Thursday, February 21, 2008
Rumah idaman?
Hari ni aku dan beberapa orang kawan... pi buat lawatan ke sini hmmmmmm balik malam ni berangan-angan le...
Sungguhlah cantik rumah-rumah kat situ... ada banglo, ada teres 2 1/2 tingkat, ada semi D... tapinya harga jangan ditanya... paling murah 350K erk... mana nak cekau duit. Kalau beli sat lagi kena kejar dengan HASIL dan BPR plak... naya tu :) jangan cari pasal.
Banyak kali cuba nak upload gambar tapi tak dapat la... ntah la pasai apa... kat picasa pun tak bleh kat sini pun tak bleh.
Oklah...cukuplah untuk hari Khamis yang santai ni....cau cin cau :)
~dariBMkeKK~
Wednesday, February 20, 2008
Servis badan dan muka?
Iye kenkawan...hari ni sesi servis badan...aku pi urut badan...yg. penuh dengan angin, yang menyebabkan makcik urut tu sampai penat ke ke ke... lepas tu aku pi facial kwang kwang kwang... berseri muka [perasaan jap....]
Tapi rasa ringan badan dan rasa ngantuk pun ada juga. Petang ni sungguhlah mengantuk dengan cuaca yang syahdu camni isk isk isk...sabaq sabaq... consultation hours tak bleh lelap...sat lagi ada plak budak mai jumpa...mata kita merah je malu juga tu. Kena la kontrol sikit.
Hari ni confirmed balik lambat... lepas tu kena pi teman abang bulat training futsal... isk isk isk... memang balik untuk mandi dan zzZZZZZZZZzzzzzzzz je la.
Oh ya...sofa dah sampai... sepatutnya malam tadi, tapi ada ke depa hantar sofa warna lain, isk isk isk... alasannya tadak stok. Ambik yang display je la... apa bleh buat, kalu tidak bertangguh lagi.
Yezzarrrrrrrr dah ada barang le kat bahagian bawah... siap ada kabinet + meja bulat (dapat free...) biasalah kami ni kalau membeli tak menawar tak sah... lepas tu siap minta hadiah lagi. Gunakan hak sebagai pengguna dengan sebaik-baiknya... minta je kalau dapat bonus kalau tak dapat cuba lagi sampai dapat :)
Sebetulnya pada petang yang syahdu ni... ada perjumpaan dengan VC, tapi ntah la... malas sungguh nak pi. Esok tanya je la kawan depan bilik ni apa intipati perjumpaan. VC kami ni nak habis tempoh dah... rasanya akan disambung sebab kalau tak disambung atau tak pasti akan disambung mesti dia akan kemas-kemas bilik dia ke ke ke... ni dok sibuk je lagi, maknanya sambung le tu.
Tak semudah kau sangka
Ku rela begini
Chorus
Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Tak semudah kau rasa
*Bridge
SesungguhnyaKu tahu betapa sukar untukku
OK layanlah lagu kat atas tu... aku dok layan Ai d Beijing skrg ni jadinya lagu ni jadi lagu tema la skrg ni...cau cin cau
Tuesday, February 19, 2008
Sejuk brrrrrrrrrr....
Sejuk sungguh hari ni... suhu siang pun 26 - 27 C, malam ni mesti sejuk lagi.
Oklah...cau cin cau
~dariBMkeKK~
Monday, February 18, 2008
Hujan, sejuk dan lemau
Salam,
1. Hujan, tiap hari hujan... bukan sekejap-kejap tapi seharian. :) rezeki...terima seadanya...
2. Sejuk, iye jimat letrik sebab tak payah pasang aircond, sejuk semulajadi best juga :)
3. Lemau, itulah kesannya bila perkara no 1 berlaku disusuli dengan suasana no 2... sabaq saja la
----------------------------------------------------------------------
Kenkawan yang terasa nak melancong... bolehlah lawat laman web merah putih tu, banyak promosi... tapi siang-siang ni jangan cuba le... payah bebenor nak masuk, ramai yang belek-belek la tu [termasuklah aku kwang kwang kwang....]
Kalau diikutkan hati memang nak...tapi tengok la camno. Tapi kalau yang sorang lagi ON perghhh aku ON ON dan ON ke ke ke...
Banyak kali cuba nak masukkan gambar tapi tak boleh, rasanya itulah saja gambar Jogja yang dapat aku kongsi dengan semua... cukuplah tu kan. Lepas ni habislah citer melancong... kita buka citer lain plak :)
Cukuplah untuk hari ni, nanti bila lapang sambung lagi ... ciao cin cau.
~dariBMkeKK~
Friday, February 15, 2008
Hujan di KK
Sekarang ni musim hujan ... pagi petang siang malam hujan. Alhamdulillah...hujan membawa rezeki, membawa rahmat dll :) Suhu kat sini kadang-kadang <25>ke ke ke....]
Pertama kali layak mengundi, kakak aku bersalin [apa kaitan???] disebabkan masa tu aku duduk kat rumah dia... aku kena la jadi bidan terjun...[pembantu bidan OK....] tak dapatlah keluar mengundi.
Kali ke-2 aku kat US.
Kali ke-3 kat KL [ada ke lecturer tu buat kelas juga...isk isk isk].
Kali ke-4 aku kat KK [apa kes nak balik mengundi kat KL tu, ada sapa nak sponsor tiket?]
Kali ke-5 ni...rasanya sama gak macam kes kali ke-4...
Kesimpulannya... aku memang tak pernah mengundi kwang kwang kwang... bukan warganegara yang gemilang, terbilang... aku cuma cemerlang je :)
Ok itu saja...cau cin cau
~dariBMkeKK~
Monday, February 11, 2008
Cuti-cuti Ind*nesia
Sebagaimana yang dijanjikan inilah dia gambar-gambar pemandangan sesi Jalan-jalan Indonesia... ye kenkawan, aku pi Jogjaka*ta... alang-alang lepak KL lama-lama... baiklah meneruskan percutian ke tempat yang jauh sikit... jauh sikit je :)
Apa yang menarik kat situ? Hmmm tempat2 biasa je sebab Jogja kan bandar U, tak sibuk pun. Relax je... boleh naik becak dan kereta kuda dengan santai... yang banyak kat Daerah Istimewa Yogja (DIY)... ialah banyak sungguh Candi atau Kuil... iye kenkawan kat sinilah letaknya Candi Borobudur...Prambanan dan segala macam candi.
Kami (aku dan abang bulat) ambik pakej 3H 2M, bertolak pada 4hb Feb... sesampai di DIY, hujan agak lebat... dah la AAsia habis borang imigresen... kena la lepak menulis borang pulak. Black-out plak airport Adisucito... [ke ke ke....] mujurlah kejap je. Yang pasti salute la dengan bapak Imigresen kat situ...sungguh peramah. Boleh bersembang lagi...kalau tempat lain jangan harap le.
Sampai hotel...[or motel?] bilik simple je... tapi selesa untuk 2 orang. Mandi manda...tukar baju zoommmmmmm kami ambik taxi pi shopping di Malio*oro... ye kenkawan... dalam gerimis senja kami masih mampu berjalan sakan... window shopping dulu, yang penting mau mengisi perut... lapaq ooooo... makanya kami makan dalam 'Mal Malio*oro'... dah sampai situ kenalah rasa Baks* ... macam soto biasa gak cuma ada 5 ketul daging sapi. Oklah...makan je.
Bincang punya bincang... kami pun bersetuju ambik pakej lawatan Rp50000/ pax untuk sesi lawatan ke Borobudur, Mendut, Prambanan dan Borobudur Silver... akan tetapi... teramatlah awalnya pukul 5am dah bertolak. Tak pe...subuh kat situ masuk sblm 5am sempatlah solat dulu.
*kring kring kring....* 5hb Feb. pukul 4.15am jam bunyi mandi, solat dan pukul 5am [tepat....] driver van sampai... gelap gulita lagi. Hujan renyai-renyai. Sambung tido dalam van... driver singgah ambik awek Jepang sorang, makanya kami bertigalah dalam van. Awek Jepang yang fasih berbahasa Indonesia :)
Sampai Borobudur... 6.45am, pukul 7am baru buka, minum teh dulu...teh berperisa ginseng/ herba...[uiskkkk...] minum sikit je... harga Rp5000. Ok bermula perjalanan ke candi...kena jalan jauhhhhhhhhhhhhhh lepas tu naik tangga...mujurlah masih fit, kalau tidak mau sesak nafas kat atas tu. Ingatkan kami awal... rupanya dah ramai kat atas tu.
2 jam jalan menikmati pemandangan kabus, gunung berapi dll... kagum dengan segala ukiran kat situ... tak terbayang macam mana la orang zaman dulu boleh buat semua tu. Turun bawah... beli souvenirs...t-shirt 6 helai Rp100000, keychains 10 Rp40000 itu je... buat kenangan.
Masuk van... sambung tido, singgah Candi Mendut, bergambar sana sini... sambung lagi perjalanan ke Prambanan... hah, yang ni pun besar, tapi tak boleh masuk sebab under construction. Lepas 1 1/2 jam pusing dan bergambar... sambung lagi perjalanan ke Borobudur Silver... tengoklah camno perak dihasilkan... dan jangan lupa bukan tengok saja... ada kedai kat tepi yang menjual barangan perak... yang cantik dan menarik... aku beli rantai tangan dan rantai kaki ke ke ke....erkkkkkkkkkkkk
Ok tamatlah sesi lawatan sambil belajar.... nanti sambung lagi lawatan sambil habiskan rupiah :) cau cin cau....
Gambar 1 & 2: Candi Borobudur di waktu pagi.
Gambar 3 & 4: Gambar Candi sebelum dibaikpulih... maklumlah kat situ banyak sungguh gunung berapi yang aktif... makanya beberapa kali candi ni rosak sebab gunung berapi dan juga gempa bumi.
Friday, February 01, 2008
Cuti seminggu
~dariBMkeKK~