Wednesday, March 07, 2007

Minggu 2, Bulan 3, 2 kosong kosong 7

Salam,

Ehhh dah hari rabu...kejap sungguh. Minggu depan dah minggu terakhir dan lega sebab dah habis silibus...kalau tak habis haru la juga.

Tak ada la cerita menarik pun saja je nak menaip sementara nak tunggu lunchtime. Nak makan kat mana dan dengan sapa pun tak tau lagi sebab abang bulat ada meeting, dan perut ni macam kenyang lagi. Tapi perut ni tak boleh agak juga, pukul 12 sat lagi mulalah ber R&B dll...jenuhlah nak tahan. Tapi tak baik tahan-tahan makan ni...nanti masuk angin pulak. Tak pe kejap lagi telefon je la sesapa yang ada potensi nak pi makan tumpang depa.

Minggu depan abang bulat pi KL (lagi...) ingat nak ikut tapi malas la pulak sebab nak kena ganti kelas pulak...masa-masa kecemasan ni jangan dok buat hal, sat lagi kena complaint jenuh nak menjawab...tak nak la pecah rekod lagi.

Ngantuk la pulak....minggu ni baru hari ni punch card kaler biru sebelum ni punyalah susah nak bangkit tido... lepas subuh tu tido balik berbunyilah alarm tu tapi tutup balik dan boleh lagi buat statement...alang-alang lambat biarlah lambat terus...pi breakfast dulu baru masuk opis. Sebenarnya pun kami tak la terpakai waktu pejabat 8 -5 tu...asalkan cukup 8 jam sehari ok dah...kadang tu saja je nak bagi cantik kad...tapi mai angin malas hmmm tak dak kuasa nak melayan. Biasanya pun balik lepas 5.30pm tapi ada hari-hari tertentu lepas maghrib baru balik.

Petang ni ada kelas....sampai 5pm...kena balik sebelum maghrib sebab abang bulat ada seminar apa ntah kat Le Meri*ien, awatlah tak dapat bilik....kalau dapat bleh la juga melepak situ....ke ke ke ada hati nak ngikut tu. Macam free pulak sebab semua notes dah siap dan sekarang pun dah key-in gred dan markah, by next week boleh dipamerkan .... perghhh efisyen juga aku ni (ha ha ha puji diri sendiri plak....layannnnnnnnnnn)

Ehhh malas pulak nak mengarang....stop la dulu :) bye all.

~dariBMkeKK~

9 comments:

Anonymous said...

http://www.lelong.com.my/Auc/List/2008-02DeSale4884509_AUCTION_VIP_Prepaid_DiGi_Celcom_and_Hotlink_For_Sale.htm

alinlai said...

la nak lelong apa plak ni....

Mummy Rizq said...

wei lyn... mai la KL datang lepak lepak.. jumpa kengkawan.. makan makan... soping soping... hee..hee..

alinlai said...

achik,
perghhh memang best tu kalau jadi pi sana he he he nanti lepas habis exam ni nak gak pi lepak semalam dua weekend, bleh duduk Inn kat Bkt Beruntung tu ka? ha ha ha

simah said...

wei.. hang dengan mummy rizq hangpa kawan ka atau hangpa sedara?

alinlai said...

simah,
kawan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....diberi nafas baru :) sebab jumpa balik di blogland lepas beberapa tahun lost contact

happyirfa said...

laa rugi tak ikut abg bulat dtg kl.kalau tak buleh jumpa .bye.

maR said...

Haaa tak ikut pi KL, tapi nanti bulan lima balik utara kan?

alinlai said...

happyfira,
itulah pasal...minggu2 kecemasan macam ni tak bleh nak ke sana sini senang2...semester nak habis dah, kena la make sure semua dah siap. Tapi tak pe lepas habis segala exam ni nak gak berjalan-jalan sakan ke ke ke

Mar,
iye betul tu...bulan 5 balik utara...boleh la kita jumpa kat kulim ke ke ke...ehhh bkn nak pi mengkuang dam ka?