Monday, March 26, 2007

Demam xam mai dah...

Salam,

Minggu ni sunyi la sikit kampus, budak2 dah start exam... seronoknya sebab boleh lepak sikit dan buat kerja-kerja pentadbiran...kalau tidak jenuh juga nak melayan depa, sabaq saja la kadang-kadang tu.

Kursus dah tamat dengan tak berjayanya... ntah apa-apa la, slot yang penting kensel yang kurang penting ada plak. Apa-apa pun aku tak nak submit proposal tu lagi...ingat senang ke nak buat, dengan bahan seciput...isk ni yang hangin satu badan ni.

Oh ya...ada ke aku cerita yang terjumpa senior masa sekolah kat kursus tu? Dia baru join sini 2 tahun lepas... tapi of course la dia tak cam muka (Alhamdulillah....ke ke ke), tapi aku cam muka dia, sebab dia dulu balak kawan aku...same batch tapi kelas lain. Muka dia dah lain macam je, risau kot terkantoi citer lama-lama...zaman cintan cintun dia...tapi tadak la aku jahat sangat nak citer segala benda tu, citer lama buat apa dikenang-kenang...memandangkan dia pun OK aku simpan je la citer sensasi tu, kalau dia kerek dengan aku siap la...hu hu hu...

Citer punya citer... baru la aku perasan mufti Perl*s tu rupanya senior aku masa sekolah...patut la macam familiar je nama dan muka dia. Mungkin masa sekolah dia 'low profile' (macam aku ke ke ke....) sebab tu tak berapa cam.
Tak la bersembang sakan masa kursus tu, sebab dia macam cover line je, risau kot.. kwang kwang kwang...

Ehhh dah pukul 5 la...jap lagi nak balik la, abang bulat mesti dah on the way, dia cuti hari ni pi main golf, cuti dia banyak...boleh la ambik sesuka hati, aku nak simpan sikit nak pi berjalan-jalan dan nak balik raya Haji hujung tahun ke ke ke...kena balik raya Haji la sebab raya Posa kat sini. Maklumlah sistem penggiliran :)

OK bye semua, esok kita sambung cerita lagi.

~dariBMkeKK~

7 comments:

The Singa said...

huih..dah ada plan raya posa ngan raya haji..advance sungguh ko..

alinlai said...

jem,
ke ke ke....bab cuti ni kena advanced, baru meriah hidup :)

Anonymous said...

acara makan2 takde ker?

~kasutVincci

Mummy Rizq said...

lyn... eloknya abg bulat tu dipartnerkan dgn kamaru. kalau pasal golf..sanggup amek coti! cittt....

simah said...

laaa lama dah tak dengaq perkataan *balak*... perkataan tu masih orang guna ka kat sana?

maR said...

Haaa dah siap plan cuti tuh, jgn tatau! :D

alinlai said...

KV,
acara makan2 sentiasa 'ON' :)

achik,
ke ke ke...cuti dia banyak, memang ngam la kalau depa jumpa, tadak citer lain dah la gamaknya...golf golf dan golf.

simah,
'balak'??? ke ke ke kadang2 guna juga.

mar,
kui kui kui plan cuti kena cekap, kalau tidak dok melangut la kat KK ni boring gak.