Tuesday, October 10, 2006

Cuaca sejuk dan kad raya

Salam,

Hari ni masuk hari ke-17 kita posa, sat sangat rasanya ... sekarang ni dah tak rasa letih sangat sebab hari mendung je, keja pun banyak gak sedaq-sedaq dah petang. Dah malas nak pi exercise kat pasar ramadhan tu, kelmarin kami beli kat kedai-kedai dekat rumah je. Beli memang ngam-ngam tak la membazir. Lepas tarawikh memang kami tak makan lagi, cuma minum air je. Kalau beli terlebih memang akan masuk bakul sampah le....sayang je membazir makanan macam tu.

Hujan je kat sini...sejuk plak tu kadang-kadang 25 darjah C. Tak payah pasang aircond, jimat letrik. Tapi bila cuaca sejuk mata pun kuyu je...kalau dilayan memang parah le membuta je la keja aku :)

Setakat ni baru dapat 3 keping kad raya...1 ex student, 1 dekan dan 1 dari rumah anak yatim kat Ked*h, kad raya + kad minta derma. Seronok juga dapat kad raya di zaman siber ni, kalau banyak ingat nak gantung kat rumah la. Ingat zaman kecik-kecik dulu, siap pi cari ranting pokok untuk gantung kad raya...bestnya rindu zaman-zaman tu.

Masa kat US pun kami rajin gak gantung kad raya...semua kad raya satu isirumah tu lekat kat dinding...kreatif la konon, tapi seronok juga merapu macam tu kat gambar nampak cantik je. Ingat nak buat macam tu je la...ke ke ke kalau abang bulat ok la...dia kalau benda pelik-pelik macam tu dia kureng sikit...aku yang suka merepek meraban macam tu kui kui kui biasalah kenalah contrast barulah ada warna warni :)

Aku ada 5 keping kad raya free (U bagi...) silap-silap jadi macam tahun lepas, carry forward... tahun ni perabih yang tahun lepas, tahun depan perabih yang tahun ni.

Isk isk isk awal lagi ... disebabkan aku mai opis awal...rasa macam dah banyak benda settled, tapi masih pagi lagi. Inilah keistimewaan mai opis awal yang aku biasanya tak nampak (kadang tu saja buat-buat tak nampak...)

Ehhh oklah, stop sini tadak benda pun nak cerita ok ciao :)

~dariBMkeKK~

18 comments:

Syikin said...

salam,

wah..dah 5 pasang baju raya dia!!!! raya sakan ni :D. blhlah drp raya 1-5 pakai baju kurung.

kat sini teruklah jerebu..cuaca pun alahai..sodeh mak..

alinlai said...

syikin,
ke ke ke...inilah yang dinamakan raya sakan. raya dlm jerebu la nanti isk isk isk...

~ahni~ said...

Harap2 bila raya nanti dah tak jerebu lah kan... tapi tengok website DOE, kat utara ok sikit compared tu negeri2 yang kat selatan & tengah nih.

alinlai said...

ahni,
hmmm kalau jerebu juga apa bleh buat la kan...kena kurangkan aktiviti meronda la...sat lagi demam pulak lepas raya :)

Ayu said...

alin, hang pos la kat aku kad raya hehehe bg aku address hang aku pos kan kad raya.. aku pon ade byk kad raya free :)

alinlai said...

ayu,
ehhh ok gak tu ni e mel aku hang e mel la add hang nanti aku balas balik add aku besttt nak dapat kad raya weh :)

khn695@hotmail.com

marlinabaharom said...

saper nak kad raya? meh email kat achik marlina@affinsecurities.com.my.

company bg free kad raya & free postage..muaahaahaaa...

achik pun tahun ni kurang sangat meronda pasar ramadhan coz sampai umah pun dah lambat. everyday masak.. wiken jer baru nampak atap pasar ramadhan..

alinlai said...

ok setttttt... nanti e mel alamat bestnya siap dpt kad + stamp free lagi, kalau tak hantaq juga tak tau la....isk isk isk

simah said...

alin..
toksah bawak forward..mai la hantaq pi turki satu..sedekah kat orang turki hehehe

alinlai said...

simah,
bagi la add hang, e mel kat chek boleh je nak pos...jangan malu2 serius ni cepat... e mel add hang.

Anonymous said...

tempat komen ni dah nampak cam kedai kad raya..hehe..tahun ni semangat raya aku kurang laa..kad raya pun dok terperuk dalam lemari..nanti tahun depan la pulun hantaq kad raya..

Sherin Almashor said...

Wah, banyaknye baju raya... Boleh beri satu pada sherin tak? hehehehe..:)

Hari ni kat sini tak teruk sgt haze because hujan semalam dan tghhari tadi. Kat sana 25 darjah celsius? Sejuk nya.. Syok la.. I suka sejuk-sejuk...

Dah lama tak dapat kat raya la alin. Asyik dapat e-card or email dan sms.hehehe.. Bagus la kalau masih ada yg rajin mengikut tradisi lama.:)

auntylela said...

Kat Jepun kena buat kat raya sendiri. Kena buat kuih raya sendiri. Kena masak berbuka posa sendiri. Kena masak sahur sendiri.
Selamat menjalankan ibadah ramadan sendiri.

alinlai said...

mama singa,
awat jadi lagu tu? kena seronok sambut raya walaupun kat mana pun kita duduk...pi ambik kad raya dlm lemari tu hantaq je kat sapa-sapa :)

sherin,
ke ke ke...itu campur dengan baju yg baru siap tapi blom pakai kira jadikan baju raya juga la. nak sepasang mai la KK :) e mel la add nanti saya pos kad sebagai pengganti diri cheewahhhhhhhhh....

kak lela,
kat sini pun kak, kalau nak makan sedap2 kena la masak sendiri, ada benda yang sama macam kat semenanjung tapi rasa dia ada lain sikit :) tapi bulan posa ni ramai pulak org semenanjung menjual, tak masak la saya untuk berbuka, sahur je masak :) ok selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini

Hot Mama said...

haa at least dapat jugak kadraya walaupun 3, kita nie satu pun tak dapat..haahh!!!

alinlai said...

HM,

jom kita bagi add kat MB dia banyak kad raya tu siap dpt stem lagi company bagi...ke ke ke

RaFFLeSiA MeRaH said...

wuishhh...raya sakan dia nih, kalau aku yg jadi anak tailor ni, muehehehe...adatlah kan, memang camtu dari dulu...kalau sempat mlm raya baru siap baju tuh, x sempat nak bergaya lame dpn cermin...hehehehe...

waaa.....nak gak kad raya, meh ler bagi kita kad raya...suke bangat terima kad raya...takat ni baru seketul kad raya member chat bagi...thanks linda jb...

alinlai said...

bestkan byk baju raya, tapi ntah pakai ke tidak tak tau la, silap2 dok pakai jeans dengan t shirt je pi jalan2...alamatnya mana nak hantar kad raya :) ke ke ke