Tuesday, October 31, 2006

Nostalgia ...

Salam,

Hari ni kita bernostalgia pasal kawasan rumah kat kampung saya... rumah yang kami diami selama 26 tahun.

Gambar 1:



Pandangan sisi kiri rumah...nampak van putih, itu jalan besar tu, kalau nak ke Lun*s (jalan lama) kena lalu depan rumah saya. Masa kecik-kecik tak le semak sangat kat luar pagar ni, kami selalu turun main dan petik bunga liar yang banyak...seronok masa tu sebab ramai kawan. Boleh racing basikal lagi....



Gambar 2:


Kawasan ni dah dibersihkan sebab dengar kata nak buat kilang apa ntah, sebab tu kami kena pindah. Sayang sebab kawasan rumah ni luas dan selesa sangat...faham-faham la anak cucu ramai, bila balik raya memang riuh rendah la...tak bleh imagine nanti bila pindah ke rumah baru sure tension jiran-jiran ke ke ke...




Gambar 3:

Ini pemandangan belakang rumah....dulu masa kecik-kecik memang biasalah naik bukit tu...bukan ada benda pun saja je nak tengok pemandangan ... nampak feri, jambatan dll...adventurous la konon kui kui kui.

Gambar 4:

Gambar ni ambik dari luar dapur rumah... cantik pulak bukit ni dalam gambar. Kat kaki bukit ni ada paya...banyak lintah. Dulu suka pi acah-acah kaki dalam paya tu...lepas tu nampaklah lintah timbul... lepas tu lariiiiiiiiiiii...petang-petang banyak lembu dan kerbau berehat, dan kalau tak silap orang pernah nampak pak Belang kat kawasan ni pak Belang sesat la tu. Biawak pun banyak ... macam zoo la kiranya.




Ok cukuplah setakat ni...layan blues raya. Selamat bekerja kenkawan...jangan ngelat, ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~

Monday, October 30, 2006

Kerja weh....

Salam,

Sunyi lagi kat opis ni...walaupun budak dah final xm tapi semua xm kertas teras U jadinya tak dak la xm kat bangunan ni...aku bantai tido sejam tadi, ngantuk sangat...qada tido-tido yang tak cukup sebelum-sebelum ni...balik kampung faham-faham la mana la ada masa nak tido petang, kalau tak pi jalan-jalan dok bersembang sakan.

Apa-apa pun raya ni macam biasalah MERIAH dan SERONOK...pagi raya balik dari solat sunat, bersalam-salam...bagi duit raya kat kanak-kanak riben, sambung makan yang tertunda (makan sblm pi solat tu sikit je.....) lepas tu pi berjalan ke rumah jiran-jiran...lepas zohor pi berjalan rumah mak menakan, dari petang sampai malam...makanan jangan cakap la ketupat palas (pulut hitam pun ada), rendang, gulai ayam, gulai daging, nasi impit, bihun sup, laksa perghh kenyangnya...malam tido kekenyangan...itu pun abah mak dok suruh kami pi makan lagi...abang bulat dah haru sebab dia dah kenyang tapi dah orang pelawa (dan nampak makanan yang sedap-sedap...) dia akan makan lagi dan lagi dan lagi...

Raya ke-2 tak dapat pi mana sebab ada orang mai rumah...petang baru dapat lari kejap, kami pi megamall he he he...tengok-tengok orang dating, bawa pikachu (adik bongsu aku), parking sampai level 6 ramai sungguh manusia pi shopping raya-raya ni...beli kasut raya baru sebab yang aku beli sebelum raya ada anak menakan berkenan...sebagai mak menakan yang baik hati aku pun bagi la dekat dia...(baru darjah 5 kaki dah sama size dengan mak menakan umur 30-an...isk isk isk...)

Balik megamall singgah c'four plak...beli ubat dekat my sis yang sakit perut...(tak beraya dia tahun ni sebab sakit perut doktor suspect gastrik...), beli mee goreng mamak yang sedappppp....malam pi klinik kat Kul*m, tak ingat apa nama kawasan tu...macam kat Bomb*y sebab ramai Ind*a dan bau-bauan yang sewaktu dengannya...muka Dr pun macam pelakon filem Tam*l, lawak sungguh.

Raya ke-3 ingat nak pi bank je, tiba-tiba abang aku ajak pi tengok rumah baru, ok gak...pi la dua kereta, abah pun ikut juga. Bila tengok je rumah tu terus jadi suka, seronok dan tak sabar nak pindah...dekat dengan surau, tak payah abah mak naik motor atau kereta, jalan kaki pun boleh. Parking pun banyak...jalan pun luas...dan dekat dengan kampung mak dan abah. Semua dah dok plan nak buat itu ini dekat rumah tu. Lepas tu pi bank kat Kul*m ... teringat dekat Mar tapi no telefon tak dak...(tak sempat check e mel sebelum balik BM), pi bank lepas tu pi PizzaH*t. Sempat ronda the Stor* beli barang sikit...banyak sungguh kedai jual baju ready-made dan tudung-tudung kat Kul*m ni...

Raya ke-4 pi Merb*k, beraya rumah kakak no-6...makan nasi bertambah-tambah...petang pi SP rumah kakak no-1, sampai malam ...makan lagi mee rebus, bihun goreng, kuih raya dll...tapi semua sedap...isk isk isk kalau timbang ni tak tau la berapa kilo naik...

Raya ke-5 dah balik KL...jalan ok 3 jam je dah sampai Tap*h. Pukul 4 lebih dah sampai Kaja*g, pukul 5 lebih keluar balik pi HL jumpa SIL. Dah lama tak pi area situ...sesat merata...at last ambik jalan lama, tanya orang sana sini jumpa la juga...ke ke ke. Kira oklah orang KK sesat 15 minit je, tunang dia dari Ked*h sesat 3 jam...masuk Kaja*g, pi KL balik...he he he...masak le dalam kereta.

Raya ke-6 dah balik KK...tiap kali atas flight nak sampai sini, aku akan tenangkan diri sendiri... Allah Taala tu ada perancangannya untuk setiap umatNya, sebab tu rezeki aku dekat sini...dan lepas tu jadi OK la tambahan lagi ada abang bulat kat sebelah, memang dah rezeki dan jodoh aku kat bumi KK ni terima dengan hati yang terbuka :)

Habislah cerita raya...insyaAllah panjang umur balik lagi beraya Haji kat kampung tahun depan...sebab raya Puasa giliran sini pulak. Tapi aku dah plan nak balik bulan 4 atau 5 ni...balik semata-mata untuk bercuti sahaja...yang tu lagi best...boleh berjalan sakan yippieee.

Stop sini dulu...nanti kita sambung lagi citer raya kat KK ciao cin cau.

~dariBMkeKK~

Tuesday, October 17, 2006

Eid Mubarak



Saya sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan di kesempatan ini juga saya ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang bentuk penulisan yang mengguris hati pembaca (yang berapa kerat je ...)

Harapan saya agar Syawal yang bakal menjelma akan menceriakan hari-hari kita dan Ramadhan yang bakal ditinggalkan akan dirindui dan ditunggu kedatangannya lagi insyaAllah.

InsyaAllah esok saya akan pulang beraya di kampung halaman bersama suami tercinta dan juga keluarga tercinta...tidaklah saya beraya sebagai perantau pada tahun ini :)

Gaji + bonus pun dah masuk...jadi saya perlulah menukarkan kepada tukaran wang yang sesuai untuk diberikan kepada mereka yang berkenaan (mak/abah/adik-adik/anak menakan/mak-mak menakan yang sudah menjadi balu) yang jumlahnya kesemuanya melebihi 30 orang.

Untuk mereka yang belum berkahwin ambiklah kesempatan ini untuk balik ke kampung halaman beraya dengan keluarga tercinta sepuas-puas hati. Untuk yang dah kahwin tu sendiri mau ingat la...

Rasanya eloklah saya tamatkan dulu coretan ni,kita bersiaran lagi 30 Oktober 2006 insyaAllah. Selamat beraya bersama yang tersayang... bye bye all :)

~dariBMkeKK~

Friday, October 13, 2006

Selamat berposa dan berhujung minggu...

Salam,

Wah dah hari Jumaat...seronoknya rasa hati ini :)

Rabu ni kami dah nak balik kg tercinta... kemungkinan besar kali terakhir beraya di rumah yang dah keluarga saya duduki selama 26 tahun tu...sedih la pulak. Hujung tahun ni mak abah dah nak pindah ke Padang Ser*i, dekat sikit dengan adik beradik depa...baguslah untuk depa dan senang hati kami anak-anak yang duduk jauh-jauh ni :) Walaupun memang sedihlah nak tinggalkan kawasan rumah sekarang ni tapi apa boleh buat :(

Puasa pun dah masuk fasa ke-2...masjid pun makin berkurang umat, tak pe la mungkin orang dah sibuk shopping raya, buat kuih raya kot. Depa nak beraya sakan...macam kami ni ala kadar je ... (baju raya 5 pasang kira ala kadar la kan?)

Malam tadi punyalah ngantuknya...pukul 9 lebih dah pengsan...penat la kelmarin, kelas pagi dan petang. Abang bulat lagi penat dia ada meeting, kelas, forum hah...mula tu dia dah tak larat nak pi tarawikh, tapi takkan nak biaq saya pi sorang pulak...dia pun ikutlah juga. Walaupun tak kisah pun kalau pi sorang2 dulu masa bujang pun pi sorang-sorang juga. Bukan risau pasal apa, sat lagi balik masjid pandai plak stereng kereta tu pi kedai mana-mana...kalau sorang lama la sesi lawatan, kalau dua orang beli yang perlu saja (kui kui kui...)

Ok stop sini...selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa, berbuka, bersahur untuk semua :) dan selamat memasak juga untuk yang rajin masak (tak kira la buat biskut raya ka, masak berbuka ka, masak sahur ka...) yang nak berjalan jauh tu drive safely ok :)

Ciao all

~dariBMkeKK~

Wednesday, October 11, 2006

18 Posa ...

Salam,

Hari ni nak pi buka posa kat B Hotel kat sini, mesti org kat pasar ramadhan tu tercari-cari muka aku dengan abang bulat (kui kui kui perasan macam la muka kami ni femes sangat....) kawan-kawan abang bulat ajak...silap-silap aku sorang je pompuan...tak kisah la tu nak makan pun depa nak sembang mende sembang la, kita layan sate, mee rebus dan segala jenis makanan yang ada lagi best...

Esok dah hari 4 (org sini panggil Isnin hari 1 ....Sabtu hari 6 tapi tadak hari 7 ok...Ahad hari minggu). Wah...dah dekat nak balik kg. hatiku berbunga-bunga...jangan ditanya persiapan...sebab rumah kena tinggal seminggu lebih, tak payah nak hias mende. Balik nanti dah final exam... silap2 open house pun tak buat tahun ni. Tapi tengok la macam mana, mungkin buat juga kot, kesian kenkawan nak makan laksa puas-puas :)

Kad raya masih 3 keping tu la...isk tak glamer sungguh tahun ni, budak2 pun tak bagi (nampak sangat aku bukan lect. faveret depa...ke ke ke garang je sapa nak suka...isk aiman x kisah la...) tak pe ada org KL nak pos kad raya company...yezzarrrr looking forward :)

Pagi tadi sahur aku masak sup ketam + carrot & ikan sweet sour, sedap pulak (ke ke ke apa kes puji diri sendiri ni...) tapi memang kami tak bertambah nasi sebab masak ngam-ngam je. Kalau dah habis nasi sila la meratah lauk...nasi tu masak 1 pot je. Kalau aku memasak masa berbuka memang berjimat la tapi disebabkan masa berbuka aku dah kontrak dengan pasar ramadhan so tak la berjimat mende...koman-koman habis RM10/- gak kat situ. Tak kisahlah...sebab abang bulat pun ok, dia yang tak berapa bagi aku masak sebab kalau masak kena balik awal...dia kalau boleh nak make sure lepas 5pm baru balik...(ke ke ke logiklah dah la masuk opis 9am, balik 4pm...opis bapa sendiri ka?)

Itulah kisah chacha marba aku...(uiks...teringat plak bubur chacha yang kaler-kaler tu...), untuk semua selamat berbuka dan bersahur sambil layan drama Natasha & Puteri kat TV3...tapi lebih baiklah buka TV1 ada Tadarus Al-Quran dapat gak pahala mendengar orang mengaji :)

Ok bye all.

~dariBMkeKK~




Tuesday, October 10, 2006

Cuaca sejuk dan kad raya

Salam,

Hari ni masuk hari ke-17 kita posa, sat sangat rasanya ... sekarang ni dah tak rasa letih sangat sebab hari mendung je, keja pun banyak gak sedaq-sedaq dah petang. Dah malas nak pi exercise kat pasar ramadhan tu, kelmarin kami beli kat kedai-kedai dekat rumah je. Beli memang ngam-ngam tak la membazir. Lepas tarawikh memang kami tak makan lagi, cuma minum air je. Kalau beli terlebih memang akan masuk bakul sampah le....sayang je membazir makanan macam tu.

Hujan je kat sini...sejuk plak tu kadang-kadang 25 darjah C. Tak payah pasang aircond, jimat letrik. Tapi bila cuaca sejuk mata pun kuyu je...kalau dilayan memang parah le membuta je la keja aku :)

Setakat ni baru dapat 3 keping kad raya...1 ex student, 1 dekan dan 1 dari rumah anak yatim kat Ked*h, kad raya + kad minta derma. Seronok juga dapat kad raya di zaman siber ni, kalau banyak ingat nak gantung kat rumah la. Ingat zaman kecik-kecik dulu, siap pi cari ranting pokok untuk gantung kad raya...bestnya rindu zaman-zaman tu.

Masa kat US pun kami rajin gak gantung kad raya...semua kad raya satu isirumah tu lekat kat dinding...kreatif la konon, tapi seronok juga merapu macam tu kat gambar nampak cantik je. Ingat nak buat macam tu je la...ke ke ke kalau abang bulat ok la...dia kalau benda pelik-pelik macam tu dia kureng sikit...aku yang suka merepek meraban macam tu kui kui kui biasalah kenalah contrast barulah ada warna warni :)

Aku ada 5 keping kad raya free (U bagi...) silap-silap jadi macam tahun lepas, carry forward... tahun ni perabih yang tahun lepas, tahun depan perabih yang tahun ni.

Isk isk isk awal lagi ... disebabkan aku mai opis awal...rasa macam dah banyak benda settled, tapi masih pagi lagi. Inilah keistimewaan mai opis awal yang aku biasanya tak nampak (kadang tu saja buat-buat tak nampak...)

Ehhh oklah, stop sini tadak benda pun nak cerita ok ciao :)

~dariBMkeKK~

Monday, October 09, 2006

B'day, Baju raya & Balik raya

Salam,

Hari ni b'day abang bulat, yang ke 30an...hadiah dah beli tapi tak bungkus lagi, kad pun dah beli tapi tak tulis lagi...malam ni baru nak bagi. Sajalah sakat dia tahun ni hadiah tadak...dia jawab akulah hadiah dia...isk oklah kena pi cari reben la nak ikat kat kepala...

Kesian kat abang bulat, baju melayu dia singkat kat belakang, tailor silap ukur atau silap potong. Rasanya silap potong tu...jadi, dalam pukul 10 lebih tadi aku pi KK sat beli kain 1 meter nak pi suruh tailor tu buat semula bahagian belakang...mujurlah ada lagi kain yang sama...kalau tidak jadi baju artis pulak depan color lain, belakang color lain...(baju artis ka baju sarkas?) eiiii janganlah kesian kat abang bulat.

Kalau ikutkan dia tak payah la hantar semula, dia nak pakai kejap je lepas tu salin t-shirt, aku risau lepas raya ni dia tak pakai dah baju tu...rugi je beli kain pi tempah. Tak pe harap-harap Ahad ni siap insyaAllah.

Baju raya dia setakat ni sepasang je, aku dah 5 pasang, masa bila nak pakai pun tak tau la. Tapi boleh simpan sepasang dua untuk kenduri kawan kat Melak* dan adik ipaq aku bulan 12 ni, dah tak payah susah-susah nak buat baju baru (orang lain yang kenduri kita yang sibuk nak buat baju baru...)

Jerebu hari ni kurang sikit, cuaca pun sejuk je...isk best tido ni :)

Minggu depan dah nak balik kampung...seronoknya...tapi tak la prepare menda pun sebab baiklah beli kat sana lagi banyak pilihan. Kuih pun aku tak bawa balik, sebab tadak yang special sangat pun, kalau nak beli pun aku beli kuih cincin sepeket dua cukuplah...udang 2, 3 kilo oklah tu.

Oklah, tak baik cerita pasal nak balik raya sangat-sangat kesian kat kenkawan yang duduk seberang laut tu...raya makan coklat je kui kui kui....ok bye :)

~dariBMkeKK~

Friday, October 06, 2006

Jumaat datang lagi

Salam,

Selamat berhujung minggu...kejap je dah nak masuk separuh bulan kita berpuasa. Cepat sungguh masa bergerak.

Malam tadi kami tak pi beriadah di pasar ramadhan, tukar angin sikit pi buka posa kat luar. Tapi bila balik rumah lepas Isyak aku dah malas nak buat tarawikh, maknanya malam tadi aku sudah miss tarawikh...isk isk isk.

Hari ni hujan memanjang...cuaca sungguh sejuk. Pagi tadi punyalah susah nak bangkit tido, rasa mcm nak bungkus badan dengan comforter tu sampai t'hari. Sampai opis macam biasalah 8.30++ , pukul 10.30 aku dah kuar dengan Su pi tunjuk kat dia tempat jual biskut raya sedap yang aku biasa beli. Masuk KK Pla*a dapat sehelai jubah hitam yang elok la juga, ntah angin apa aku berkenan plak nak pakai jubah kui kui kui...silap2 aku pakai malam ni sebab ada Majlis Berbuka Posa kat sini. Biskut raya dah beli satu balang...rasanya malam ni ada sesi test market, silap2 tak sempat raya dah habis biskut tu.

Oklah semua selamat berhujung minggu, mesti ramai yang dah bershopping untuk raya... selamat memeriahkan shopping complexes...esok kami nak pi membeli gelang2 pesanan penaja...biasalah kalau nak balik ramai penaja yang akan pesan itu ini, bisnes beb...dapat gak 2,3 ratus :) oklah tu.

Ciao all, selamat berbuka posa dan selamat berposa untuk hari-hari seterusnya.

~dariBMkeKK~




Thursday, October 05, 2006

Sahur...posa...berbuka...tarawikh

Salam,

Pejam celik pejam celik dah 12 hari kita posa...harap2 amalan posa dan amalan-amalan lain kita akan diterima tanpa ada penolakan markah, harap-harap ada markah tambahan lagi insyaAllah aminnnnnnnn....

Ada singkatan baru untuk Pasar Ramadhan rupanya ...PaRam ke ke ke kelakar la pulak sebab rasa mcm panggil nama Param pelawak zaman 70an-80an tu...(erkkk otainya aku). Ehhh ada lagi ke Param ni?

Kuliah habis awal, 9 lebih dah habis...ready untuk tutorial dan petang ni ada 2 presentations, hmmm jgn la budak2 tu present merapu-rapu jenuh la tahan menguap. Posa-posa ni senang sangat mengantuk. Duduk depan komputer pun ngantuk apa lagi kena tahan telinga dengar presentation...dua pulak tu isk isk isk...sabaq je la.

Alhamdulillah...tiket free dah dapat, tunggu nak packing barang je nak balik ke ke ke melampau sungguh aku ni. Tapi yang pasti tak bawa balik banyak sangat barang, sebab dah plan nak bershopping sakan di BM/ Tanjung/ Padang Besaq kui kui kui...angan-angan tinggi. Bukan aku je berangan-angan macam tu, rupanya abang bulat pun dah plan nak pi shopping baju kat sana sblm raya, cantekkkkkkkkkkkkk la tu.

Cuaca sini skrg ni tak boleh dijangka, malam-malam hujan selebat-lebatnya, tapi jerebu masih tebal...ramai yang sakit tekak, selesema dll termasuklah abang bulat...aku Alhamdulillah masih kebal lagi. Ntah bila masalah jerebu ni nak selesai...sabaq je la.

Petang kelmarin macam biasa pi la riadah ke Pasar Ramadhan tu, bukan beli mende pun mee goreng, karipap (kerasnya...), kuih cara...sikit je kami membeli sebab dah tadak idea nak beli apa lagi, nasi kerabu tu dah selalu sangat, sat lagi org yang jual tu ingat kami ni minat dekat dia pulak...jadi belilah benda lain.

Tarawikh pun makin kurang umat, awal2 puasa parking kereta pun jauh2 je, sekarang ni dah boleh dapat parking dekat w'pun pi lambat. Mungkin orang dah sibuk buat kuih raya kot. Tak pa la lebih selesa solat bila orang kurang...budak2 berlari-larian pun dah kurang...(bukan setakat berlari-larian, bergurau senda, menjerit dll ... ), yang nak marah juga tu kalau jenis yang suka berlari depan saf...bila orang sujud dia lari laju je depan kita eiii awatlah mak bapa tak kontrol anak depa...atau pun janganlah bawa lagi kanak2 ribena yang tak tau apa lagi tu, kadang-kadang mengganggu jemaah juga tu. Sendiri mau ingatlah...

Ok sampai sini saja, selamat berbuka posa hari ke-12....selamat membeli/ memasak juadah berbuka untuk sesapa yang baca blog ni :) ciao

~dariBMkeKK~

Tuesday, October 03, 2006

Jom pi pasar Ramadhan....

Salam,

hmmm posa kali ni penat juga ntah la pasai apa. Pedih perut semua cukup, sedangkan bangkit sahur tak pernah miss... biasalah tu dah makin tua :) dulu-dulu tak bangkit sahur pun bleh beronggeng sakan kat Jalan TAR, la ni surrender la melainkan memang ada benda penting nak dibeli kalau saja-saja rasanya oh! Tidak....

Ke ke ke...memang pecah rekod....aku tak pernah masak apa pun lagi untuk berbuka (masak air je...itu pun sebab aku nak minum air panas tak berani minum ais takut sakit tekak). Tahun ni pasar ramadhan pun lebih banyak pilihan makanan, kalau tidak pun kami pi beli nasi ayam je kat kedai dekat-dekat ni. Tapi sahur aku masak kaw kaw la...(kaw kaw cara aku ler...), ikan stim, masak lemak, masak halia, masak kicap...kari je tak buat lagi...tadak ikan yang sesuai, makan berselera je kami dua orang, rasanya berat sama ada maintain ataupun bertambah erk...

Baru sekali berbuka posa kat luar, itupun anjuran students aku ikut abang bulat je. Plan nak buka posa kat hotel pun macam tak berapa nak jadi je tahun ni, sayang nak tinggal tarawikh. Balik keja pun awal sokmo, pukul 4pm aku dah blah...ke ke ke kekonon masak la. Tapi duduk opis sampai petang pun bukan buat benda, ngabiskan bil letrik je baiklah aku exercise kat pasar ramadhan tu :)

Oklah nak stop la nak solat Asar, siap-siap nak balik dah...penat menaip nota untuk esok. Bye semua selamat berbuka posa :)

~dariBMkeKK~