Monday, April 09, 2007

Weekend yang panjang


Salam,

Perghhh lama sungguh rasanya berhujung minggu :) nak tau aktiviti aku?

Jumaat -

Rancangan asal nak pi morning walk....ke ke ke bangkit pun dah pukul 9am, morning walk apa lagi... lepas kemas2 rumah, pi brunch dan pasar beli ikan, udang dan sayur2...untuk dibuat laksa. Ajak M dan anak2 mai makan. Pukul 12pm baru masuk dapur... tak la rushing pun sebab buat untuk makan kami kami je. Lepas siap sempat lagi cuci bilik air, lepas zohor sempat lagi tido kroh kroh (ke ke ke). Lepas asar baru depa mai...makan sambil bersembang... jemput kak I tapi tak berjawab...keluar kot. Malam makan laksa lagi dan lagi dan lagi....sampai puas hati nyum nyum.

Sabtu -

Abang bulat pi golf tournament, lepak sensorang tengok tv, marking xm scripts, makan laksa lagi ha ha ha... petang baru masak nasi dan lauk... udang goreng 3 rasa, siakap asam tumis dan telur dadar...ok ka? Rasanya ok sebab habis licin lauk dan nasi... konsert ke-4 boleh tahan... suka pulak dengan Milaaaaaa (stail Hatta*) dok risau gak ingatkan dia keluar... panjang lagi hayat dia dlm akademi tu. Astr* kalau nak promo potential juara kemain lagi... tapi apa-apa pun kali ni tak undi pun... rugi kredit je. Ehhh last season aku undi ka? Tak ingatlah...tapi masa AF3 yezzarrrrrrr aku undi 'budak botak' sekali sekala ha ha ha...

Ahad -

B'fast seperti biasa...pukul 11 - 2 kelas. Habis kelas dah pening-pening sebab lapaq... pi makan tapi ntah pasai apa tadak selera plak...order mee goreng tapi tak sedap makan sikit je, tapau... sampai ke la ni masih dok tapau elok dalam peti ais ke ke ke... Petang kami pi berjalan (exercise kekonon...) kat dalam kampus, 40 minit la berjalan... perghhh terasa sengal-sengal, tapi rasa ringan badan sebab dapat keluar peluh. Malam masak sup ikan, kerabu epal dan goreng terubuk made in S'wak sedappppp wa cakap lu :) ehhh puji diri sendiri plak layannnnnnnnnnnn!!!
Isnin -
Macam biasalah mai opis, bersungguh-sungguh marking xm scripts...erkkkk macam nak termuntah. Sabaq saja la.
-----------------------------------------------------
Okey kat bawah ni gambar-gambar masa pi Kch hari tu... ini gambar KIA (Kch Int. A'port), kemas dan ringkas...tapi luas. Banyak kedai-kedai...harap-harap KKIA pun akan jadi macam ni sebabnya kontraktor yang sama juga.





Inilah k'terbang masa balik ke ke ke... semua dah 'weng' masa ni sebab penat berbengkel. Mujurlah 3 hari je kalau seminggu tatau la jadi macam mana. Masuk je dalam kapal semua kroh-kroh... lagipun depa serve teh/ kopi/ jus saja, mujurlah ada kek lapis beli kat pasar... boleh gak cicah dengan teh kui kui kui.



Opsss...ini bilik kat Merdek* Palace Hotel, suka bilik saiz ni tak besar sangat dan tak kecik sangat, just nice for 1 person. Kalau besar sangat pun scary gak...tapi bila penat cepat je tido, sedar2 TV dok terpasang je... ha ha ha...penat weh. Makanan pun sedap kat sini...lamb di perghhh yummy... kek coklat pun sedap, sambal sotong, sambal udang pun sedap... pendek kata semua la sedap :)


Oklah....itu saja catatan untuk kali ini...bye all.

~dariBMkeKK~

14 comments:

simah said...

lynn ... depa dah accept abstact halil utk conf kat çeşme tu.. so dia tengah booking rooms utk 4.. orang..halil, me n the kids utk çeşme)(tapi article tu dia tak tulis lagi hahahah).n in a day or two dia akan bayar the 50 euro for the conference...rasanya kami duduk sana 4 hari kot..lepas 4 hari tu hang ikut kitaorang balik istanbul la..

cikdinz said...

mak aiii...siang mlm makan laksa..

Anonymous said...

simah,
iye sama la ke ke ke accepted tapi blom siap lagi, insyaAllah akan diusahakan...bleh ka join hampa balik istanbul? wah best ni nanti aku update lagi in case tak dpt booking thru internet ni minta tolong hang suggest hotel mana yang sesuai dan kalau betul2 jadi minta tolong booking hotel sekali kwang kwang kwang...wah macam ON je plan ni...amin amin...

cikdinz,
ha ha ha laksa best apa???

AyunasiA said...

aiyakkk! sedap gak mila tu nyanyi ek. ke, sebab lagu tu memang touching gitu? kite pun afundi budak botak tapi satu je, tu pun terpengaruh aznil cakap 'yg di atas dah ke bawah'. sedapnya terubuk masin. beli 2 ekor aritu dah abis ar...

Cik Tat said...

laksa ooo laksa..tak sabaq nak tunggu budak kecik ni sthn sbb aku nak makan laksa...

KakNi said...

Laksa utara ke laksa sarawak? Dua-dua best kan? Tapi laksa utara lagi ummphh... maklumlah dari kecik dah dok ngadap...

Anonymous said...

lyn..hang booking hotel yg depa suggest kat homepage conference tu la... murah sious..kalau hang booking kat tempat lain mesti mahal..boleh booking pakai credit card la..frankly speaking aku tak tau hotel kat situ... çeşme tu jauhla dari istanbul..aku mana biasa..

kalau hang nak booking baik hang booking awal..takut nanti tarak tempat..

Alinlai said...

norasiah,
ke ke ke...berdebar2 hari tu ingatkan mila yg kuar. terubuk tu ada lagi...tak bleh makan sangat2 skrg ni panas kat KK nanti susah nak tido kalau banyak mkn ikan kering panas oooo

mama singa,
tak pa sabaq sabaq...bila dia besaq skit je hang cepat2 buat :)

ahni,
laksa utara le...paling senang nak buat dan paling sedap dimakan, tak muak2 ke ke ke

simah,
ok settt kena bersegera...sebab takut kena tido kat toilet hotel plak kwang kwang kwang.

Mummy Rizq said...

aluuuuu... panjang cuti!

kerabu apple? tak pernah dengaq plak... cita sket mai kat achik...

Alinlai said...

Achik,

resepi sama je dgn kerabu mangga...guna apple hijau yg masam2 skit sedap juga, lepas tu kalau dah tak larat buat kerabu apple tu bleh buat jus...ha ha ha... jimat oooo

HAPPYIRFA said...

panjang citer.tp yg best tu byk betul bab makan2.buat aku lapar pulak.layannnnnn

Alinlai said...

fira,
ke ke ke...tak makan nasi ka? mcm iklan kfc tu....

AppleB said...

waduhh..bercuti sambil berkurusus ka. best best.

Anonymous said...

apple,
iye 2 in 1, itu yang best tu sebab f o c....layannnnnnnnn!!!