Monday, June 30, 2008

Habis dah cuti panjang....

Salam,

Minggu ni dan minggu seterusnya ramai la manusia kat kampus. Budak baru pun dah mendaftar kolej, dok berorientasi [skrg guna istilah 'suaimesra']. Tapi tak terlibat apa-apa... masih boleh relax. Khamis dan Jumaat ni barulah ada perjumpaan. Hmmm macam biasa je tadak le benda baru pun.

Tadi pi dengar pembentangan pre-viva PhD... ada sorang kawan kat sini, no komen sebab banyak gak isu dia dgn penyelia. Tak nak campur. Yang kecut perut tu aku nyaris-nyaris menyaksikan dia kena marah dengan penyelia... mujurlah aku cepat berundur dan menyorok ke ke ke... malas le nak dicampur tangankan... sat lagi orang kata kita dok bawa cerita plak... jangan buat pasal.

Ok... semua hutang2 dah settled... wah wah wah.. banyak lagi balance ni. Cam best je nak membeli baju baru ahaks... dan kasut baru. Dah nak start semester kena la beli kasut baru... ehh dulu masa zaman sekolah nak buka sekolah dapat baju dan kasut baru... ni dah keja takkan tadak kot kwang kwang kwang [alasan... nak ngabihkan duit la tu.]

Hmm sedapnya makan cherries... terjumpa plak kat supermarket kat sini... walaupun tak la manis cam cherry Istanbul, tapi masih boleh diterima tekak... aku suka sangat-sangat. Jangan tatau 0.25 g = RM19.90 erkk.... sabar je la. Tapi bukan aku beli... abang bulat yang beli aku tolong makan, jangan membazir... kan kan kan :)

Ehh dah dekat 6.30pm ... nak solat dulu... lepas ni balik, makan pe malam ni... nanti difikirkan. Sedap gak pizza yang ada sosej tu... aku suka. Kalau abang bulat tadak idea nak makan kat mana, nak ajak dia pi situ je la. Ok cau cin cau.

~dariBMkeKK~

11 comments:

Ayu Mohamad said...

Alin order kan aku jugak pizza itu yaaaaaa :) beli kasut baru sama baju baru bestnyaaaa hehehehe

Alinlai said...

ayu,
ok setttt!!! :) topping apa pizza tu? ke ke ke

Unknown said...

hehehe.. bab mkn tu yg tak leh tahan tu..hehehe

KakNi said...

Lepas ni bz la balik Alin kan...

Alinlai said...

ilah,
ahaks... itulah pasal... bab makan je la yang menjadi topik utama skrg ni. Makan dan makan... ke ke ke

akuni,
iye Ni, lepas ni busy la... dan awal2 ni memang akan pening dgn budak2 baru masuk... layan je la

Puteri Satu said...

a'a...kita pun dah makan piza tu...sedap...yummy!

Alinlai said...

puteri 1,
iye... inilah pizza yang saya dah ulang banyak kali... setakat ni dah 3 kali ke ke ke... tak muak plak.

Hazelsyd said...

kekekeke.. makan jangan tak makan eks... tidor pon jangan dilupa eksss heheehehe

Alinlai said...

hazel,
sudah semestinya... makan dan tido kena la seimbang baru bahagia ke ke ke... layannnnn!!!

KV said...

wah, mahalnya buah cherry. Takpe, baby nak makan. Ekeke

Alinlai said...

KV,
iye... mahal tapi disebabkan suka beli la juga. Ke ke ke... baby tak la nak makan sangat, mak bapa baby yang nak makan kwang kwang kwang...