Thursday, September 03, 2009

Pantasnya masa...

Salam,

Cepat sungguh rasanya masa bergerak sekarang ni... dah nak masuk separuh Ramadhan ... isk isk isk... camno ni? Kami dah 6 bulan dah kat sini... hu hu hu seriau ka? Sikit-sikitlah... Alhamdulillah ada progress, kalau statik mesti seriau tahap gaban.
6 bulan... hmmm banyak benda yang berlaku, Alhamdulillah setakat ni boleh handle, kanak-kanak pun setakat ni OK, sihat walafiat... demam sikit-sikit tu biasalah... manusia normal mestilah sekali sekala demam, kalau tak demam robotlah namanya tu. :)

Dah 10 bulan lebih... hmmm sekejap sungguh, tahun lepas aku berpuasa dengan depa masih dalam perut, Alhamdulillah cukup 30 hari... kuat jugakan. Tahun ni ke ke ke jangan haraplah... silap2 6 -7 hari dalam tangan la. Tapi kalau posa penuh mesti seriau juga tu ke ke ke... blom ready la untuk next one [or two].

Posa kat sini OK, walaupun masa panjang tapi tak terasa sangat, sebabnya pagi-pagi aku pi opis sampai pukul 1pm, balik petang dok melayan depa ni...sedar-sedar dah 4pm... lepas tu nak masak ... sekali sekala abang bulat masak ... sedar-sedar dah berbuka... la ni berbuka makin awal, hari ni 8.13pm... esok 8.09pm... dan dekat nak Raya nanti 7.15pm camtu macam kat KL la...OK la tu :)

Rasanya semua orang dah demam FB, aku demam ke? Tidaklah sangat tapi kalau ON laptop ni biasanya FB tu ON la juga... ehhh masa menaip ni aku tak ON FB pun... tak le demam sangatkan ke ke ke.

Aha.... cerita pasal FB ni, seronokkan dapat jumpa balik kawan-kawan lama... ada yang masih bujang, ada yang dah beranak pinak dan ada juga yang dah kembali single dan ada yang bujang - kawin - bujang - dan kawin semula... hmmm macam-macam. Tapi yang buat sedih tu... aku ada FB kawan yang pernah kawin... dah berpisah...dan yang lelaki dah kawin lain... lepas tu baru dapat anak sulung dengan isteri terkini... lepas tu dia dok komen yang isteri terkini tu sangat kuat masa lahirkan anak dia hmmmm aku terus rasa sedih sangat, kalau kawan aku [bekas isteri] baca mesti terasa sebab dengan bekas isteri tu ada 5 orang anak, dan salah sorang anak tu sakit kronik yang sekarang ni bekas isteri [kawan aku] yang jaga sebab faham2 la...sapa la nak jaga kalau budak sakit macam tu.... tak cukup kuatkah bekas isteri dia dulu tu? Alahai manusia... dan petang tadi juga aku terjumpa kat youtube majlis pernikahan ustaz rocker dgn W... aku terasa betapa tak sensitifnya si W ... memanglah dia sebelum ni lincah... tapi tolonglah hormati perasaan bekas isteri ustaz tu... cover sikit kelincahan tu, nampak 'gelenyar' plak... isk...posa posa ni macam malas nak komen tapi geram la juga. Itulah orang kata...musuh wanita sebenarnya wanita sendiri... renung-renungkan. Hmm cukuplah... tak nak la emo sangat bulan-bulan posa ni dah la cuaca sini bleh menyumbangkan kepada emo yang kronik... mandom memanjang.

Masa aku menaip ni dah 10.40pm...adik nak lena, kakak dok nganga tengok TV. Hmmm biasalah, depa ni kadang-kadang ambik turn, sapa nak berjaga. Tak kisahlah tu...paling-paling lambat pun 12am depa lena la... dan yang bagusnya lena dan esok baru depa jaga. Kami pun bleh lena la malam-malam. Alhamdulillah... lega jugakan. Kalau yg dok berjaga malam yang haru tu.... setakat lena lambat skit halal je la ;)


Cukuplah untuk kali ni... kalau sambung lagi aku akan emo lagi dengan cerita kawan-kawan. Ta ta dan selamat menjalani ibadah posa dengan jayanya aminnnn!!!


~dariBMkeKKkeStIr~

11 comments:

Leyla Shuri said...

salam alin,

k lela nak kata, suka cara alin menggambarkan sikap positif dalam menempuhi kehidupan.
Demam sikit...tak apa!
cuaca mendung...tak apa!
posa lama...tak apa!

yes...inilah caranya kita hidup. segala ujian dan cubaan, kita hadapi dengan positif.

selamat meneruskan ramadan.

Nine said...

Uikss...Jahatnya 'lelaki' tuh k.Lyn...
Pika pun rasa cam nak terajang je.heheh emo lebey sorry!...
Tak sedaq diri betoi...dah cerai dah la tak pyh nak compare yg lama dgn yg baru..manusia..manusia...
sapa huh??!! meh cni nak sekolahkan dia..heeee....

suhainini said...

Sedihnya org yg suka compare2 ni...Kalau nak compare biaq la benda yg logic...

Irfa said...

emm aku pun tumpang emo sama.
pasal ostad dan w tu xnak komne..nanti kena saman.hehe

slmt berbuka yer

Alinlai said...

Kak Lela,
aha kak...fikir-fikir balik kalau nak kuat kena positif, kalau semua benda kita rasa susah hmmm lama-lama benda simple pun kita akan rasa susahnya nak tempuh... itu la sebabnya ambik yang positif je, susah sikit-sikit tu tanggung sendiri je la :)

Pika,
itulah... skrg mcm malas nak tgk FB kawan lelaki tu lagi, takut tercerita dengan ex dia... geram la juga sebab anak yang sakit tak nak dijaga, tapi kemain lagi dok puji isteri dan anak baru, mana tau kuasa Allah, ada anak yg akan sakit sama mcm anak dgn ex dia, hmmmm masa tu baru tau langit tinggi rendah :(

CtNini,
itulah Ct, tersentap juga la bila dia komen macam tu, sementara kuat memanglah bleh bersalin senang, the latest wife tu muda lagi, 20-an rasanya, kawan kak lyn tu dah 30-an mana la bleh nak banding membanding, lagipun dah anak 5 hmmmm geram la juga, tapi kita setakat geram je yang menanggung lagi kesian... itulah kehidupan!!!

Irfa,
ke ke ke... kalau orang yang rasa bersalah macam tu la sikit nak saman sikit nak saman...nyampessss. Ha ha ha...selamat berbuka kat hang juga, jaga diri dan baby :)

Zareda Norman said...

alin

bila difikir fikirkan balik memnag fitrah manusia kan.. habis manis sepah dibuang so kita jadikan iktibar pada kekhilafan ni semua supaya kita tak buat perkara yang sama.

aniway, beraya sakan bam bam bim bim tahun ni ya.. dah ada baju raya ke belum?

Alinlai said...

Zar,
itulah...ambik iktibar dan doa banyak2 jgn jadi kat kita sebab kita tatau kita kuat ke tidak nak berdepan dgn semua dugaan tu... raya? ke ke ke... org sibuk shopping raya kami ni kena shopping untuk winter... tak pa la setahun dua ni beraya ala kadar je la, baju pun kalu ada org pos ada la... kalu tidak ke ke ke pakai je mana yang ter'bawa' ke sini ;) budak2 tu dah ada dah baju kurung, mak lang depa pos dah lama dah... OK la tu ke ke ke

arianna adrizal said...

slamat berpuasa kak lyn!
rajen masak ka laa ni? hehehe.
btw mcm penah dgr la cite ni. hmmm..

Alinlai said...

anne,
selamat posa...kena rajin la nak mkn ke ke ke...tadak jual kat sini kalau ada hmmm mungkin kena rajin gak sebab mahal ke ke ke... hmmm sama je kan jalan cite camni... yg kesian org pompuan la kan... sabaq je la.

norryabby said...

Comeinya baby kembar......geram tengok

Alinlai said...

Norry,
terima kasih :) aha mmg geram tambah2 dah pandai merangkak sana sini... jenuh kejar :)