Thursday, February 15, 2007

Yeyyyyyyyyyy

Salam,


Yeyyy yeyyy kelas dah habis...ha ha ha...aku plak yang gumbira sakan...rasanya students lagi la gumbira ria...maklumlah minggu depan cuti seminggu, dan ntah apa bagusnya aku tak plak bagi assignment kat depa. Tak pa balik dari bercuti ada la keja menunggu...sabaq ye adik-adik :)


Memang tak ramai pun kat kelas (hari ni dan kelmarin...) tapi malas nak bising-bising dapat cover 1 chapter, lepas tu sambung dengan presentation pukul 3pm dah habis. 2 jam ngam-ngam... lepas tu aku pi mengisi perut sensorang...lapaq weh.


Esok kena pastikan semua nota dah siap print, ada kelas Ahad depan...nak balik kampung lagi, kalau tidak nanti kalut plak. Maklumlah Isnin nak balik kampung sini. Nanti aku upload gambar2 kampung abang bulat...ada sungai, ada bukit, ada hutan pendek kata macam-macam ada... tapi aku blom la pernah mandi sungai tu walaupun depan rumah je, depa mandi berkemban...uiskkk takkan gue nak berkemban kot tak sanggup la...kalau pakai track bottom dengan t-shirt macam pi berkelah plak ha ha ha...main-main air je la kalau sungai tak keruh.


Abang bulat ada kelas sampai pukul 6, hmmm lagi setengah jam ni, ngantuk la sungguh, nak tido pun dah petang sangat tak bagus tido lepas Asar nanti jadi kurang siuman...isk Nauzubillah




Saja je letak gambar ni...cantikkan lukisan kat kapalterbang ni? Awatlah kapalterbang kita tak lukis-lukis batik ka, corak songket ka sure berseri-seri... daripada dok buang duit beli lukisan berjuta-juta ringgit...cat kapalterbang lagi oraitkan?

Aku dan beberapa kawan lain ada plan nak pi piknik hari Ahad ni...insyaAllah kalau jadi nak B-B-Q, kekonon la...silap-silap buat sandwich je...tapi bab bakaq ni abang bulat rajin la juga. Jadi rancangan 'family day' bulan 5 nanti boleh bagi keja dekat dia la...jaga B-B-Q kui kui kui.

Oklah...apa-apa pun esok ada lagi satu N3...lama tak menaip ni banyak cerita tapi bila penat idea pun terbang melayang :) bye all

~dariBMkeKK~


3 comments:

KakNi said...

Oit? First to comment?

Heheheh... seronok nya baca planning org nak ke sana ke sini

Anonymous said...

hangpa nak bbq daging ka..ayam ka.. ikan ka.. perut ka?

Alinlai said...

ahni,
:) jom la join alah nak berkelah dekat2 je bkn jauh2 pun .... asalkan bleh lepak kat luar dok rumah je pun bosan gak ke ke ke

simah,
ikan dan udang dan ketam dll... ha ha ha...