Friday, December 22, 2006

Semporn* edisi 3

{sila baca edisi 2 sblm baca edisi 3...tq}

Salam,

Jadi semua dah tahu kenapa trip ke Semporn* tidak sempurna bagi aku dengan abang bulat? Iye...kami accident.

Alhamdulillah tak melibatkan kereta lain ataupun orang lain dsb...dan yang paling kami bersyukur, kami selamat...kereta je 'cedera' kat bengkel dari Isnin lepas (11/12), mungkin 2 minggu kat bengkel :(

Nak tau macam mana boleh accident?

Kami bertolak dari KK around 6am. singgah Telup*d ambik MIL dan kanak2 ribena 2 orang, pengantin naik bas sampai pekan Kinabatan*an. Pukul 12.30pm bertolak, masa ni dah start konvoi 2 kereta. Kami plan nak solat kat LD, tapi kereta depan nak singgah kat satu kawasan rekreasi, oklah tapi masa ni memang dah tak berapa sedap hati tapi tak layan sangat la...sebab kena pantau abang bulat drive (sblm tu aku yang drive...).

Lebih kurang pukul 3.00pm (+-) kami sampai kawasan Sil*m, tempat ni tengah-tengah antara LD dan Kun*k, memang kami dah plan lepas singgah solat nanti nak tukar driver...aku dah nampak dia ngantuk dan nampak penat. Bersembang dengan dia, tapi kejap je lepas aku tengok bawah tiba-tiba rasa kereta makin ke kiri, terus cuit dan tanya kenapa makin ke kiri...rupanya abang bulatku itu sudah terlelap sekejap... tiba-tiba je dia terbrek...dan terus tak dapat kontrol steering, kereta sempat berpusing sekali atas jalan, terus melungsur slow and steady ke tepi jalan sebelah, terus langgar tiang lampu. Tapi masa nampak tiang lampu tu aku dah rasa akan selamat sebab ada benda yang akan halang kereta makin melungsur...dummmmmmmmmmmmmm (bunyi kuat...)

Bila enjin mati, terus aku telefon kereta abang ipar kat depan minta depa patah balik sebab kereta terbabas...MIL dah menangis2 kat belakang, kanak2 ribena 2 orang dah pening2 sebab terhantuk kepala (sikit je...) aku??? Alhamdulillah memang ok dan rasanya paling cool sebab aku kena cool...abang bulat dah macam tensen dan dia rasa bersalah juga sebab faham-faham la ada mak dia dan anak2 menakan dia kat belakang (mujurlah kami tak bawa pengantin).

Dalam masa kurang 2 minit dah ramai yang datang dan berhenti tengok, sebab kalau tengok kereta memang fikir orang mesti teruk, Alhamdulillah kami yang kat dalam tu 100% selamat...lebam atau calar sikit pun tak dak.

Suami adik ipar (pengantin lelaki) terus telefon sedara dia bagitau pasal kejadian tu dan lepas 45 min diorang sampai baiki apa yang patut...dekat 2 jam baiki, kami sempat la tumpang solat kat rumah tepi jalan tu, dapat betik 1 plastik besar (rezeki accident...) 6pm kami bertolak ke Kun*k nak simpan kereta kat rumah sepupu pengantin lelaki, memang kereta tu tak boleh jalan jauh lagi.

Walaupun dah dibaiki...kereta masih overheating, sebabnya radiator bocor...lepas 5 km kena berhenti untuk top-up air...(aku drive lepas kejadian sebab hari dah gelap dan abang bulat terkejut sikit dengan kejadian...) yang paling mencabar, kami terpisah dengan kereta abang ipar aku, air dah habis dan jalan tu gelap sangat... kebetulan hujan lebat, memang tawakal je bawa kereta malam tu...mujur ada parit tepi jalan, abang bulat pi ambik air parit la isi dalam tangki air...ke ke ke macam-macam jenis air la kereta kami 'minum' malam tu. On the way nak sampai rumah sepupu pengantin lelaki kena lalu ladang kelapa sawit, sekali lagi kena berhenti untuk top-up air... belek sana sini last-last depa nampak ada air hujan yang lalu celah-celah pelepah kelapa sawit... dapatlah 2 botol, bagi kereta 'minum' air kelapa sawit pulak :(

Perjalanan yang sepatutnya ambik masa 8-9 jam dah jadi 18 jam...penat jangan cakap la, tapi memang kami dua dah serik la nak pi situ lagi. Kalau kena pi lagi, mungkin naik flight la kot :)Pukul 2am baru checked-in kat hotel...mandi, solat dan zzzzzzzzZZZZZZZZZZ...

Ahad, bertolak balik lebih kurang pukul 10am, sampai Kun*k ambik kereta...target drive sampai LD saja, kalau ada kereta tunda nak minta tunda sampai KK, kami balik naik flight, nak dijadikan cerita...Ahad mana la bengkel buka, tadak kereta tunda yang sanggup sampai ke KK, hmmm sabaq saja la...timbang sana sini, singgah kampung biras (wife abang ipar) kat Bkt Gar*m. Malam tu tido 1 malam...yang best tu kami pun terpaksa bershopping t-shirt dan benda-benda kecik yang lain sebab dah habis stok.

Pagi Isnin 9am bertolak balik KK, aku EL la apa lagi. Sampai KK around 4pm, terus pi bengkel...dealer bagi kereta sewa 2 minggu RM600/- oklah...malam bawa escort (abang ipar) pi makan kat 'resepi rahsia'. Abang ipar aku ikut dengan kereta dia sebab dia nak pi Jab. Pendaftaran ada urusan apa ntah...

Penat...dan macam-macam iktibarlah kami dapat sempena trip kali ni. Tapi tak merungut sebab Allah cuma bagi dugaan yang sikit je tu, dan kereta je teruk orang tak dak apa pun...kena redha dan bersyukur sangat-sangat :)

Tak tau nak buat kesimpulan apa, yang penting syukur dan redha itu saja :)

Gambar keta kami selepas dan sebelum kemalangan.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.....(sekali lagi.....)

Uiskkkk..... :(


Sekian, terima kasih :)

~dariBMkeKK~

14 comments:

Apple Pie said...

aiyooo..ada trajedi rupanya. tp sukurlah korang tak apa2. dah aku respek la ko still macho dan gagah itu time.

alinlai said...

apple_pie,
ntah la...agaknya sebab tak calar balar kot, so jadi relax sangat sangat...siap bleh pi pekena betik kat rumah yang kami tumpang solat tu he he he...benda nak jadi apa bleh buat redha saja le :)

The Singa said...

alhamdulillah la semua xde pape..
patutla ko rasa tak seronok..
jarang ada kenduri jamu ikan..tapi betul la, kalo jamu ketam/udang mmg lagi syokk..

alinlai said...

mama singa,
ke ke ke...itulah pasal, dengan rasa bersalah kat pengantin, dengan fikirkan kereta yang dah tak berapa elok...terus hilang mood nak berkenduri sakan. Feel 1st time pi tempat baru pun tak tak...yezzarrrrrr...kalau jamu ketam, udang perghhh memang bagi markah penuh la kat majlis depa kui kui kui

PuteriSatu said...

loor sian nye ko anak beranak eksiden ya....nasibla tak de apa2 ya....elok gak ko stil cool..nanti klu ko nangis sama MIL ko...lagi la hubby ko tension kan....kira ko ni controlla gak ya walu terperanjat....

sian plak aku dengar keta ko tu minum air memacam jenis....tak per la....ada pengajarannya gak kan..semua tu pengajaran...pas ni..hati2 bawak keta..rasa ngantuk berenti je tepi jalan...ok..take care tau Lin...

alinlai said...

Puteri 1,
tq tq...kena cool, kalau tidak payah citer :) iye sure keta tu pening sebab minum air parit, air ujan dll ke ke ke....selamat hari raya korban...

maR said...

Aduhai kak lyn!
Nasib baik la semua selamat.... betoi la kena cool. Selalunya saya ni yg kanchong, azrin cool sikit.....
Takpa la kan, asalkan semua org selamat.....

kasutVINCCI said...

alin sama gak cam kv, ari tu hubby undur tak perasan ada tiang lampu, terus boom! Punya la dia panik dan tension. Terpaksa la kita pulak kena mencool kan diri. Heheh
alhamdulillah takde cedera atau kehilangan nyawa. Tp yg nyata mmg mood terbang terus, kan.;(

Zakiah said...

syukur semua okay. takper adala hikmah tuh...kesian keta tuh...tak keracunan ke minum air parit la...air kelapa sawit lar...air sirap rumah pengantin dibalun jugak ker??

marlinabaharom said...

laa... mujoq hang tak dak apa apa lyn....

lenkali sblom drive jauh soh abang bulat minum SUPER POWER!!! K!

simah said...

Alhamdulillah hangpa semua tak apa apa... kereta boleh fix..hangpa kalau cedera nak fix bukan senang..

redha dans yukur kot la korang ok..

dan mesti kereta hangpa dok kutuk hangpa sebab kena minum ayaq parit hehehe..

apa apa pun..selamat menyambut hari raya Aidil Adha utk hang dan abang bulat.. maaf zahir dan batin kalau kalau la ada terkasar bahasa dan adab..tak care...

abang bulat hang dah habis dah ka shock accident ari tu?

MAMARISYIA said...

Alhamdulillah tak de cedera apa2...Itu pasal MR kalau balik kampung kalau baba nampak mengantuk jer terus offer drive pasal fobia bab2 accident ni!!

alinlai said...

mar,
ke ke ke itulah pasal...cool babeh cool!!! Alhamdulillah selamat...cuma kereta tu je masih kat bengkel :(

KV,
memang mood terbang melayanggggg... tak pi jalan2 mana pun, lepak bilik dan tour dekat kawasan hotel je :)

Zakiah,
kui kui kui air sirap umah pengantin tuan kereta yang minum, tapi...kat sini mana ada air sirap weh, nasi minyak pun tarakkkk....depa jamu nasi putih je

alinlai said...

Achik,
ke ke ke...tapi masalah kami ni minum la kopi ka apa ka...kalau ngantuk mata tetap layu semacam je...

Simah,
sikit lagi nak minum air parit...sebab dahaga juga masa tu, semua air dah tarak...tapi sabaq sabaq.... selamat raya korban juga untuk hang dan keluarga :)

MR,
iye...itu yang sebaik-baiknya...berganti-ganti drive. Tapi benda dah nak jadi terima je la :) insyaAllah lepas ni kena beringat la kan?