Tuesday, December 26, 2006

Ulangtahun ke-3


Salam,

Pejam celik pejam celik...dah 3 tahun kami kahwin...Alhamdulillah mudah-mudahan berkekalan ikatan kasih sayang kami dunia akhirat :)

Nak bersajak, bersyair memang saya tak pandai...harapan saya agar kebahagian kami akan dirahmati oleh Allah Taala, dan disenangi oleh semua yang mengenali kami.

Mudah-mudahan ikatan kami akan diserikan dengan kehadiran cahayamata yang beriman dan beramal kepada Allah Taala, serta sihat tubuh badan :) Zuriat yang bakal menjadi penyambung keturunan kami dan yang akan mendoakan kesejahteraan kami bila kami telah tiada di dunia ini nanti.

Amin Ya Rabbal Alamin...

~dariBMkeKK~
p/s: Gambar tiada kena mengena dengan entri, harap maklum :)

Friday, December 22, 2006

Semporn* edisi 3

{sila baca edisi 2 sblm baca edisi 3...tq}

Salam,

Jadi semua dah tahu kenapa trip ke Semporn* tidak sempurna bagi aku dengan abang bulat? Iye...kami accident.

Alhamdulillah tak melibatkan kereta lain ataupun orang lain dsb...dan yang paling kami bersyukur, kami selamat...kereta je 'cedera' kat bengkel dari Isnin lepas (11/12), mungkin 2 minggu kat bengkel :(

Nak tau macam mana boleh accident?

Kami bertolak dari KK around 6am. singgah Telup*d ambik MIL dan kanak2 ribena 2 orang, pengantin naik bas sampai pekan Kinabatan*an. Pukul 12.30pm bertolak, masa ni dah start konvoi 2 kereta. Kami plan nak solat kat LD, tapi kereta depan nak singgah kat satu kawasan rekreasi, oklah tapi masa ni memang dah tak berapa sedap hati tapi tak layan sangat la...sebab kena pantau abang bulat drive (sblm tu aku yang drive...).

Lebih kurang pukul 3.00pm (+-) kami sampai kawasan Sil*m, tempat ni tengah-tengah antara LD dan Kun*k, memang kami dah plan lepas singgah solat nanti nak tukar driver...aku dah nampak dia ngantuk dan nampak penat. Bersembang dengan dia, tapi kejap je lepas aku tengok bawah tiba-tiba rasa kereta makin ke kiri, terus cuit dan tanya kenapa makin ke kiri...rupanya abang bulatku itu sudah terlelap sekejap... tiba-tiba je dia terbrek...dan terus tak dapat kontrol steering, kereta sempat berpusing sekali atas jalan, terus melungsur slow and steady ke tepi jalan sebelah, terus langgar tiang lampu. Tapi masa nampak tiang lampu tu aku dah rasa akan selamat sebab ada benda yang akan halang kereta makin melungsur...dummmmmmmmmmmmmm (bunyi kuat...)

Bila enjin mati, terus aku telefon kereta abang ipar kat depan minta depa patah balik sebab kereta terbabas...MIL dah menangis2 kat belakang, kanak2 ribena 2 orang dah pening2 sebab terhantuk kepala (sikit je...) aku??? Alhamdulillah memang ok dan rasanya paling cool sebab aku kena cool...abang bulat dah macam tensen dan dia rasa bersalah juga sebab faham-faham la ada mak dia dan anak2 menakan dia kat belakang (mujurlah kami tak bawa pengantin).

Dalam masa kurang 2 minit dah ramai yang datang dan berhenti tengok, sebab kalau tengok kereta memang fikir orang mesti teruk, Alhamdulillah kami yang kat dalam tu 100% selamat...lebam atau calar sikit pun tak dak.

Suami adik ipar (pengantin lelaki) terus telefon sedara dia bagitau pasal kejadian tu dan lepas 45 min diorang sampai baiki apa yang patut...dekat 2 jam baiki, kami sempat la tumpang solat kat rumah tepi jalan tu, dapat betik 1 plastik besar (rezeki accident...) 6pm kami bertolak ke Kun*k nak simpan kereta kat rumah sepupu pengantin lelaki, memang kereta tu tak boleh jalan jauh lagi.

Walaupun dah dibaiki...kereta masih overheating, sebabnya radiator bocor...lepas 5 km kena berhenti untuk top-up air...(aku drive lepas kejadian sebab hari dah gelap dan abang bulat terkejut sikit dengan kejadian...) yang paling mencabar, kami terpisah dengan kereta abang ipar aku, air dah habis dan jalan tu gelap sangat... kebetulan hujan lebat, memang tawakal je bawa kereta malam tu...mujur ada parit tepi jalan, abang bulat pi ambik air parit la isi dalam tangki air...ke ke ke macam-macam jenis air la kereta kami 'minum' malam tu. On the way nak sampai rumah sepupu pengantin lelaki kena lalu ladang kelapa sawit, sekali lagi kena berhenti untuk top-up air... belek sana sini last-last depa nampak ada air hujan yang lalu celah-celah pelepah kelapa sawit... dapatlah 2 botol, bagi kereta 'minum' air kelapa sawit pulak :(

Perjalanan yang sepatutnya ambik masa 8-9 jam dah jadi 18 jam...penat jangan cakap la, tapi memang kami dua dah serik la nak pi situ lagi. Kalau kena pi lagi, mungkin naik flight la kot :)Pukul 2am baru checked-in kat hotel...mandi, solat dan zzzzzzzzZZZZZZZZZZ...

Ahad, bertolak balik lebih kurang pukul 10am, sampai Kun*k ambik kereta...target drive sampai LD saja, kalau ada kereta tunda nak minta tunda sampai KK, kami balik naik flight, nak dijadikan cerita...Ahad mana la bengkel buka, tadak kereta tunda yang sanggup sampai ke KK, hmmm sabaq saja la...timbang sana sini, singgah kampung biras (wife abang ipar) kat Bkt Gar*m. Malam tu tido 1 malam...yang best tu kami pun terpaksa bershopping t-shirt dan benda-benda kecik yang lain sebab dah habis stok.

Pagi Isnin 9am bertolak balik KK, aku EL la apa lagi. Sampai KK around 4pm, terus pi bengkel...dealer bagi kereta sewa 2 minggu RM600/- oklah...malam bawa escort (abang ipar) pi makan kat 'resepi rahsia'. Abang ipar aku ikut dengan kereta dia sebab dia nak pi Jab. Pendaftaran ada urusan apa ntah...

Penat...dan macam-macam iktibarlah kami dapat sempena trip kali ni. Tapi tak merungut sebab Allah cuma bagi dugaan yang sikit je tu, dan kereta je teruk orang tak dak apa pun...kena redha dan bersyukur sangat-sangat :)

Tak tau nak buat kesimpulan apa, yang penting syukur dan redha itu saja :)

Gambar keta kami selepas dan sebelum kemalangan.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.....(sekali lagi.....)

Uiskkkk..... :(


Sekian, terima kasih :)

~dariBMkeKK~

Semporn* edisi 2

Salam,

Ok as promised aku sambung cerita trip ke Semporn* ada dua lagi gambar pemandangan laut Semporn*.

Gambar 1:


Gambar 2:
Macam dalam frame plak gambar ni...

Sambung citer kenduri :)

Kenduri SIL berjalan lancar...tapi kesian juga sebab awatlah orang sini macam tak meraikan pengantin, at least adalah nasi pengantin (lauk lain sikit la...) ini depa jamu lauk yang sama je, tak dak lain langsung...mungkin kat sini memang tak dak beza kot nasi tetamu dan pengantin (kesian pengantin sini...)

Tapi iyelah kenduri kat kg abang bulat dulu pun memang tadak nasi pengantin pun, aku makan nasi + lauk yang sama gak..kui kui kuiUntuk makluman...kami mengalami kemalangan on the way to Semporn*, memang tadak mood nak berkenduri lagi, bukanlah sebab luka dan sebagainya...kereta kami yang luka teruk. Aiseyman...tapi syukur sebab memang orang dalam kereta tak luka (calar pun tak ...) Alhamdulillah syukur.

Pukul 10.30am pi kenduri lepak sampai 1pm, lepas pusing-pusing pekan balik tido... abang bulat tu risau je la...aku relax je. Benda nak jadi apa bleh buat, bangun tido around 3pm, MIL ajak pi jalan-jalan...tapi mood berjalan sudah hilang daa...depa semua pi mana ntah, aku dengan abang bulat lepak bilik dan petang tu keluar ambik gambar pemandangan (tadak mood nak ambik gambar sendiri).

Taraaaaaa... inilah gambar-gambar pemandangan yang kami ambik petang tu.

Gambar 3:



Gadis Semporn*, nampak kurus je tapiiiiiiiii awat tak buat sit up :) kasi flat itu peyut...bleh?

Gambar 4:




Inilah rupa bilik kat hotel ni...atas air, kalau buang air kecik memang jatuh terus dlm air...tapi jangan bimbang air besar ada saluran tertentu la...kalau jatuh terus dalam air sure berbau kan kan kan...hilang plak bisnes depa.

Gambar 5:



Berminat? Capai telefon dan terus dail number tertera...

Gambar 6:



Nak tengok ikan duyung? Silalah ke Semporn* ada 'sebuah' ikan duyung kat sana :)

Malam tu pi makan kat rumah pengantin lelaki, eiii ngerinya sebab kena jalan atas titi, rumah depa atas air...titi tu memang bergoyang dan ada yang berlubang sana sini, tapi budak2 kecik tu laju je berlari sana sini...isk isk isk.

Depa jamu nasi dengan lauk yang sedap. Yang aku suka sebab depa jamu ikan bukan daging atau ayam... depa ni tak la berapa senang, bila depa jamu ikan rasa lebih selesa, daripada setengah orang tu suka sangat jamu daging/ ayam...sebab nak impress tetamu. Sini ikan murah, buat apa la susahkan diri..kalau jamu udang/ ketam lagi aku suka huarghh huarghhh...

Pagi Ahad bertolak balik plan asal ke KK tapi terpaksa singgah Kinabatang*n...(full story kat edisi 3 nanti)Itulah sedikit cerita Semporn* edisi 2...ciao.

~dariBMkeKK~

Monday, December 18, 2006

Semporn* edisi 1

Salam,

:) minta maaf ye, bukan sesaja nak buat gimik pasal 'later' ke ke ke...memang tadak ide + mood nak mengarang cerita Semporn*.

Walaupun kami ke tempat yang bernama Semporn* akan tetapi perjalanan ke sana tidaklah sesempurna yang dijangka...apa-apa pun untuk edisi 1 ni kita cerita benda yang cantik, menarik, tertarik dulu oraittttt...

Gambar 1:

Selamat pagi!!!

Suasana pagi hari di Drag*n Inn, Fl*ating Hotel...memang cantik tempat ni, harga pun ok 1 malam RM110/- (incl. breakfast) bilik pun besar, atas air. Bolehlah merasa pengalaman duduk dalam rumah atas air. Pemandangan memang cantik, makanan pun sedap.

Gambar 2:

Nampak pulau tu? Itulah Pulau Bum-bum...ramai penduduk kat situ tapi kemudahan awam memang teruklah...tak pasti apa silapnya. Mustahil tak ada peruntukan, mungkin pemimpin salah guna kuasa atau memang kerajaan tutup mata. Ada sekolah kat pulau tu tapi rasanya memang tak berapa bagus prestasi sekolah tu. Tak pasti salah siapa... murid atau guru. Rasanya ramai juga warga tanpa izin yang jadi penduduk pulau tu...siapa nak pantau. Pemimpin pun kadang-kadang sibuk dengan agenda sendiri.

Gambar 3:

Satu cara nak ke pulau tersebut, naik bot penambang, sama ada yang macam kat atas atau bot yang lebih panjang (boleh muat sampai 20 orang), tambang RM1 - RM2. Jaket keselamatan pun tak pakai... tak dapat nak bayangkan kalau bot karam dsb... masa tu mungkin barulah kerajaan akan tetapkan semua penumpang WAJIB memakai jaket keselamatan. Biasalah tu bila berlaku sesuatu bencana barulah peraturan akan dilaksanakan... istilah mencegah lebih baik daripada mengubati tidak terpakai kat negara kita :(

Gambar 4:

Satu lagi pemandangan bot penambang...laju tu, eiii ngeri tengok.

Gambar 5:

Kat jeti, bersebelahan dengan Polis Marin, banyak kapal-kapal nelayan bersidai kat sini...tapi yang kagum sangat-sangat air laut jernih sangat, boleh nampak lagi ikan-ikan kecik berenang-renang.

Gambar 6:

Suka gambar ni...sampan terapung dan sampan karam @ Semporn*

Gambar 7:

Jauh merenung laut bang... anak sapa la ni???

Gambar 8:
Pemandangan petang di Jeti Semporn*. Good nite!!!

-to be continued-

Friday, December 15, 2006

Minggu 1, Sem 2

Salam,

Wah dah seminggu tak ada juadah...biasalah tuan rumah sibuk dengan kerja, tak kerja tadak gaji plak...lagiiiiiiiii haru biru hidup tuan rumah :) Minggu 1 sem. 2, ada 2 kuliah dan 2 tutorials...macam padat tapi sebab dah biasa, tak la kalut sangat...cool bebeh! Kelas untuk pelajar minor pun tak ramai sangat, senang nak rancang kuliah, tutorial dll. InsyaAllah semua akan berjalan lancar...14 weeks only pejam celik selesailah :)

The journey to Semporn* was OK (macam tak OK je???), challenging, tiring and etc... Why? Will tell you guys later...

Kelmarin jumpa kawan lama...dia mai conf. kat sini, ambik dia bawa pi Pasar Filipin*, dia shopping sakan kita pun sakan la juga. Beli kain pelekat dan kain batik untuk Raya Haji. Dia dok geram segala mutiara, kristal dll...mujurlah tak tergoda sebab baru je membeli belah benda-benda tu sebelum balik raya. Kena berjimat cermat untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tahun ni nampak gayanya beraya di KK saja, mana pun kami tak balik...but I prefer here, kat Sdkn tak dak rasa raya langsung... at least kat rumah sendiri dah fikir nak buat nasi impit + kuah kacang, laksa sikit...boleh menjamu tetamu :) ...kalau ada tetamu la, kalau tadak makan sendiri le...apa boleh buat :(

Ada sebab musabab kami akan beraya kat sini, nanti cerita...tadak idea dan mood nak mengarang cerita panjang tu, cerita nanti akan disertai dengan gambar-gambar untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi jalan cerita (kui kui kui...)

Oleh yang demikian...kenkawan ku sekelian...selamat berhujung minggu dan selamat bershopping sakan sempena Karnival Membeli dan Membelah. Ciao Cin Cau :)

Bye bye

~dariBMkeKK~

Thursday, December 07, 2006

Trip yang best!!!

Salam,

Yuhuuuuuuuu...apa habaq kenkawan? Dekat 1 minggu tak update citer kan? Minggu ni rasanya 1 N3 ni je, sebab esok nak pi Semporn*. Ok kat bawah ni gambar dengan pengantin masa kenduri hari tu...yang mana satu chek? Ada la antara salah sorang pompuan tu :)


Tetamu perempuan....




Tetamu lelaki....

Pi kenduri dengan Da, kami drive ke sana...kekonon nak kuar awal la... pukul 8am baru dok iron baju, tak sempatlah nak tgk org nikah. Meriahnya kenduri depa...makanan punyalah sedapnya...aku makan 2 kali...1st time masa pukul 11am lepas nikah, 2nd time pukul 2pm masa kenkawan lain baru sampai... pengantin tengok je la...nak join tak dapat la :)

Yang lawak tu bila ada yang bawa anak2 ke ke ke tak sangka dah 'tua' kami ni, tapi apa bleh buat semua perasan muda :) ada yang anak dah masuk sekolah, ada yang maintain ada yang mengembang dan ada yang makin kurus...biasalah tu. Tapi seperti biasa aku ni kategori maintain (legaaaaaaaa....)

Tapi memang seronoklah bila dapat jumpa kenkawan lama. Boleh update news, cerita gembira seronoklah...tapi bila dengar cerita yang kurang enak tu hmmm tak sangka la pulak...itulah kehidupan :)

Balik kenduri, aku dengan Da kami pi tengok movie...ingat nak tengok C.I.N.T.* malangnya...sold out isk isk isk best sangat ka? Tengok la citer DejaV* boleh la tahan ...

Esok pagi (Ahad), 4.30am dah kuar pi LCC*, breakfast kat sana... flight at 6.55am...berlari-lari kejar flight...he he he orang last masuk kapal, berpeluh di pagi hari. Sampai Pena*g adik2 dah tunggu...kena singgah pasar pulak...beli ikan, sayur dll...pukul 9++ baru sampai rumah ke ke ke. Yang best tu bila tengok muka mak abah la...walaupun baru je jumpa tapi dah duduk jejauh ni...rasa nak jumpa selalu je :)


Isnin pi Kul*m jumpa Mar selepas hampir 10 tahun kenal virtually... baru la dapat jumpa live lawak sungguh...dia dan husband memang ramah, bersembang macam dah kenal lama... bukan setakat bersembang, makan mee yang sedap siap ada dessert lagi cheese cake yang lebih sedap daripada cheese cake @ Resepi Rahsia tu...betul Mar, tak tipu... adik-adik dan anak menakan kak lyn dok cerita benda tu la...dan depa suka sangat dengan Tia...rupanya siap bergambar-gambar lagi masa kita kat dapur tu :)

Selasa dah balik sini...ntah pasal apa mak aku menangis pulak masa salam nak naik kereta :( abah biasalah dia memang diam je la... aku macam biasa kontrol kena la kuatkan hati kan kan kan.

Lunch @ LCC*, lepak makan dan minum...hmmm banyaklah lalat kat situ, sampaikan teh tarik tak sempat nak minum tengok-tengok lalat dah berenang-renang eiii...sabaq saja la. Sampai terminal 2 KK @ 8pm, ambik teksi, 8.30pm sampai rumah, abang bulat pun baru sampai rumah sebab flight Sdkn - KK delayed for an hour eloklah tu. Lepas Isyak kuar balik jalan-jalan cari makan :)

Kelmarin dan hari ni sibuk dengan pendaftaran...esok pagi nak pi Semporn* pulak...isk isk isk penatnya minggu ni :(

Oklah...stop sini next week kitaa buka citer pasal Semporn*, kalau ada pics akan dimasukkan juga...untuk kenkawan mencuci mata :) bye all

~dariBMkeKK~

Friday, December 01, 2006

Makan kenduri jom :)

Salam,

Hari ni ada macam-macam rasa...gumbira, sedih, ceria, ngilu dll...jangan ditanya pasai apa...no idea dude!!! Tapi bila fikir esok ada peluang nak jumpa kenkawan lama...ke ke ke hilanglah semua perasaan tu. Aku nak pi makan kenduri kat Masjid Tan*h esok...yesssss!!! Sure ada tapai...my fav tu :)

Abang bulat baru sms...jari dia terhiris masa dok memotong daging malam tadi...memang dah ada perasaan tak selesa masa dia cerita nak kena potong daging 50 kilo, ayam 200 ekor...sebabnya...dia tu masih penat lagi...tapi apakan daya kalau dia tak memotong sapa la nak memotong buat keja-keja tu...tapi boleh bayangkan penat dan banyaknya benda nak kena buat...

Kalau aku balik pun rasanya ngelat juga, tak la nak memotong daging dan lain-lain tu buat keja sempoi2 je...(kui kui kui...) asalkan buat keja jangan ngelat sampai duduk lepak je la...tak sesuaiiiii!!!

Iye untuk adik-adik dan kakak-kakak yang belum kawin tu kalau dah kawin nanti...bukan susah pun nak ambik hati mak mentua, tak payah berlakon...be natural, tolong apa yang patut dan janganlah nak tunjuk rajin sangat (melainkan memang rajin la...gue biasa-biasa je) buat setakat kemampuan...ini petua ni. Sila perhatikan trend ipar duai, kalau dapat yang suka memberi arahan...cepat-cepatlah buat benda yang boleh elakkan daripada diberi arahan (ha ha ha....)

Hari ni nak cau cin cau awal sikit...nak kemas-kemas rumah sebelum nak meninggalkan rumahku syurgaku itu selama 5 hari. Balik nanti dah sibuk dengan pendaftaran semester 2 pulak... hujung minggu depan nak pi Semporn* pulak...busy sungguh aku bulan ni berjalan sakan. Tapi tak pe la...sementara ada peluang berjalan :) apa-apa pun lepas ni nak pi bercuti-cuti kat tempat yang boleh berenang-renang dengan selesa :)

Oklah stop sini dulu, untuk Achik dan kenkawan kat KL, memang dah plan nak jumpa anda semua...akan tetapi panggilan BM lebih kuat, makanya Ahad pagi insyaAllah aku balik BM sampai Selasa (wah...macam dekat je KK - BM kan?) insyaAllah 2007 ni nak cari tarikh dan masa yang sesuai untuk balik dan lepak KL je :)

Ciao all have a nice weekend :)

~dariBMkeKK~