Friday, March 07, 2008

Hari mengamuk...

Salam,

  1. Hmmm mungkin kalau orang pompuan meninggikan suara orang akan kata... emosi sungguh.
  2. Hmmm mungkin kalau orang pompuan marah-marah [atas alasan yang kukuh...] orang akan kata emosi sungguh.
  3. Hmmm mungkin kalau orang pompuan mendesak dua tiga kali minta dipercepatkan [dalam kes ni tanda tangan borang untuk dihantar ke pejabat pendaftar] orang akan kata tak sabar-sabar [sedangkan dah 2 hari borang dalam bilik dia... apa la salahnya tanda tangan je... bukan nak suruh jadi penjamin atau saksi dll....]
  4. Hmmm mungkin kalau orang pompuan marah sebab naik lif yang disediakan untuk staf dan orang kurang upaya orang akan kata berlagaknya minah ni.

Hahahahahaha....ambik kau... sekali sekala aku naik angin habis semua orang kena, bukan setakat staf kat pejabat pendaftar, malah students pun aku marah...

Kes 1:

Aku pi pejabat pendaftar, hantar borang yang lambat dpt pengesahan dekan tu, bila nak submit boleh pulak dia cakap silap borang... sedangkan masa abang bulat pi hari tu pegawai dia cakap download borang kat website... aku membebel la, sebab ingat suka ke nak naik ke pejabat atas bukit tu. Lepas tu ingat senang ke nak dapatkan tanda tangan dekan aku...

Lepas tu dia pun bagilah 1 set borang...[set sebab berhelai-helai kena isi], aku minta lagi 2 set untuk abang bulat dan sorang kawan lagi, ada ke dia suruh buat salinan sendiri... tapi disebabkan dah marah aku berdiri juga kat situ... masuklah dia ambik 2 set lagi. Tapi aku masih berhemah, aku tetap cakap terima kasih.

Muka staf tu dah kelat-kelat masin... tak kisahlah, bukan pun depa layan aku bagus sangat pun sebelum ni, tak luak apa pun.

Kes 2:

Masa nak naik lif ramai sungguh students, lepas tu dok berborak sakan, bertotak-tolak ... bila lif dah tutup je, aku sound la... lif tu untuk staf dan orang kurang upaya je, lain kali naiklah tangga. Barulah pandai diam... tak dak perasaan hormat orang langsung. Aku terbayang satu je, kalaulah keadaan camtu berlaku kat pelawat apa persepsi pelawat tu dengan pelajar sini? Tapi pihak pentadbir tak pernah rasa benda ni serius... sedangkan dulu lif tu hanya dikhaskan untuk staf dan orang kurang upaya sahaja. Lagipun fizikal lif tu bukan untuk membawa muatan ribuan orang... ratusan pun dah terkehel. Sebab tu lif kami sokmo rosak.

................................................................................

Ye kenkawan... itulah cerita aku untuk hari ni... selamat mengundi :)


~dariBMkeKK~

13 comments:

Anonymous said...

biasala cik lin. depa ingat depa tu yg byk keje. kita ni tau bukak mulut mengajar je. kan bagus suruh depa pulak mengajar kat 300 budak kat dewan kuliah tu. baru ketaq lutut!. eee..wa pun tumpang geram!

eh lupalak..selamat mengundi. sapala yg undi atas nama wa agaknya? ehehe

kasutVincci said...

wah..lecturer dah mengamuk..
Dah cool blom?

Alinlai said...

cik sue,
iye... ntah apa2. Nyampah sungguh kalu kena pi twin towers tu, depa ingat kita ni suka sangat pi jumpa depa cehhhhh... silap besar la. Kalau bleh download segala dokumen, dan bleh submit online tadak le nak naik ke sana tu. Undi??? iye rakyat M'sia dah tunjuk belang, jgn pemimpin dok buat tak faham lagi tatau la nak jadi apa, lepas ni balik Penang naik roket la kwang kwang kwang

KV,
ahaks.... kejap je ngamuk tu, tak bleh ngamuk lama2, nanti dpt sakit jantung ke ke ke...sayangilah jantung anda!

happyirfa said...

SALAM ALINLAI..
ha..mmg patut pun kau naik angin. aku cukup angin kalau bab sign borang ni.susah sgt ke takat nak tenyeh tu..heran betul(mmglah silap tenyeh nanti membawa masalah besar)..

Alinlai said...

Irfa,
iye...terang lagi bersuluh itu borang BTN, bukan borang pinjam duit along ... sign je la. Suka isi borang yang tak memerlukan pengesahan dll, sonang kojo den :)

Apple Pie said...

marah ke?? muahahahhahahaha

Kaklong Syikin said...

salam,

err..garang gak alin sesekali ya? tak pe, untuk kebaikan.

ngundi kat ne

Alinlai said...

apple,
tak marah....geremmmmmmm je ke ke ke

syikin,
tak garang pun, berlakon2 je tu ke ke ke....ngundi kat Berita Hari*n je ;)

Mummy Rizq said...

Pasal lif tu acik teringat time kat ITM. Masuk ramai ramai abis kelas kat menara, ada seorang manusia dikalangan classmate telah menekan kesemua button. Tanpa menyedari ada lecturer kat dalam tu. Bayangkan tah dr tingkat berapa, lif tu stop kat semua level. So we all pun kena lah sound dgn lecturer tu.
Kesimpulannya: Kita waktu student pun buat benda bodo yang sama.. hee.. hee..

Alinlai said...

Achik,
ke ke ke...masalahnya chek tak pernah buat camtu sebab tu nak marah bila students buat camtu. Dulu kelas kat Menara malam2... mana le nak ikut lif, sebab ngeriiiii ooooo... tiba2 je lif terbuka sendiri... tak pun pintu terbuka tapi nampak dinding je. Uiskkk tak nak la ambik risiko ahaks!!!

simah said...

hang jegil mata dak?

tak dapat aku nak bayangkan hang marah... it must be a real sight! hahaha

parti yg hang mengundi menang tak??

simah said...

nasib baik kawasan campus hang kuat berangin... dah cool dah kot volcanic eruption tuuu????

sabaq cik lyn aiii...sabaq... :0)

Alinlai said...

simah,
ke ke ke...jegil tu kena la, itukan trademark. Berangin sakan yang buat aku pun naik angin tu kwang kwang kwang... uiskkk chek tak ngundi pun, daftar kat KL tapi tak tukar alamat pun, nanti2 la... kalau sampai seru, next election insyaAllah. :)