Tuesday, August 14, 2007

Insiden sana sini....

Salam,

Insiden 1:

Ngerikan bila tengok gambar insiden kemalangan kat km 229 tu... banyak faktor penyumbang selain daripada ajal maut. Faktor pemandu, keadaan bas, keadaan jalan raya antara faktor-faktor penyumbang. Bila berlaku insiden maka berlakulah tuding menuding ke arah sana dan sini... itulah negaraku :(
Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan.

..................................................................................................................................................
Insiden 2:

Hujung minggu kami tak ke mana-mana pun, lepak rumah je, Ahad abang bulat pi kelas aku pi pasar, beli bahan-bahan buat kuah mee rebus. Rasanya kuah sangatlah OK malangnya mee pulak KO, tak jumpa mee kuning basah tu... yang ada mee kering isk isk isk memang tak sesuai langsung... makan mee sikit, lepas tu dok hirup kuah je. Apakan daya...
..................................................................................................................................................
Insiden 3:

Kawan lama datang KK, selepas 12 tahun baru jumpa balik... dah anak 3 pun. Perangai sama je macam dulu-dulu.... muka nampak matang (sesuai dengan umur), tensen dia sebabnya, kawan-kawan dia ingat aku ni ex-student dia ha ha ha... siap tanya lagi study tahun berapa kat sini? kwang kwang kwang.....nasib ler.... bila bagitau keja kat sini dah haru tak pe tak pe... semua tu normal untuk aku sebabnya... students pun sokmo tersilap ingat aku ni sapa-sapa walaupun memang sahih dia ketuk bilik aku... boleh lagi dok tanya...Puan Alinlai ada? hmmm layannnnnnnnnnnnnn je la
....................................................................................................................................................
Insiden 4:

Tadak dah... itu je :)
***************************************************************************

Hari ni lunch kat Pizz* Hut, makan Dip licious untuk kali ke-2 ... ke ke ke... bukanlah suka sangat pun tapi disebabkan tadak selera nak makan nasi... pi cari benda lain la untuk isi perut. Kalau tak makan sat lagi pengsan plak. Perut ni bukan boleh kosong... sat lagi mula pening kepala, lepas tu mula masuk angin dll... isk isk isk haru sungguh.

Yang lagi haru tu kalau kenyang mata plak berat semacam... uiskkkk kita duduk kat M'sia ni mewah makan... kalau ingatkan saudara-saudara kat negara lain yang dok berjuang untuk hidup [sama ada berperang dengan manusia atau dengan alam] terus rasa insaf...

Hari ni dah lega sikit sebab siap juga akhirnya soalan xm ... tak susah kalau benda tu kita ajar, ini kena buat soalan untuk benda yang kita tak ajar... tapi malas nak bising-bising redha je. Sat lagi orang kata kerek plak... sebabnya yang tinggalkan keja tu senior daripada kita... atas rasa hormat buat juga le... malas la nak bising-bising... tapi sekali sekala tergelak juga dengan kawan-kawan yang faham... gelakkan diri sendiri le... hmmm faham ke? Tak faham tak pe abaikan je.

Payah keja macam kami ni... orang nampak senang le. Contohnya....pelajar tak bagus kami juga yang kena, kalau pelajar tak perform masa temuduga kami juga yang kena tempias... walaupun sekejap saja pelajar tu dibawah jagaan kami 3 - 4 tahun... tadak pulak orang nak tengok latar belakang budak tu, asal mana, sekolah mana dll yang berkaitan. Hmmm kesimpulannya... buatlah keja setakat yang terdaya... dan yang penting ikhlas inilah periuk nasi :)

Berhenti dulu... nak sambung buat keja. Cau cin cau

~dariBMkeKK~

11 comments:

arianna adrizal said...

tulah.. br dok cita psl bas.. dan2 da ada yg eksiden bagai. kecut perut gak tgk. lg la sy ni slalu naik bus jln jauh. mintak2 dijauhkan dr musibah. amin.

Sunan_Jati said...

erm...

setuju jugak

Anonymous said...

anne,
insyaAllah...tadak mende tu. Tapi cakap je risau, kalau naik bas tu tido tak ingat gak ke ke ke....

sunan-jati,
setuju yang mana satu? banyak insiden tu...

Anonymous said...

banyak betul insiden...aku pun tak tau nak komen apa...

Al fatihah kepada mangsa kemalangan...

kat turki ni aku dok bengang kat driver lori truck besar..dah la besaq...tapi kekadang tu ada yg bawak laju dan masuk fast lane.... yg paling seram tu kalau driver mabuk.... simpang malaikat 44...ΓΌ

tak pa..kerja hangpa banyak pahala...pahala boleh bawak mati beb....:0)

Zetty said...

kesian bila baca mangsa2 kemalangan bas tuh ... AlFatihah kepada mangsa yg beragama Islam ..

mee kuning takde pun bleh jadi accident ke .. kekekekek ..

aduhh, semua org memperkatakan tentang Diplicious Pizza Hut tuh .. aku la nieh sampai skang tak tau apa kebenda alahnya .. balik Msia karang tak kira, aku nak gak try .. nampak cam menarik aje ..

Anonymous said...

simah,
eiii driver kat Istanb*l tu lagi mengerikan ke ke ke... main belasah je lane mana nak masuk, driver kat sini mabuk tu mungkin tidak... tapi mengantuk ada la. insyaAllah harap2 ada pahala tu :) aminnn!!!

yatie,
he he he... itulah pasal...geram sebab kuah dah OK, mee plak tadak. Iye...balik M'sia nnt pi la makan pizza tu puas2 :)tak pun request la kat pizza hut kat sana suruh buat kwang kwang kwang...

KV said...

awww...alin awet muda tu. Huhuhu..apa petua?

Cik Tat said...

kat sini aku blasah pakai mee spageti jer utk mee rebus..janji leh makan..isk..teringin la plak nak buat..

Mummy Rizq said...

paling sedih, budak yg survivev dlm pelukan mak dia yg meninggal tu! sob.. sob....

HAPPYIRFA said...

SALAM..
memula start keje dan bujang dulu selalu balik kg naik bas.dlm 6 atau 7 jam sampai tp bila selalu dgr bas terbabas mak tak bg naik bas..saya naik keta api pulak..tp x tahan bontot lama sangat duduk.
dlm 11 jam..bukan x leh naik flt tp malas nak que..tp sejak ada anak2 ni kena gak naik flt sbb x tahan anak2 tak duk diam..kdg2 je naik keta kalau balik cuti lama.

Anonymous said...

KV,
ha ha ha petuanya... makan bila lapar, berhenti sblm kenyang...[yo yo ooo je] tadak petua la... ntah la genetik kot :)

Jem,
spageti sedap gak bila buat mee rebus, tapi kalau mee kering tu uiskkkk rasa nak belasah je tokei kedai yang jual tu... tak sedap langsung la...

Achik,
:( itulah pasal... kesian sungguh. Tak tau nak salahkan driver ke jalan ke apa...kadang2 benda nak jadi ni kita cermat pun jadi gak...

Irfa,
hmmm dah lama tak naik train, dulu masa study pernah gak sekali dua balik naik train... lamaaaaaaaaaa sungguh nak sampai BM tu, dah la nak tido pun payah.