Friday, March 02, 2007

Bulan 3, 2 kosong kosong 7

Salam

Hmmm dah masuk bulan ke-3 ke? Risau sungguh sebab tahun ni macam banyak perancangan je... harap-harap ada le yang berjalan lancar aminnnnnnnnnn!!!

La ni aku macam dah 'gian' main games kat telefon, pantang ada masa terluang je memang la menekan telefon, sampai lenguh-lenguh la jari bahaya sungguh... sebab boleh melekakan... sabaq saja la.

Positif....tak boleh nak pi kenduri hujung minggu ni :( (bagi hadiah je la)

Lega rasa sebab hari ni boleh la nak relax sikit...kelas tadak, budak pun tadak yang mai jumpa boleh kemas-kemas meja sikit. Kemas banyak-banyak pun lepas tu bersepah juga sebab ntah apa la benda yang ada depan mata ni, nak simpan jauh-jauh sat lagi payah nak ambik...kalau orang nampak kekononnya keja banyak la ke ke ke sebenarnya hampehhhhhhh je

Hari ni abang bulat cuti...tapi dia pi opis juga, biasalah duduk rumah memang lagi haru sat lagi sama ada dok lepak tengok TV atau kroh kroh je...baiklah lepak opis tapi boleh pakai jeans dengan t-shirt je sempoiiiiiiii !!!

Malam esok ada dinner program....budak-budak ni memanjanglah tak sensitif...ada ka majlis start at 6.30pm, tak Maghrib ka? Habis pukul 11pm isk isk isk apa lama sangat... masa aku jadi penyelaras dulu aku make sure majlis start 7.15pm dan habis 10.00pm...tak dak hal nak berlama-lama dalam dewan tu. Lagi pun lepas habis majlis formal kalau budak-budak tu nak lepak sampai pagi ka ikut suka la...bukan boleh layan sangat budak-budak ni.

He he he...sure lega budak-budak tu sebab aku dah tak jadi penyelaras lagi....apa-apa pun 'aiman tak kisah....' pi tunjukkan muka then kalau rasa nak balik bagi la excuse apa-apa...tapi memang tak akan tunggu sampai habis la. Dah la pagi Ahad ada kelas sat lagi tak cukup tido payah la pulak...tak mau la pi kelas dengan muka sembab dan mata merah-merah macam bela hantu raya (eiiii ngeri....) budak tak semangat nak belajar kita pun tak semangat nak mengajar.

Ehhh dah 11am rupanya...kejap je, tapi keja untuk pagi ni dah siap pun... nota untuk Ahad pun dah siap... nak buat apa lagi ye? (cehhh macam la tadak keja lain....assignments bertimbun depan mata buat-buat tak pandang plak....erkk...) Oklah....stop sini dulu, kalau rajin petang ni sambung lagi, kalau malas setakat ni saja la...apa-apa pun selamat berhujung minggu dan berhati-hati sentiasa :) bye all.


~dariBMkeKK~

9 comments:

Mummy Rizq said...

elo... semat berhujung minggu.. woit! hari ahad orang rehat, bukan gu kelas.. haa..haa..

Kaklong Syikin said...

salam,

biasalah bab dinner ni..sapa kuat pegangannya, kat mana pun mesti dpt curi waktu utk solat.

btw, slmt berhujung minggu. saya balik kg suami, adik sepupu nak kawin. bygkan, jauhnya jarak usia suami saya ngan adik2 sepupunya, kami dah 8 thn lebih kawin, baru ada yg nak kawin. dia ni baru awal 20 an. :D

Anonymous said...

achik,
itulah pasal...hangus weekend sebab kena pi kelas tapi tak pa... rejeki jgn ditolak ke ke ke....

syikin,
bestnya pi makan kenduri, kat sini jarang2 dpt makan kenduri (baca: kenduri yang makanan sedap2....) ntah la lauk biasa2 je jgn cari la air sirap tak jumpa le

KakNi said...

Dinner ni lemah nya kalau tempat nak solat tak ada atau dalam keadaan daif.

So, kalau nak solat tu tak adalah kita nak make-up tebal2 ngalahkan artis tu ye dak?

Anonymous said...

ahni,
ke ke ke tak de nak mekap2 tebal2 tu, tapi kalau fikirkan artis2 yang dok bergaya sakan dan mekap 2,3 jam sblm majlis tu rasanya boleh agak la depa maghrib atau tidak :) wallahualam.... (ehhh macam ustazah plak....)

kasutVINCCI said...

mata merah2 la kasik bebudaks takot. Hahaha

Anonymous said...

KV,
ke ke ke sat lagi depa ingat pelakon citer tamil plak...

HAPPYIRFA said...

hai alinlai..
lah dtg klia ker?
kalau tahu buleh jumpa..teringin gak nak kenal awak

Anonymous said...

happyfira,
ehh keja situ ka? insyaAllah lain kali kalu ke situ boleh je nak jumpa :)