Friday, March 28, 2008

Apa nak jadi?

Salam,

Ada tak sesapa baca Kosmo online hari ni? Aku kena baca online sebab kat sini tadak jual yang bercetak... baca sebab bagi support la adik aku keja kat situ ke ke ke....

Opsss... tersasar plak... ada tak baca pasal Lelaki Itu, A. Zain yang tak kisah dicium pipi... hmmm anak pak Zain ni awat la jadi lagu tu... memanglah selama ni pun dia memang selamba berlaga pipi dengan pompuan sana sini tapi rasanya tak la bagus buat kenyataan camtu. Lepas tu tak kisah pulak nak bagi peluang peminat duduk atas paha dia masa dia menyanyi... yang aku risau tu kot-kot dia tak rasa apa-apa (ye ke????) tapi peminat yang tetiba stim... hah jadi lain pulak. Artis kita ni fikir habis ke tidak sebelum buat kenyataan camtu... dunia dunia.

Tak kisahlah kalau orang nak kata aku ni konservatif dll... tapi pada pandangan aku biarlah sebebas mana pun kita... perlulah ada batasan kalau tak bertunjangkan agama tapi rasanya berdasarkan budaya Timur itu bukanlah perbuatan yang boleh diterima oleh masyarakat.

Itu saja cerita untuk pagi Jumaat yang mulia ini... renung-renungkan, layannnnnnnn!!!

~dariBMkekK~

11 comments:

arianna adrizal said...

kak lyn, kebetulan kat sini dorang [kosmo] tgh dok promo apa ntah. jual kat depan ofis kami. 50sen je. so tetiap hari la sy beli.

tp arini sy pun hangit je bc tang tu. aiseh... statement lupa dunia betul.

Alinlai said...

anne,
itulah pasal...macam bangga je buat statement camtu, bertambah kurang minat kat dia... eiii apa kes la dia cakap camtu.

JahRera said...

salam pagi jumaat alin, lama tak jenguk sini...bizi memanjang.

orang lelaki macam tu kalau kena sepak kat pipi, melenting tapi bila kena cium percuma mestilah...layaaaaaannnnn :-)

AppleB said...

oh udah kembali keudara yach. ingatkan masih dok mood cuti2 kan ahhahahahahaha.

Alinlai said...

kak lela,
ke ke ke...itulah pasal, macam2 hal :) layannnnnnn!

apple,
kena tukar mood la... kalau tidak haru beb, dok ingat cuti lagi ni, cuti2 Bali dan Jakarta boleh ka? kwang kwang kwang

Kaklong Syikin said...

salam,

tak de ketinggalan zaman mananya alin..betullah apa yang awak cakap tu.

hmm..itulah kalau org pisahkan hiburan dngn agama, sampai blh kata buat mcm tu benda biasa. na'udzubillah.

itu belum tgk lagi anugerah B*r*t* H*ri*n..aduh, pening kepala tgk yg bertudung tergedik sana sini.

Alinlai said...

syikin,

itulah pasal...dah akhir zaman ni macam2 benda plak... tapi kalau dah offer orang cium dia tu w'pun kat pipi...dah hilang akal ke? Iye tak sanggup tgk kak ogy dok gedik sangat... hmmm

Mummy Rizq said...

jantan tak luak apa apa kalo dicium di pipi, sebab tu dia selamba.tp memeang x patut statement dia...

Alinlai said...

Achik,
rasanya elok kalau dia jgn buat apa2 statement... sebab memang dia selalu kena cium pun, dia macam riak plak ... tak sangka sungguh

AppleB said...

bawak-bawak la update!

aku dah bagi no SOS kat komen box aku kalo2 ko terdampar kat kepulauan aku neh.

Alinlai said...

apple,
orait :) tq dah update pun...sebab tetiba je rasa cam ada bunyi kuat dari arah pulau Lbn... suara hang le tu kan ke ke ke....