Thursday, October 05, 2006

Sahur...posa...berbuka...tarawikh

Salam,

Pejam celik pejam celik dah 12 hari kita posa...harap2 amalan posa dan amalan-amalan lain kita akan diterima tanpa ada penolakan markah, harap-harap ada markah tambahan lagi insyaAllah aminnnnnnnn....

Ada singkatan baru untuk Pasar Ramadhan rupanya ...PaRam ke ke ke kelakar la pulak sebab rasa mcm panggil nama Param pelawak zaman 70an-80an tu...(erkkk otainya aku). Ehhh ada lagi ke Param ni?

Kuliah habis awal, 9 lebih dah habis...ready untuk tutorial dan petang ni ada 2 presentations, hmmm jgn la budak2 tu present merapu-rapu jenuh la tahan menguap. Posa-posa ni senang sangat mengantuk. Duduk depan komputer pun ngantuk apa lagi kena tahan telinga dengar presentation...dua pulak tu isk isk isk...sabaq je la.

Alhamdulillah...tiket free dah dapat, tunggu nak packing barang je nak balik ke ke ke melampau sungguh aku ni. Tapi yang pasti tak bawa balik banyak sangat barang, sebab dah plan nak bershopping sakan di BM/ Tanjung/ Padang Besaq kui kui kui...angan-angan tinggi. Bukan aku je berangan-angan macam tu, rupanya abang bulat pun dah plan nak pi shopping baju kat sana sblm raya, cantekkkkkkkkkkkkk la tu.

Cuaca sini skrg ni tak boleh dijangka, malam-malam hujan selebat-lebatnya, tapi jerebu masih tebal...ramai yang sakit tekak, selesema dll termasuklah abang bulat...aku Alhamdulillah masih kebal lagi. Ntah bila masalah jerebu ni nak selesai...sabaq je la.

Petang kelmarin macam biasa pi la riadah ke Pasar Ramadhan tu, bukan beli mende pun mee goreng, karipap (kerasnya...), kuih cara...sikit je kami membeli sebab dah tadak idea nak beli apa lagi, nasi kerabu tu dah selalu sangat, sat lagi org yang jual tu ingat kami ni minat dekat dia pulak...jadi belilah benda lain.

Tarawikh pun makin kurang umat, awal2 puasa parking kereta pun jauh2 je, sekarang ni dah boleh dapat parking dekat w'pun pi lambat. Mungkin orang dah sibuk buat kuih raya kot. Tak pa la lebih selesa solat bila orang kurang...budak2 berlari-larian pun dah kurang...(bukan setakat berlari-larian, bergurau senda, menjerit dll ... ), yang nak marah juga tu kalau jenis yang suka berlari depan saf...bila orang sujud dia lari laju je depan kita eiii awatlah mak bapa tak kontrol anak depa...atau pun janganlah bawa lagi kanak2 ribena yang tak tau apa lagi tu, kadang-kadang mengganggu jemaah juga tu. Sendiri mau ingatlah...

Ok sampai sini saja, selamat berbuka posa hari ke-12....selamat membeli/ memasak juadah berbuka untuk sesapa yang baca blog ni :) ciao

~dariBMkeKK~

11 comments:

maR said...

Kak lyn,
Org ni baru masak sekali saja kalau tak silap sepanjang Ramadhan ni. Teruk betoi hehehe...
Akan beraya di both aloq staq dgn kulim, so bulih la jumpakkkk kan?

alinlai said...

ehhh boleh boleh insyaAllah...after 10 years baru bleh jumpa live, ke ke ke memang virtual sungguh kita ni kan?

simah said...

balik bila?balik lama tak?

alinlai said...

flight dari sini 18/10 ...
flight dari sana 29/10 ....
sat saja :)

marlinabaharom said...

alo.. make sure hang kol achik. especially kalo ada sekitar kl k!

alinlai said...

Achik,
insyaAllah...kot-kot ada peluang bleh jumpa...tapi Achik la mai jumpa kami, maklumlah kami ni 'patah kaki' bila balik Malaya...ke ke ke...

Anonymous said...

amboi..cepatnya start packing.. excited nak balik raya ler ni..

alinlai said...

mama singa,
yessssssss....memang excited :) balik kampung oooo balik kampung...

marlinabaharom said...

patah kaki tak pa... jangan patah kaki tangan..orait?

~ahni~ said...

Ailin,
Teruk kan jerebu kat sana, kat sini pun sama je, siap ada bau terbakar lagi.

Saya pun teringin nak pi pdg besar tp rasa cuak tu adalah jugak....

alinlai said...

Achik,
kui kui kui patah kaki tgn masuk ICU la jwb nya....

Ahni,
terukkkk....hujan yg lebat pun tak bleh lawan jerebu tu, biasanya kalu hujan cuaca jadi cerah je ni sama je. Itulah pasal, silap2 kena bising dgn parents kalau ckp nak pi pdg besar tu, cuak gak ke ke ke