Wednesday, March 22, 2006

Tribute to Dino

Salam,

Kancil kat bawah ni pernah jadi milik aku, tapi dah jual...sayang sangat aku bagi nama Dino. 3 tahun ke sana sini, mileage rendah je 27000 +- tapi dah nak pakai kereta baru kena la sacrifice...lepas ni mesti terjumpa kat jalan raya, kelmarin bank dah telefon nak pengesahah aku sama ada betul ke aku dah jual. Sayang sangat2...tapi apa bleh buat, kadang2 benda yang kita sayang kena dilepaskan juga.





Sblm ni ada orang berminat dengan Dino, tapi biasa la aku jual mahal tak nak jual, alih2 bila abang bulat kira sana sini daripada guna dua kereta bagus la kami guna 1 je, tempat keja sama, pi lunch sama-sama (kadang2 aku pi dengan kawan2 lain juga... ), dan rupanya tindakan kami bijak sebab lepas tu Pak Lah umumkan kenaikan harga minyak...kira pi kira mai kami memang untung...dan aku rasa aku paling untung sebab hujung2 bulan ni aku masih ada beberapa ratus lagi dlm bank ha ha ha banyak tu...sblm ni hujung bulan memang ngam2 je la...wah bleh menyimpan sakan la...cerah masa depan.

Dino ni memang tak pernah meragam...setakat bateri kong after 2 years tu biasa la, itu pun kong sebab 2 minggu kami tinggal balik kampung. Tayar pun macam baru je, tapi logik la paling jauh pun T*aran je Dino ni merantau...yang lain naik Wira le... ha ha ha...

Aku tidak la rajin berkisah dengan kereta ni...tapi tak la aku biar sampai comot... once a while aku pi cuci, vacumm dll...ada duit sikit bawa pi check alignment, buat balancing dll...tapi accompanied by abang bulat la...ni la untungnya ada suami...so sapa2 yang belum bersuami pertimbangkan la...bukan apanya kadang2 kita orang pompuan ni sebrutal mana pun ada certain areas yang kita perlukan lelaki, sama la juga dengan lelaki, sebrutal mana pun bila mai bab pompuan cair juga. Pertimbangkan la...

Tapi aku tak setuju la bergantung 100% kat lelaki, sampaikan bila dah kawin tak join dah kawan2 lain...shopping pun dengan suami je, pada pendapat aku jangan sampai mcm tu, langit tak selalu cerah...datang hujan ribut tak tau nak selamatkan diri pulak.

Ops apa la aku ni, beria nak cerita pasal Dino, dah melalut ke lain pulak. Oklah...itu saja karangan untuk hari ni...Dino ku sayang ... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

No comments: