ke market beli ikan. Seronoknya tengok udang fresh...tapi ada lagi 1/2 kilo beli last sunday. Tak pe beli ikan je, udang lain kali. Sayur tak payah beli makan yang ada dlm petiais tu nanti tak habis plak sayang je.

Tengahari:
Lepas abang bulat pi main golf, aku lepak2...basuh baju, hmmm kemas rumah le...sapu sana sini, simpan sana sini...dah kemas, bukan susah sangat pun rajin dan malas je. Ingat nak pi beli barang sikit arghhh malas la..lepakkkkk lagi.

Petang:
Lepak tengok macam2 citer, Melayu, Omputeh, Cina...tapi semua setengah2 alih2 tengok ulangan AF kat ch15...lepas asar baru la pi Sur*vey, beli swimming suit ha ha ha.... jangan marah...nekad nak betulkan balik skil berenang aku, yang ada skrg ni seksi sangat, beli yang seluar dan t-shirt terbang RM93.04 ada diskaun untuk seluar ok la tu...buat surprise dulu...ajak abang bulat pi lepak resort mana2 lepas ni, bleh berenang2 yesss.....

Malam:
Walaupun petang dah makan mee udang (perangat je....) aku masak le juga untuk abang bulat, sebab dia blom mkn lagi, tapi aku memang tak bleh nak masuk lagi penuh sangat perut ni. Tengok cite Filipin kat ch8, sambil tukar2 ch tengok Natasha, ha ha ha ingatkan mati eksiden Irfan tu selamat rupanya...gempak gempak...kawin gak dia dengan Irfan...lawak2 scene mak Tina bawa daun @ duit nak pi bank. Tak dak la lagi suara manja FashaSandha (abang bulat tak berkenan suara minah ni....he he he iyo ke?)cakap serius pun macam nak nangis...isk kadang2 rimas gak tapi bior le kat dia, bukan dia minta nasi kat kita pun...kan kan kan?

Tengahmalam:
Ntah la...dah tido tak tau apa yang jadi kat kawasan sekitar...krohhhhhhhhhh ZZzzZzZ..

------------------------------------------------------------
Hari ni:
Masuk keja dengan mood malas...tapi tak pe, hari ni kerja, esok kerja, lusa (Jumaat) cuti...Good Friday, harus diingat...gue di KK yesss...sesapa yang kat KL atau kawasan2 yang sewaktu tak le merasa cuti ni. Rupanya orang yang sambut Easter Day akan berpuasa tapi tak la pasti puasa penuh or puasa benda2 tertentu jer, info ni aku dapat dari maid jiran aku...member kamceng aku kat rumah.

Kami biasa je pinjam bawang, rempah kari, asam jawa kalau stok habis kat rumah. Jiran aku ni plak rajin menanam itu ini so rajin la juga kami merasa makan benda free contohnya cabai melaka, betik, buah amra (kedondong) dan apa2 saja yang depa tanam. Tak rugi berbaik dengan jiran...tapi rasanya depa yang rasa rugi sebab kami tak dak tanam apa2 kecuali daun pandan (tuan rumah lama punya), serai (baru nak besar)... ke ke ke. Jiran aku cha ya nun alif, husband dia asal Ipoh, wife asal KK (suku Kadazan), maid asal Kaliman*an. Ni baru la integrasi nasional namanya :)

Anak 2 girls, yang sulung kanak2 istimewa yang no 2 terlalu istimewa sebab comel dan bijak. Masa AF2 sanggup dia lepak rumah aku sebab nak tengok Adam nyanyi...hebat penangan Adam kat sini, budak2 semua suku kaum kenal dia. Nanti2 la cerita pasal jiran aku ni.

Alhamdulillah dah lunch tadi lapaq sangat2 pagi tadi tak breakfast, minum air suam + habbatussauda + madu, memang rasa perut ni full tapi sampai pukul 11am je, lepas tu macam2 lagu keluar...tahan je la. Pukul 1pm baru la dapat jumpa nasi, makan dengan berselera sekali...nyum nyum.

~dariBMkeKK~

Monday, April 10, 2006

Ku lihat hijau....

Your Power Color is Green

You feel most at home in a world of ideas.
You're curious and logical - and enjoy a good intellectual challenge.
You're super cool, calm, and collected. Very little tries your patience.
Your only fear? People not realizing how smart and able you are!


Ulasan selari:

"you feel most at home in a world of ideas" - no komen ...
"you're curios and logical - and enjoy a good intellectual challenge - perghhh aku ke ini? Kejap nak fikir....he he he
"you're super cool, calm and collected" - mungkin ....
"very little tries your patience" - hmmm...
"your only fear, people not realizing how smart and able you are" - opsss...how do you know?

--------------------------------------

Esok cuti, bestnya...tapi banyak keja menunggu kat rumah, nak mop lantai, sental bilik air, isk isk isk menggunakan kederat tu. Tapi dah buat agreement pagi tadi, aku cuci bilik air atas dan abang bulat basuh bilik air bawah ha ha ha gila kuasa aku bahagi2 tugasan...tapi kena la bahagi2 kalau nak buat semua jenuh jenuh...

Tiba2 rasa lapaq...teringat2 mee udang aku buat kelmarin, ntah la sebab lapaq ka atau memang sedap sakan dua-dua orang melantak...ada sepinggan lagi balik petang ni boleh panaskan...nyum nyum nyum...ni lah salah satu benda yang best kat sini udang murah dan fresh, kalau masak apa pun memang sedap. Tapi jangan harap la nak merasa masakan udang kat kedai2 makan sini, ntah pasai apa takut sangat depa nak masak udang tu...bukan susah pun bleh buat udang halia, masak merah, sambal tumis, goreng biasa2 pun sodap...tensen gak kadang2 tu. Ikan pun murah isk tak payah ngomel la... memang tak pandai bisnes kedai makan depa ni. Boring keja sini aku buka kedai makan hah baru depa tau...masak kaw kaw punya.

Ada sorang budak Ch*na dari tanah besar...aku cukup hangin satu badan dengan dia, nak kata bagus sangat tak la pun tapi kalau dia datang bilik memang aku nak marah je, ada hati nak minta aku naikkan 'carry marks' dia, dah dapat B kira ok la tu... dia kata dia boleh dapat B+ opss...minta maap la dik oii keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Yang tensen tu dia cakap memang aku tak berapa nak faham...dua tiga kena minta dia ulang ayat...isk malasnya next sem dia ada lagi dlm kelas aku isk isk isk sabaq je la.

Hmm patut la sejuk hujan rupanya kat luar tu...kat KK ni kalau hujan memang sejuk yang teramat...kadang2 rasa macam Fall pulak (berangan la plak....) tapi kalau tak hujan seminggu pun cukup la....panas tak sanggup nak keluar...maklum la cuaca pulau, opis aku tepi laut plak tu...hari2 dok tengok laut dah tak rasa cantik pun, tapi bila bawa kawan2 mai sini semua puji cantiknya, bestnya...apo2 la...biasa la tu manusia...

----------------------------------------

Your Hidden Talent

Your natural talent is interpersonal relations and dealing with people.
You communicate well and are able to bring disparate groups together.
Your calming presence helps everything go more smoothly.
People crave your praise and complements.


ke ke ke...iyo ke? Apo2 le...bukan kena bayar pun :)

Nama Jepun ku....
Your Japanese Name Is...

Misaki Hirohata


Your Irish Name Is...

Clodagh O'Reilly


ke ke ke...nak sebut pun payah...

-Tamat-

~dariBMkeKK~

Friday, April 07, 2006

The Reason...

Salam,

Tajuk N3 ni tadak kaitan dengan isi kandungan N3, saja je aku letak sebab aku dok pasang CD Celi*e Di*n, Let's Talk About Love...jiwang sikit petang2 ni. Tapi yang jadi masalahnya bila pasang CD ni melayang2 la ingatan aku sampai ke Midland, MI. Bleh terbayang2 lagi suasana kampung Midland tu, pagi2 start kereta nak pi kelas, sengsaranya masa winter nak start kereta, kadang2 kena jump start sebab enjin sejuk, kuncki kereta tak dapat masuk la sebab ada ais, bayangkan kereta pun beku apa lagi manusia dari Malaya yang summer all the year, tensen gak kadang2, singgah rumah orang tu orang ni nak pi kelas sama2, petang2 rollerblading kat Emerson Park, malam2 pi Meijer bila boring kat rumah, weekend pi tengok wayang kat Midland Cinema, bawa kereta ke sana sini...alih2 sampai Chicago terus la pi makan Naan Tandori kat Devon St. arghhhh bestnya...

Summer '96, aku dan geng pi Florida, 2 kereta. Aku, Sh*kir, Fa*z, To*t satu kereta lagi R*na, K*mi, abg "Budin", Nda. Sempat singgah Atlanta memeriahkan suasana Olimpik '96, kami sampai lepas kes bom kat Centennial Park jadinya memang kena check sana sini la...takut tengok polis2 US yang besar bagak dan muka brutal tu. Tapi nak bergambar sakan punya pasal, abaikan rasa takut tu. Yang best tu aku jadi celebrity plak, budak mat salleh tu siap minta autograph dan tanya mai dari negara mana...agaknya dia kena buat assignment atau pun untuk koleksi dia sendiri.Riak la kejap sebab kenkawan lain dia tak pandang pun...ahaks

Memang ramai sangat umat manusia kat situ, tapi tak merasa la nak tengok apa2 acara pun tiket mahal, dan kami tak beli apa2 souvenirs sebab on the way balik nanti nak singgah lagi. Terus la pi Florida...pi Magic Kingdom, Universal Studio, Miami Beach sakan berposing...ada satu citer Hindustan tu aku tak ingat apa tajuk (sebab aku tak suka citer Hindustan...), ada beberapa scenes kat Miami dan aku ada berposing kat situ dengan kenkawan. Memang happening la percutian kami :)

Masa nak balik MI, aku kena saman kat KY, speeding...ada ka speed limit 75mph aku bawa 132mph, gilo sungguh...sedap tekan minyak tak sedar pak polisi dah kejar...isk isk isk. Nak dijadikan cerita masa singgah kat rest area tu kenal la sorang uncle ni, Cina Ipoh...bertukar2 alamat, so masa pi settle saman aku dan kenkawan pi la tumpang rumah dia sekejap ha ha ha...bagus tak? Sure dia nyesal kenal budak macam kami thank you uncle...jasamu dikenang.

Teringin nak singgah masjid kat Bow*ing Gr*en, OH malangnya gelap2 tak nampak jalan nak masuk...masjid tu tepi I 75 je...tak dak rezeki nak solat sunat masjid kat situ. Ingatkan kereta kami je kena saman, rupanya kereta satu lagipun kena saman juga kwang2...biasa la tu nak kejar masa nak pulangkan kereta2 sewa...Alhamdulillah tak jadi apa2 yang mengerikan...

Sekarang ni gambar yang makin kelabu sajalah yang menjadi bukti aku pernah sampai tempat2 tu...sayang sangat dengan album2 tu nak buat album lagu memang tak layak le...so album2 gambar tu kena la simpan baik2. Bila balik BM memang aku tengok balik gambar2 tu, tapi biasa la tak bleh feeling sangat2 anak2 menakan ramai sangat nak mengacau, bersoal jawab plak tu tanya ni sapa ni sapa...tak layan kecik hati plak kalau layan penat wooo...ada niat nak bawa gambar2 tu ke sini, tapi biasa la beg memanjang je penuh dan berat...malas nak mengusung, nak pos risau plak hilang ke ayooo mau menangis tak berlagu. Tak pe nanti2 la aku fikirkan macam mana nak bawa album yang banyak tu ke sini...rindu wooo dengan kenangan2 tu.

Baru je dapat e mel dari Michelle, aku jaga anak2 dia 2 tahun, Robbie & Andrew, dah besar dah budak2 tu...husband dia Dentist ada klinik sendiri memang kayoo la diorang ni yang bagusnya tak berkira, kadang2 aku pi jaga anak depa dlm 1 jam lebih je, dapat la 20 dollar. Ikut agreement 5 dollar/ hour, tak tau la kot2 dia minta baki aku buat2 tak faham time tu dia tadak duit kecik ka...ha ha ha, aku je yang perasan depa bagus :) tapi memang bagus la family ni, masa babysitting tu masuk waktu solat je aku bleh solat...budak2 ni pun bagus duduk diam je (tak tau la kot2 depa takut sebab aku pakai telekung), lepas tu kena la explain apa yang aku buat tak kisah la tu, mana la tau kot2 bila besaq depa dapat hidayah ka amin!

Aku tunggu juga kot2 ada la gambaq terkini depa, teringin nak tengok, 2 tahun lepas ada la depa hantaq gambar masa main ski.

Skiing, satu lagi pengalaman mahal aku...sempat la 2,3 kali masa study dulu... hmm jangan la ingat aku dok merambu ramba je masa study dulu...aku study masa ada kelas, masa cuti aku jalan2 sakan. Pengalaman yang tak dapat nak diceritakan...seronoknya sebab jatuh pun tak sakit...dah jatuh atas snow yang tebal tu dan kita pun pakai baju tebal2...lebam sikit2 ada la tapi aiman tak kisah...redah juga... jatuh bergolek2 pun tak pe...tak de nak malu pun. Kalau sesapa yang tak ambik peluang merasa aktiviti2 yang tak ada kat M'sia ni aku kesian juga...sebab bila dah balik M'sia ni kat mana la nak merasa skiing lagi...bukan ada musim sejuk pun. Ada juga kawan2 aku yang macam regret la sebab tak try benda2 tu...tak la nak kata apa, ada la pro and cons, depa bleh bawa USD banyak, dan ada sesetengah tu result ok la dari aku. Tak kisah la tu...sebab bila dah masuk alam kerja ni kadang2 result cemerlang macam mana pun tak dak plak sapa nak heran...tak kisah la tu, rezeki masing2 la. Satu lagi...aku pun tak payah bayar loan M*ra sebab dah jadi biasiswa plak...he he he magik sungguh....Alhamdulillah syukur.

Oklah...stoplah cerita2 zaman muda belia tu...jangan dikenang sangat kisah silam, panjang lagi perjalanan hidup ni, banyak lagi urusan2 lain perlu dilangsaikan contohnya...silibus arghhhhhh tolong aku kena buat silibus untuk benda yang blom diajar, payah ni...kena kreatif woooo....arghhhhhhhhhhhhhhh

~dariBMkeKK~

Tuesday, April 04, 2006

Ntahapoapontah....

Salam,

Tadi dlm 10.30am aku dengan abangbulat pi A*tro sebab nak clarify beberapa perkara, contohnya alamat aku tak betul2 walaupun dah bagitau banyak kali, bil tak sampai (sebab alamat tak betul...) bila sampai bil plak dah beratus2... hmmm nak marah ni. Sesampai kami kat situ mujur la tak ramai orang tak sempat nak duduk no kami dah naik... ok la bagitau itu ini begitu begini, minah tu pun key-in la alamat baru, dan dia pun pelik macam mana bleh sampai walaupun alamat tak betul...ikutkan hati nak cakap hmmm saya ni femes la cik *yang bertindik hidung* sebab tu la bil ni sampai walaupun alamat tak betul...tapi tak la selaser itu, aku sengih ayu je la....maleh nak layan sebab customer service syarikat ni tak memberangsangkan...macam nak makan orang.

Cerita pi cerita mai pong pang pong pang, minah tu cakap bil sblm ni memang diorang tak hantar dan kami kena la bayar 200++ mujur la kami pernah bayar 40++ sblm ni, so tak la banyak sangat nak kena bayar, isk isk isk pelik sungguh la syarikat TV satelit ni. Settled everything mulut ni ringan je nak tanya kat minah tu, bertindik hidung tu pra syarat keja dengan A*tro ka? he he he gamaknya kalau aku tanya apa la reaksi minah2 tu...sebab aku dan abang bulat perasan minah kaunter sebelah pun bertindik hidung gak...kekonon lawa la...tapi biasa2 je, jangan marah ye sesapa yang bertindik hidung tu...ada yang lawa kalau bertindik tapi ada gak yang jadi tak lawa...apo2 la... asalkan korang bahagia kwang kwang kwang....

------ Selesai cite kat A*tro --------

Pi lunch dkt cafe kat bawah CP, lepas tu cepat2 balik opis malas nak join jamming the nation... ngantuk plak lepas mkn... aku confirm tido... abangbulat pun ngantuk gak, ok la tu lunchtime tido le kejap budak2 pun tak dtg opis sebab musim exam diorang busy study (biasa la last minute manjang...)

Esok petang aku kena wakil meeting plak...buhsan tapi apa daya aku ni bertekad cem*rlang sikit, masuk je la...malas nak cakap banyak2...dah la kena jadi pengganti bila cik penyelaras cuti arghhh malasnya...ingatkan bila dah lepaskan jawatan ni tak dak la nak bermeeting lagi, kena jadi pengganti plak...isk isk isk macam mana plak musim2 exam diorang ni bleh bercuti plak pelik sungguh...

------ Selesai cite jadi wakil meeting ------

Harap2 hari ni balik awal sikit la...dah lama tak masak, malam tadi dah pi beli ikan so bleh la nak masak itu ini begitu begini, sedap sikit mkn kat rumah, dah boring makan kat kedai. Tapi kalau balik lepas maghrib no choice la kena la pi mkn kat mana yang sempat. Makan kat luar ni pun bahaya juga skrg ni takut kena pow, sat lagi ambik lauk itu ini bila nak bayar hah RM45/- jenuh la plak...kalau bawa duit cukup ok la nak dijadikan cerita duit ada 2,3 puluh je hah kena basuh pinggan la kat kedai tu. Opss....isu ikan tongkol RM45/- masih hangat di pasaran...harap2 lepas ni tak dak la peniaga lain ambik kesempatan macam tu. Walaupun makcik kata kepala ikan + telur + isi ikan, tapi RM45/- terlalu mahal la...berganda2 makcik untung, dah menindas pengguna namanya. Ambik iktibar ye wahai peniaga2 sekelian, niat nak dapat untung, rugi yang dapat (bayar kompaun seribu ringgit...) tapi makcik tu tak pe la kedai dia untung ribu raban, kalau kedai lain yang untung cukup2 mkn je hmmm berputih mata nak bayar seribu tu...jadi beringatlah sblm kena.

------ Habis citer makan-makan ---------

OK jadual PTK dah kuar, bulan 5/5 - 15/5. InsyaAllah...berPTK la aku dengan abangbulat. Tak pe dia rajin bleh la aku tumpang nota2 kwang2... I luv u abangbulat.

Minggu ni aku relax lagi sebab tak kena jaga exam, minggu depan kena jadi ketua pengawas, hmmm malasnya sebab nak kena pi ambik soalan yang banyak2 tu dan nak kena distribute kat pengawas2 ni...alahai kenapa la aku sokmo terpilih ramai lagi orang lain, seingat aku tak pernah aku dikecualikan daripada jawatan ni...isk isk isk
kira aku ni femes la kan...(kah kah kah...perasaan plak...)

------ Tamat ------

~dariBMkeKK~

Emel tak berkaitan daripada orang tak berkenaan...

Salam

Dah bulan 4, '06 kejap je. Tak pe la life must go on...redha je.

Nak cerita sikit pasal sorang brader ni. Aku kenal dia thru internet tahun '97 masa tu aku kat MI dia keja kat syarikat pembuat kereta 1 M'sia, ntah la agakya aku pun memang tadak keja masa tu rajin la chatting kat A**mak.com. Memang chatters tegar la aku ni...dia pun aku rasa tegar juga kot, dok sembang pi mai pi mai, biasa la ada la rasa suka sikit kot, tapi tak la suka sangat2 sebab tak percaya sangat pun janji manis orang siber ni, dan tindakan aku tak percaya tu berbaloi sebab sblm balik M'sia dia bagitau dia dah kawin...ok la aku contact mcm biasa la...sebab kalau terus tak nak contact macam obvious sangat nanti dia ingat frust ka isk tidak le nak frust dengan kawan siber, ramai lagi kawan realiti *wink*

Bila balik M'sia contact la juga sekali sekala dia telefon aku kat kampung, kat rumah kakak aku kat subang. Tapi aku memang tak pernah nak jumpa ke apa ke... malas la sebab dia pun dah kawin, tapi ntah la orang lelaki ni payah sungguh, dok telefon citer wife dia malas masak la, dia kena makan kedai memanjang, malas kemas rumah la itu ini pong pang pong pang...aku dengar je tak komen apa sebab malas nak campur. Tup tup jeng jeng amboi amboi amboi....dia kata dia balik kg wife dia dlm pantang, masa ni aku macam nak gelak besar, isk dlm dok pong pang sana sini wife tak masak tak kemas rumah boleh buat anak juga? isk isk isk magik ni. Start dari sini lagi la aku tak percaya citer2 dia ni...seingat aku sekali je kami jumpa masa aku dok tanam anggur, jumpa kat shah alam, kedai apa ntah kat sek 3, (brader ni tak hensem he he he....) 99 aku datang KK jadi tutor, aku diam terus, tak nak la berkawan rapat dengan orang macam tu nampak tak ikhlas, dengan keluarga dia pun tak ikhlas apa lagi dengan kawan2.

Ok kenapa aku cerita pasal brader ni? Since last week aku dapat emel dia...mungkin dia dapat thru laman web U. Aku malas nak sambung balik bukan sebab aku dendam dsbnya...tapi ntah la aku tak berminat sangat2 nak balas emel dia. Pagi ni aku dapat kad virtual....dan petang ni aku dapat emel lagi dia marah2 pasal aku tak balas, ayat dia lebih kurang mcm ni:

"kenapa tak balas emel saya? Tak kisah la awak ni orang yang saya cari atau tidak balas la emel ni."

hmmm ntah la pelik sungguh aku dengan brader ni, kalau dah emel dua tiga kali orang tak respond tak payah la nak marah2, relax la... so far aku blom balas lagi emel dia dan rasanya aku takkan respond biar la dia berteka teki dan aku tadak apa2 hutang dengan dia pun...dok tanya aku dah kawin ke blom, anak berapa hmmmm ntah la malas nak layan banyak lagi kerja aku.

Aku rasa tindakan aku ni betul, kadang2 ini semua dugaan dan kalau kita layan Syaitan akan ambik kesempatan untuk menggoda kita, so biar lah dia nak kata aku sombong ke apa ke asalkan aku tahu tindakan ini adalah sesuatu yang rasional, tepat dan selamat.

Yang pelik tu kenapa la dia bersungguh nak contact balik, bukan la aku pernah jadi awek dia ke...apa ke...kenal2 macam tu je jumpa pun sekali je, tapi masa gila chatting tu dia kata dia pi opis hari sabtu ahad sebab nak chatting dengan aku, nak percaya pun tak bleh juga sebab bukan kita nampak kalau dia chatting kat umah dia. Memang dia pernah call aku kat US tapi guna phone opis dia le...ntah la tak nak fikir la pasal brader ni, buat2 tak faham...hopefully dia faham, dan tak emel lagi.

Mungkin tak salah aku ngaku aku ni orang yang dia cari, tapi ntah la...malas la contact lagi...nanti banyak plak citer dia. Cukup2 la dulu2 aku berdosa dok dengar citer2 rumahtangga dia. Kalau wife dia tak redha ke haru plak...

Tak pe la...apa2 pun aku rasa aku dah buat perkara yang betul...ntah2 dia tengah krisis ke dengan wife dia, naya je nak kena dok dengar hal2 rumahtangga dia...sekali lagi...tak pe kalau dia emel marah2 lagi aku citer lagi dlm next N3, kalau ada kalau tadak stop la citer dia kat sini...aku doakan dia akan berhenti emel aku lagi, dan lakukan perkara yang lebih berfaedah...amin...

Orait...ciao

~dariBMkeKK~