Friday, March 31, 2006

End of March '06

Salam.

Minggu terakhir bulan 3
Minggu terakhir sem. II 05/06

Sat saja...pejam celik dah nak masuk bulan 4. Minggu depan budak2 dah final xm. Bulan 5 budak2 cuti (yahoooo....yessss....) budak2 cuti kami pun suka juga ke ke ke.

Tadi dah siap isi borang P*K dan dah pi hantar dekat yang berkenaan, aku tolong hantarkan borang abang bulat juga, so kalau dapat sama2 la kami berkursus... perghhh bab kursus ni nostalgia sikit. Sebab aku jumpa dia masa berkursus la... 3 years ago...ha ha ha nanti2 la citer tadak mood nak mengarang.

Balik lepas maghrib lagi la gamaknya...abang bulat sibuk sebab esok depa buat bengkel, aku pun terjebak juga jadi fasilitator. Keja separuh hari je...syok juga bleh pi lepak BR kat Pap*r tu. 2 minggu lepas lepak resort kat T*aran, minggu ni Pap*r perghhh sakan berjalan.

Alhamdulillah dah siap tampal carry mrks budak2 aku...ok la tadak yang gagal. Aku tak la strict sangat, biasa2 je...lagipun apa la nak kedekut sangat, kalau budak tu datang kelas, buat assignment, presentation dll sure dapat markah tak banyak pun sikit, tapi tetap ada markah. Untuk kursus program aku tak pernah gagalkan budak2... tak tau la kot2 tahun ni pecah rekod, ada plak yang gagal...apa boleh buat terima jer. Dah gagal pandai2 la ulang ha ha ha....

Lapaq la petang2 ni...sejuk plak tu. Nak masak ke tak? Rasa macam nak masak tapi tadak benda nak masak (alasan...) rasanya makan kat dapur mana2 la malam ni. Agihkan rezeki kat sana sini...tapi kepala dah pening ni...arghhh bahaya bahaya...kalau aku pengsan ka sapa nak tolong ohhh tidak....

Bulan 4 ada kawan nak mai KK, tak pa la dia pun mai ada kerja so kami bawa pi rumah je, tak payah bawa pi jalan2. Boleh masak apa yang patut...kawan masa kat NU dulu, nama macam ultraman...muka pun macam Jepun sesuai sangat la. Nak kata muka macam ultraman tak boleh la sebab aku pun tak pernah jumpa ultraman in person...dlm tv dah mekap muka dah jadi lain.

Seronoknya tengok gambar2 kat UK dan US masa-masa ni...dah masuk Spring. Tapi kalau tak MI dulu masa ni kadang2 snow dok mencurah2 lagi...pernah aku bawa kawan aku dari OK pi main ski bulan 4. Tapi ok logik la MI tu nun di utara Amerika...memang sejuk tapi aiman tak kisah...sebab fikirkan kat M'sia tak merasa 4 seasons of happiness tu, ha ha ha...tengah belajar mana ada masalah berat...masalah yang dicari biasa la...macam, study last minutes, bajet lari sebab pi berjalan2 sakan, gaduh sikit2 dgn housemates (peace !) gaduh2 manja je...lepas tu ok balik. Isk semua tu masalah kecik je...tapi so far alhamdulillah aku tak la perlu menghadapi masalah besar pun, boleh settle masalah2 aku...atau aku jenis yang tak ambik pot dengan masalah2 kot. Mungkin masalah bagi aku bukanlah satu masalah hah! Fenin la fenin...ke ke ke...stop la mengarut je.

Ok nak pi ambik wuduk dan nak ready for Maghrib. Tanggungjawab yang perlu disempurnakan dengan sesempurna mungkin 5 kali sehari (sekurang-kurangnya...) InsyaAllah berkat hidup :)

Nak nyanyi sikit...

"sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya...
walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunaya (2x)"

OK chalo....

~dariBMkeKK~

Wednesday, March 29, 2006

Sekadar peringatan

Salam,

Peringatan kepada aku dan sesiapa yang membaca blog ni:

10 perbuatan sia-sia perlu dielak ummah


SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidakdimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.


2. Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari.


3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.


4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.


5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.


6. Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.


7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantarankelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

sumber: Berita Harian Online, 29/03/2006

Tuesday, March 28, 2006

Cerita ceriti aku...

Salam,

Dah banyak hari aku tak update blog ni…bukan la malas tapi sikit busy dan tadak idea. Kelas dah habis, tapi minggu ni jumpa juga budak2 ni sebab nak bagi tips dan nak basuh sikit, ada yang mai kelas macam seronok2 saja, bila ada exam atau kuiz atau pembentangan baru nampak muka, kalau tidak hampeh… ntah la budak2 ni, most of them Bumis / Melayu, budak2 cha ya nun alif rajin plak, bila tak faham bertanya itu ini, yang bangsa sendiri ni dok layu macam tu la…ntah bila nak insaf. Kalau gagal nanti jangan nak merayu… sorry bebeh….

Pagi ni ada taklimat exam…tak ramai yang pi… biasa la… bila orang bagi taklimat tak nak dengar, bila sampai hari exam baru kalut nak isi borang pun tak tau. Ntah la manusia ni…lepas tu dok komplen sana sini. Susah sungguh.

Kak I komplen pasal beban pengajaran dia ha ha ha aku nak gelak saja la… malas nak komen apa2.

Hari ni ada perbincangan MoU dengan W*co U, tak pi pun… malas la nak join ntah la kenapa, memang la Prof. Jepun tu hensem macam muka pelakon tapi tak sior teman nak attend majlis tu….marking lagi bagus, petang ni try settle carry marks bebudak ni lagi bermanfaat kepada nusa dan bangsa.

Abang bulat pun lambat plak, aku dah lapaq ni… kami nak pi bayar hutang2 dan nak pi PejPos. Biasa la… once a month ada saja aktvt sosial ke KK di waktu pej. Tak boleh nak elak… bukan la sengaja tapi terpaksa… kira mcm paksarela la…. (kah kah kah… boleh percaya ka?)

Malam tadi pi mkn ikantigarasa kat Tg Ar* memang yummy… melantak sakan dua orang… nasi habis, lauk pun habis… bila fikir balik memang la lapaq, kami lunch pukul 11am, lepas tu tak mkn mende… petang minum teh limau + roti kek… alas perut sblm malam… kalau tidak mau pengsan dua-dua orang… kepala dah pening sebab lapaq sangat.

Hmm… tak bagus la connection pagi ni… tak boleh masuk web sana sini… tak tau la apa masalahnya. Server sekolah ka server Uni. Jadinya tak banyak la aktvt atas talian yang boleh aku buat… tak kisah la dok atas talian ni pun kadang2 bosan gak… kerja lain terbengkalai kadang2 tu… kena cap makan gaji buta plak. Tak nak la. Alamak mana abang bulat ni aku dah lapaqqqqqqqq…

Malam kelmarin dulu… (ini ayat orang utara…) iaitu Ahad malam, aku pi dinner sekolah abang bulat, seronok plak join dinner orang, aku yang lebih2… bukan la lebih apa, lebih enjoy lagi pun ramai kawan2 aku kat sana, meja kami pulak tak penuh seronok la makanan banyak… persembahan budak2 pun ok. Kenapa aku tak dak perasaan ni bila attend dinner sekolah sendiri he he he maybe sebab bila pi tempat orang kita tak la rasa kena protocol sangat kot… ntah la… tapi I was enjoying myself…

Hmmm apa citer ni...dah dekat 11.30 tak mau pi mkn ka...isk isk haru la ini macam dok minum air mineral je ni... sat lagi aku terpengsan ka...sapa nak angkat kat dalam bilik sorang2 ni... achooo....

Stop dulu...kalau rajin sambung lagi.

~dariBMkeKK~

Thursday, March 23, 2006

Dah makan?

Salam,

Alhamdulillah, tadi dah pi masuk RM dlm ASB dan TabungHaji. Kalau tak pi simpan nanti habis plak duit tu...at least simpan sikit2 pun ok la. Hari ni memang tak produktif langsung, bukan setakat tak produktif boleh dikira sbg makan gaji buta kot, aku cuma surf internet, blog hopping, ada sekali dua students masuk minta signature, yang lain2 tu lepak sakan...pagi2 lagi dah ngantuk. Isk isk isk baguih sungguh.

Tadi pi mkn kat Kim*nis dengan sal, jumpa de6 dengan kawan dia kot...then masuk kawan2 yang lain mcm cikpah, gg sblm tu bb dan get ada gak...sure pelik dia beramai2 org U*S ni pi mkn. Apa-apa la...aiman tak kisah.

Tadi surf tengok hotels kat s'pore, kat Manila...hmmm nak pi lagi ke Manila ni? Ha ha ha ohhh tidak...S'pore insyaAllah. Kot2 lepas PTK ni kami ada angin nak berjalan2 pi saja...via JB senang citer. Tengok la macam mana...jgn plan sangat tak jadi nanti sakit hati...sakit hati bleh melarat ke sakit jiwa, dan lepas tu macam2 sakit bleh datang...isk tak nak la.

Wednesday, March 22, 2006

Tribute to Dino

Salam,

Kancil kat bawah ni pernah jadi milik aku, tapi dah jual...sayang sangat aku bagi nama Dino. 3 tahun ke sana sini, mileage rendah je 27000 +- tapi dah nak pakai kereta baru kena la sacrifice...lepas ni mesti terjumpa kat jalan raya, kelmarin bank dah telefon nak pengesahah aku sama ada betul ke aku dah jual. Sayang sangat2...tapi apa bleh buat, kadang2 benda yang kita sayang kena dilepaskan juga.





Sblm ni ada orang berminat dengan Dino, tapi biasa la aku jual mahal tak nak jual, alih2 bila abang bulat kira sana sini daripada guna dua kereta bagus la kami guna 1 je, tempat keja sama, pi lunch sama-sama (kadang2 aku pi dengan kawan2 lain juga... ), dan rupanya tindakan kami bijak sebab lepas tu Pak Lah umumkan kenaikan harga minyak...kira pi kira mai kami memang untung...dan aku rasa aku paling untung sebab hujung2 bulan ni aku masih ada beberapa ratus lagi dlm bank ha ha ha banyak tu...sblm ni hujung bulan memang ngam2 je la...wah bleh menyimpan sakan la...cerah masa depan.

Dino ni memang tak pernah meragam...setakat bateri kong after 2 years tu biasa la, itu pun kong sebab 2 minggu kami tinggal balik kampung. Tayar pun macam baru je, tapi logik la paling jauh pun T*aran je Dino ni merantau...yang lain naik Wira le... ha ha ha...

Aku tidak la rajin berkisah dengan kereta ni...tapi tak la aku biar sampai comot... once a while aku pi cuci, vacumm dll...ada duit sikit bawa pi check alignment, buat balancing dll...tapi accompanied by abang bulat la...ni la untungnya ada suami...so sapa2 yang belum bersuami pertimbangkan la...bukan apanya kadang2 kita orang pompuan ni sebrutal mana pun ada certain areas yang kita perlukan lelaki, sama la juga dengan lelaki, sebrutal mana pun bila mai bab pompuan cair juga. Pertimbangkan la...

Tapi aku tak setuju la bergantung 100% kat lelaki, sampaikan bila dah kawin tak join dah kawan2 lain...shopping pun dengan suami je, pada pendapat aku jangan sampai mcm tu, langit tak selalu cerah...datang hujan ribut tak tau nak selamatkan diri pulak.

Ops apa la aku ni, beria nak cerita pasal Dino, dah melalut ke lain pulak. Oklah...itu saja karangan untuk hari ni...Dino ku sayang ... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Tuesday, March 21, 2006

Trip to Vancouver, August 2005

Salam,

Seronoknya sebab minggu ni aku start keja hari Selasa, sebab hari Isnin ada sedikit rasa malas so aku EL ha ha ha...lagipun pening kepala sikit sebab hari Sabtu dan Ahad pi MJadi kat Tu*ran, cantik tempat tu tapi sayangnya tak terjaga...tak berapa untung kot...ntah la sapa la owner dia. Aku bawa abang bulat pi sama, slot ceramah aku sabtu t'hari, petang relax la...mcm orang kaya2 aku duduk tepi pantai baca buku cerita...tapi ngantuknya balik bilik ZZZZZZzzzZZZZZ...senang cerita.

Gambar ni aku ambik dari atas Air Canada, kapal baru landing dari Toronto...baru bangun tido sebenarnya...long flight aku tido je la...tapi makan sedap sebab aku dah inform nak Halal Meal so dapat la nasi + kari dhal, alamak yummy bau semerbak harum, satu kapal bau kari dhal aku makan tu...mat salleh sebelah aku pun dah terliur, dia sendiri cakap bau sedap he he he...aku makan tak hingat la...licin segala yang dihidang










Gambar bawah ni aku ambik kat Robson St, Vancouver. Seronok sangat jalan2 kat situ, sebab tak terasa penat, Spring pulak masa tu alamak bestnya...aku tawaf banyak kali gak Vancouver ni...2 kali, 1st time sblm terbang ke NB 2nd time transit sehari sblm balik KK, sorang2 pun tak pe aku redah je tak rasa takut apa pun. Alhamdulillah selamat. Yang seronok kat situ, ramai jumpa bangsa asing...tak terasa mcm kat Canada, rasa macam kat negara lain...ramai sangat foreigners termasuk aku la dalam ramai2 tu...Arab bershopping sakan, Cina plak kemain lagi sombong, omputeh pun tak sombong macam diorang...maklum la dah jadi warga Canada sesetengah tu...tapi tak kisah la...bukan kita minta makan dengan depa pun.






Kat bawah ni pulak, gambar Canada Place, ada IMAX Theatre tapi aku tak masuk la sebab mahal la, so aku berpeleseran (he he he) kat depan bangunan ni je sementara tunggu bas ke airport, best sebab angin sepoi2 bahasa dan ramai orang lepak tengok seaview, kat bawah tu ada shopping complex, merasa la aku makan nasi + scramble egg yang dicampur tomato, air oren = $7.80 (Canadian dollar) tak kisah la...mamat yang jual nasi tu orang Libya ke Lubnan aku tak ingat tapi dia yang bagi salam kat aku, dia tanya nak makan apa dll. bila aku tengok menu semua ada daging...hmmm nak kensel dah, dia yang tanya suggest menu tu dekat aku, then lepas makan nasi merangkap breakfast tu aku berjalan kali dekat 10 batu, sepanjang seawalls, hmmm keja gila sungguh...tetapi aku puas hati sebab bukan senang nak dapat pengalaman macam tu. Bila jumpa manusia yang aku rasa mcm ok aku buat2 ramah la...then minta dia ambik gambar aku ha ha ha biasa la nak idup...so banyak la gambar aku lebih 3 gulung hmmm terkejut abang bulat sebab dia pi Bei*ing seminggu 1 1/2 gulung je...kwang kwang...tahap2 model aku ni.


















Kesimpulannya...memang seronok la dapat berjalan2 cari makan macam tu...luas pandangan, dan aku rasa macam muda sangat...sebab semua yang aku jumpa ingat aku student, bila bagitau aku dah keja macam tak percaya dan bila bagitau umur lagi la depa ternganga...hmmm biasa la tu...awet muda la katakan...ops...riak plak...kontrol kontrol...

La ni aku dok plan nak bercuti-cuti Johor dan S'pore plak...tak bincang dengan abang bulat lagi...nanti la slow talk, kot2 dia setuju aku booking je tiket, balik Penang tak pa sblm raya kami balik lama...lepas raya pun ada 3 hari lagi untuk berjalan2 Penang plak. Balik Sdkn maybe bulan 6 kot. Kenal la bahagi cuti sana sini nanti ada plak yang kecik hati...depa ni payah sikit cepat terasa, cuti sekolah tak balik pun bertanya-tanya...masalahnya abang bulat yang susah nak cuti...aku ok je.

Stop dulu...nanti2 update lagi...cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, March 15, 2006

Isk...

Salam,

Alahai ngantuknya petang2 ni...lunch kat kaktini tadi, macam kurang sikit lauk yang kami ambik, tapi harga RM10/- juga, hmmm tak faham la macam mana dia kira. Abang bulat ada meeting petang ni, most probably balik lambat lagi...tapi kalau dia lapaq balik awal la he he he...tapi ada makan2 masa meeting so probability untuk balik lambat lebih besar la...tak kisah la.

SMS 1 ckin 15:17 15-MAR-06

Assalamualaikum, apa habaq? Sihat ke? Bila nak balik ke sini lagi?

--- aku balas ---

SMS 2 ckin 15:24 15-MAR-06

Ye ke cepatnye dah siap ke umah l? Rumah kin dlm bulan dec atau jan next year br siap. Br ni mak l pi sana ke? Dia dok habaq kat mak kin dia pi umah l.

--- aku balas lagi ---

SMS 3 ckin 15:33 15-MAR-06

Mak dengan abah l berdua ja ka? Lama gak 2 wk jalan2 cari makan sakan la..Kat sini la ni msm panas..Terik sgt. Eh chaq ada ctc l dak? Lama tak jumpa dia. Hari tu dia ada la send gmbr terbaru dia..

--- aku balas lagi ---

.....

Hmmm rindunya dekat kenkawan...untuk pengetahuan, ckin ni aku kenal since form 1...20 years ago, lama sangat kami berkawan, dan seingat aku kami tak pernah bertekak ke bergaduh ke, memang rapat la...lepas form 5, aku pi ITM Shah Alam, dia pi ITM T'ganu...lepas ITM aku pi US dia pi ITM Shah Alam buat Adv. Dip. tapi surat memang tak putus la...dan kalau masa aku ada kat Malaya memang kami akan jumpa, dan kejadiannya...opis dia kat kawasan rumah aku, so kalau aku ada kat kampung dia akan singgah la masa lunchtime...skrg dia dah ada anak satu aku blom ada lagi...kami kawin 2003, beza sebulan saja. Husband dia besar dan tinggi, husband aku pun sama juga. Bezanya abang bulat aku putih (dah cina...) husband dia sawo matang (hitam manis?)...Rindu dengan dia dan kenkawan yang lain...uniknya kami ni bukan setakat kenal satu sama lain...adik beradik dia pun aku kenal, mak aku kalau jumpa mak dia sure bertukar2 cerita dan bertanya khabar...masa menaip ni aku rasa macam nak menangis sebab kenapa la dah lama aku tak sms atau call tanya khabar...hmmm tak pe lepas ni make sure once a while sms or call dia.

Chaq tu kawan sorang lagi, dia ni lagi klasik, aku kenal since sekolah rendah, walaupun dia tak sama sekolah tapi mak dia teacher aku, kalau sekolah dia cuti dia mai la sekolah aku, so aku kenal gitu2 je la. Masuk form 1 kami dapat sekolah asrama yang sama...satu kelas, since then aku rapat dengan dia...pernah la bergaduh2 bertekak tapi tak lama...memang aku bersyukur sangat sebab dengan ckin dan chaq ni memang tak pernah la bermasam muka...happening manjang. Sampai la kami dah besar panjang (chaq memang besaq....)kalau jumpa memang tak ingat dunia. Masa aku kat KL lagi sakan la kami beronggeng...sekali sekala ckin datang KL bertambah hebat ronggeng kami. Kadang2 lea pun join gak...lea ni pernah serumah dengan chaq tapi kejap je sebab lea pun dah kawin end of 2005...tinggal la chaq sorang lagi yang single mingle...kesian gak sebab dia nak kena cari yang sama size dengan dia...tapi I am sure one fine day she'll meet the right person insyaAllah...

Alahai malasnya nak buat ppt untuk hari sabtu ni...nak kena cari balik la yang lama2 rasanya ada lagi kot, nak cakap pasal mktg memang la senang, tapi lebih senang kalau ada modul, tak pe nanti check kot2 ada lagi modul yang lama...senang sikit nak prepare apa yang patut. Lagipun 2 jam je...tak lama pun...skrg ni aku pandai kelentong sikit...kalau dulu2 2 jam mcm lama sangat...alah bisa tegal biasa.

Oklah...stop sini, cau cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, March 14, 2006

Erk...

Salam,

Hmmm rupanya kes meeting kelmarin tak habis lagi, kejadiannya macam ni...

Sebelum balik kelmarin aku tunggu la abang bulat kat lobi, tetiba lalu kak S, dan tetiba dia tanya kenapa aku marah sangat dlm meeting...lebih kurang macam tak payah la nak sentuh isu tu lagi pasal benda tu dari dulu2 zaman puan A lagi dah disentuh, macam buang karan la kami dok bising2 lagi. Aku jawab senang je, kalau dari dulu dah tahu kejadiannya takkan la tadak apa2 solution? Terdiam la dia dah excuse me dia blah...aku rasa macam nak explain je kat depa yang baru balik study ni keadaan la ni dengan dulu...depa tak tau betapa kami suffer masa mantan dekan dulu, dan present one yang blurrr semacam ini....tensen sungguh. Dan memang depa takkan merasa keadaan ngajar 500 budak dlm satu masa di dewan yang macam besar tapi hampeh...tutorial tak bleh buat apa lagi nak trace attendance...aiyarkkk...menyirap darah aku kejap, tapi relax la, sooner or later depa faham la tu...kalau tak faham gak tak bleh buat apa la...

T'hari telefon cikpah dan kami pun berbincang la...ha ha ha dia gelak besar bila ingatkan betapa garangnya aku kelmarin...dan aku berazam next meeting aku nak duduk diam2 je la...malas nak layan orang, dan malas nak contribute apa2 lagi...kalau ada isu pun aku tak nak campur tangan lagi. Payah la diorang ni.

Kami brunch hari ni, kat SRW, nyum2 juga la tapi, maybe sebab lapaq tahap apa tak tau la...makan tak hingat dua2 orang. Perut dah lapaq balik, dah dekat 5pm ni, abang bulat kata nak balik awal sebab nak pi makan, dua2 lapaq dah...ambik kau awal sangat lunch kwang3...

Hmmm so bermula dari saat ini aku nak dok dediam dlm bilik, siap kerja2 aku, kat meeting pun nak duduk dediam...tak nak komen or kritik or apa2 yang akan menghangatkan keadaan...bior le apa nak jadi pun aku malas dah...lantak la apa nak jadi pun.

Ciao.

~dariBMkeKK~

Meeting yang panasss...

Salam,

Pagi ni ada meeting, ingatkan biasa2 je...started at 9am, ok la mula2 biasa2 je pasal beban tugas dll...masuk bab minor that we offered to other schools, aku dah naik minyak (hmmm...bleh imagine?) sebab tadak tanda2 pihak pengurusan nak kurangkan bilangan students, rasa macam dah berbuih mulut since last year lagi kami cdgkan limit to 250 students...tapi macam bercakap dengan dinding saja, aku dah nak mengamuk dah. Sila la bagi kerjasama, sekolah lain seratus lebih je ada yang ambik 50 orang je...sebab nak kena masuk makmal la...itu la ini la...kami ambik dekat 1000 orang gilo babas la diorang ni, tapi aku rasa isu ni takkan ke mana sebab nanti2 ada la surat dari dekan sana sini minta increase the number...isk tak paham la depa ni, tapi aku memang mengamuk tadi, sebab tak kesian dekat kami. Nak menanda satu hal, nak control the classess satu hal...dah la tak payah buat tutorial, gelak sakan la bebudak tu dan senang2 dapat gred bagus2...budak kami pi tempat lain dapat B pun dah syukur...isk aku geram sangat2...mujur ramai yang backed up aku he he he nasib le.Ok stop pasal tu buat sakit kepala otak je.

---------------------------------------

Sabtu 11/3/2006

Awal aku dengan abang bulat bangkit, kami pi morning walk 40 minit, balik cuci kereta, lepas tu siap2 pi la breakfast...(brunch la kot makan nasi berlauk sakan...) Balik kemas2 rumah...tengok TV, ok gak cite S*tun2 ni...yang 1 aku tak tengok, teringat kenangan di DPA91-94 di ITM, dan si adek tu macam effi budak DIIA tu, sempat lagi aku sms ella, dia yang ingatkan aku adek tu macam sapa. Ella ni kawan aku masa DPA dulu...sama2 pi US tapi dia kat Toledo, OH. Pernah 2,3 kali pi jumpa dia kat sana, lepak tido rumah dia he he he...biasa la budak US kalau travel, menumpang sana sini...aku pernah tumpang rumah budak lelaki, tak pernah kenal tapi selamba je tumpang tido semalam, aku, nda + kaksue...ahaks...ntah apa2 la kami ni, kalau mak bapa tau jenuh la menjawab...tapi tumpang tido je, tadak apa2 maaa...

Malam pi Exec Nite kat Hyatt, tak best sangat la makanan dia, dinner program kami lagi best, tapi ok la sekali sekala nak release tension, budak2 ni punya la seksi, isk pelik la kenapa la kena berseksi macam tu biasa2 dah la...ingat Prom Nite? Malas la nak layan...lantak diorang la...aku pi makan je.

----------------------------------------

Ahad 12/3/2006

Bangun awal juga, teman abang bulat golf kat L*kas, aku tolong bawa air je, ok la considered morning walk juga, habis tu b'fast la kami bersama-sama, lepas tu lepak tengok TV dan lepas zohor baru la pi cari M*mp*an J*di, hmmm aku pernah pi tempat ni rupanya, dengan cdah, ton, na & bb masa baru2 sampai sini. Biasa2 je tapi best gak kalau dpt stay 1 malam kat situ, bleh dating dengan abang bulat...hopefully tadak tetamu la masa tu...cuti sekolah ni aku seriau la juga.

Malam, steamboat kat rumah ja, yummy...makan sakan kami, kenyang sangat2...

konsert JOMh*boh, ok la...lama2 orang bleh terima la nama tu. Tapi tengok jap je sebab aku tido ha ha ha...mabuk seafood, lepas minum habatussauda zzzzzzZZZZZZZ... pengsan berberapa jam.

OK babai nak balik dah...

~dariBMkeKK~

Friday, March 10, 2006

Habis seminggu...

Salam,

Pejam celik pejam celik tido bangun tido bangun, dah habis seminggu, hmm kejap je. Tanda-tanda kiamatkan? Hari ni seperti biasa buat kerja-kerja yang sepatutnya sambil blog hopping, sambil ber e mel, sambil surfing...banyak la sambilannya. B'fast dengan sal, makan mee goreng + teh tarik. Lunch dengan abang bulat kat restoran makanan segera, tak selera nak makan nasi, malam tadi pun aku tak makan nasi.

Hari ni tak tau la pukul berapa plak nak balik, abang bulat macam banyak keja je... silap2 lepas maghrib lagi. Maka banyak la masa aku ngadap Internet ni.

Malam esok dinner kat Hy*tt, harap2 ok. Tapi yang tak tahan tu dressing budak2 ni seksi nak mampus, especially ca ya nun alif, kadang2 tak cam dah rupa depa, maklum la kadang2 kat kelas mcm muka tak mandi saja, dah pi dinner macam tu vogue habis, aku macam biasa la...angin malas lipstick pun tak pakai...sebab aku tak konfiden la lipstick aku tu ok la...macam expired je, sat lagi rosak plak bibir aku ni...naik kudis ka tak ke haru biru. Baik la jangan pakai, kalau rasa nak pakai bila2 pi beli yang baru.

Macam sikit je yang hantar assignment CB ni, tapi aku akan tolak markah kalau sapa2 yang hantar esok/ lusa...aku suruh hantar hari ni...jangan bagi muka kat bebudak ni naik lemak nanti aku juga yang susah.

Tadi pi dengar pembentangan Proposal PhD sorang kawan ni, bagi aku macam complicated sangat la framework dia...banyak sangat benda nak test, tapi ntah la diorang ni. As usual takut sangat nak terima pendapat orang. Takut supervisor bising kot, dah supervisor tak datang...terima je la cadangan orang.

Alamak...aku lupa la nak minta makcik cleaner mop lantai bilik ni, hmmm nampak gayanya minggu depan la...dah hitam lantai ni...nak beli carpet pun asyik terlupa je, kalau ada carpet senang sikit...tak le berlemoih sangat lantai bilik ni. Nanti la kalau teringat weekend ni pi cari kat mana2 kedai kat Wawasan or Karam*nsing. Beli yang biasa2 je mahal2 pun buat pe nak letak kat kaki juga. Jangan membazir, ikut nasihat TPM kita...(hmmm Datuk Seri dah start berjimat ke skrg ni?)

--------------------------------------

Ehhh dah dekat 5.30pm la...isk nampak gayanya lepas maghrib lagi. Malas juga balik malam2 ni, sebab aku rindu kat rumah aku tu...he he he, tapi apa bleh buat la ni ada 1 kereta saja, masa ada 2 kereta dulu aku tak akan melepaskan peluang untuk balik sebaik sahaja pukul 5pm, kadang2 mai angin malas 4.15pm or 4.30pm aku dah cau cin cau...buat macam opis bapa aku...nasib le, malas tau kadang2 tu aircond kami ni sejuk sangat aku tak tahan sejuk2 ni nak tido je, baik la balik tido kat rumah tak sakit badan. Kat opis tadak tilam empuk...tadak selimut MAS (cilok dari MAS), ops ada satu lagi selimut Philippine A*rlines aku cilok 1 je masa balik, bleh cilok 2 sebab aku duduk sorang tapi tak pa la...obvious plak, 1 cukup la.

Kalau masak malam ni pun best juga, tapi nampak gaya macam nak kena makan luar juga, tapi kalau abang bulat tak berapa lapar aku nak masak la...makan lambat pun tak pe...or pagi esok masak nasi lemak...yummy buat sambal telur or sotong kering, or sambal bilis best ni...abang bulat pun dah hints nak makan nasi lemak lagi...aku ok je, bukan susah pun nak masak nasi lemak tu...ehhh halia pun tadak...bawang pun tadak...kensel la tak cukup bahan.

Hmmm VC dulu bagi b'day card...kenapa VC skrg tak bagi lagi? Tadak masa kot nak sign? Tak pe la beli sendiri je la b'day card lepas tu sign sendiri, pos kat diri sendiri.

Dah pening kepala sebab dok mengunyah kacang banyak sangat, mujur la ada air mineral ni, silap2 habis sebotol ni...lepas tu berulang ke toilet je...isk dah la sejuk skrg ni. KK ni pelik sikit kadang2 sejuk sangat, kadang2 panas sangat...tapi kadang2 tu tengah panas terik...hujan tiba-tiba je turun selebat2nya...tak boleh dijangka/ diramal...kesian students sini memanjang kena bawa payung.

Ok lah...better stop dulu, dah mula mengarut ni...nanti buang karan opis je dok menaip beribu perkataan. Ciao.

~dariBMkeKK~






Hari ke hari...

Salam,

Hari ni dah khamis, esok jumaat, lusa sabtu...tulat ahad. Kejap ja dah nak pertengahan bulan 3...aku tadak apa2 lagi ni...hmmm kenapa ya? Sedih juga tapi kena la relax, insyaAllah ada tu sabar sikit je kan?

Pagi tadi Jiji ajak discuss dengan GP pasal struktur next intake, tak pe la mula tu aku tak rela juga diubah2 sebab nak sesuaikan dengan program lain...tapi at last ok la, apa bleh buat...dan students kami untung lagi, sem 4 dah masuk program...ok la tu abang Halim...isk penyelaras kami punya la garang...GP plak baik sangat dia bleh marah2...aiyark...itu macam punya orang pun ada ka...habis discuss singgah bilik Y sakit perut bergelak sakan...ntah apa2...kalau students tengok sure bengkek je, ini macam punya lecturer pun ada ka...depan garang nak mampus...belakang punya la meriah bergelak ketawa...nak idup beb...kena la berlakon sikit.

Macam biasa, aku tido pukul 3 lebih tadi...dekat sejam la juga...ngantuk sangat. Loya plak makan nasi ulam tadi...sendawa macam nak terkeluar isi perut.Mujur beli air sebotol...dok minum air mineral ni saja la...dah la makin mahal. Sabar saja la.

Satu kerja pun tak buat hari ni...malas tahap apa ntah la...penat la discuss tadi, pening kepala...sebab tu aku letih kot...dan sebab tu juga aku tidur ha ha ha (alasan...)

Ingatkan hari ni nak minta makcik cleaner mop lantai bilik ni, tapi tak sempat plak, esok la harap2 sempat...buar berkilat sikit, hujung minggu ni mop rumah pulak..biar berkilat lantai rumah aku...dah lepas tu rasa fresh je rumah...kena la beli air freshner nak mewangikan lagi...duit lagi....arghhh kata nak berjimat, ni macam tadak apa2 perubahan pun...tapi dah 2 hari bfast kat rumah...jimat la RM10, kat KK ni kdg2 bfast 2 orang = RM9.70....hmmm tak la makan apa pun...nasi lemak, mee goreng, air panas...kadang ambik la hati masak kicap ka...telur masak sambal ka...isk isk tak terbayang orang gaji RM700/- sebulan, tapi kat sini kerja kerani pun pakai kereta hebat2...dressing pun kadang kalah kita yang gaji ribu raban ni...mana depa cekau duit ntah la...magik sungguh.

Hmmm best juga kalau jadi pi China tu...abang bulat nak bawa aku, kalau dia tak bawa pun aku ikut je he he he...tak payah fikir nak travel memana lagi...setahun sekali pi o'seas cukup la...travel dlm negara ni kira biasa la...tak payah nak plan sangat, kali ni kalau ada je promosi ok aku nak tangkap je...sementara berdua-duaan ni jalan-jalan la ke sana sini...nanti dah bertiga-tigaan berempat-empatan...kena fikir lagi banyak kali...lagi lumayan deh...

---------------------------------------------
Ok balik lepas maghrib...so boleh la aku menulis beribu perkataan lagi...
---------------------------------------------

Alamak, aku basuh baju...sure baju tu lembab2 sikit...angkat pagi esok le nampak gayanya, tak pe la ni abang bulat rajin angkat dan lipat baju...aku kadang tolong susun2 saja...kadang2 biar dalam bakul tu saja, lepas semalam dua baru susun elok2 dlm almari...hmmm kenapa la aku malas ni...kena berazam sikit la rajinkan diri untuk kesejahteraan rumahtangga.

Tadi baca e mel dari abang man kat Wis*onsin, pasal e mel untuk sesiapa yang lahir zaman 70an/ 80an/ 90an tu...aku dah baca banyak kali kat blog orang, memang betul a we're getting older...tapi aku tak kisah sangat pun sebab I don't look old (rasanya la...) ramai orang kat sini ingat aku dlm 26 or 27 gitu2 la...aku dah 30++ pun, kalau pi o'seas lagi la...orang ingat aku ni student, ha ha ha student tua kot. Tapi kalau sambung buat PhD kena jadi student balik, dulu masa buat master pun orang ingat aku undergrad, kalau buat PhD ni buat master la kot, kalau orang ingat undergrad lagi...memang sah la aku ni awet muda (bila la aku kena awet ni?). Sebab tu la aku tak makan ulam sangat, orang kata kalau makan ulam-ulaman muka awet muda, kalau aku makan nanti dok terlompat2 plak mcm kanak2 ribena haru la pulak...tak nak la macam tu.

Ace ce ce...perasannya aku...dah nak jadi mak budak pun perasan lagi, ke ke ke tak pe la perasan sensorang...bukan sapa tau pun. Hmmm malaskan nak keja, nak cuti pun tadak nak pi mana2 tak payah la rugikan cuti tu...baik la simpan nak balik raya nanti. Disebabkan raya ni budak2 nak exam...aku ambik cuti awal...balik posa lama skit kat rumah...ha ha ha, insyaAllah best kalau berposa kat kampung halaman aku... makanan memang 1st class...pasar ramadhan kat tepi parit busuk tepi hiway BKE tu memang best...Murtabak Telur Sudah Basuh seringgit je, laksa, mee, semua sebungkus seringgit tapi lepas minyak naik harga ni tak tau la kot2 jadi RM1.30, maklum la alasan standard, barang mahal...hampeh la.

K'jaan kita ni dah selesa sangat ka? Harap2 lepas ni jangan la ada kenaikan apa2 lagi, kesian rakyat jelata. Termasuk la aku dan abang bulat. Tak nak la kawan dengan pak lah lagi kalau naik harga itu ini lagi...(macam la pak lah pun nak berkawan dengan aku he he he...)

Media la ni pun nak cover isu minyak dok dedahkan pasal CT dan Dtk.K plak...front page lagi, isk bab tunjuk perasaan kat depan klcc tak plak ada kat mana2 media, kenapa takut? Memang tak bebas media M'sia ni...benda mcm tu la kena siar buka mata pemerintah sikit...jangan nak tekan je rakyat jelata, takkan nak tunggu jadi macam negara2 jiran kita kot? Isk tak faham la...tapi aku boleh menulis mcm ni saja la sebab aku bukan sorang yang berani, aku respect mereka yang menyertai perarakan tu...berani kerana benar!!!

Hmmm lapaq plak...nak pi mkn kat mana ntah, tak nak makan nasi la malam ni, cari mee bandung ka, mee hailam ka, tak kisah la kalau warna sama lain2 nama asalkan aku mee bukan nasi. Macam ada je lagi nasi dlm perut ni...isk kalau ada nasi lagi pasai apa aku nak makan lagi? Tak boleh tak makan nanti tengahmalam lapaq plak...apa aku nak makan...betik ada la, roti kering, kacang hijau, itu saja la...kek yang sikit tu sure balik nanti abang bulat habiskan...sebab tu aku kena makan juga malam ni walaupun ada nasi lagi dlm perut aku ni.

Ehh dah gelap kat luar tu...dan dah sunyi pun sebab rasanya orang dah balik, tadak sapa yang rajin sangat nak lepak opis, balik lagi bagus, kerja memang sentiasa ada...so buat apa nak terkejar2 habiskan kerja...tak habis2 pun kerja macam kami ni.

Oklah...stop sini, banyak plak aku membebel...cukup sampai di sini... ciao.

~dariBMkeKK~

Wednesday, March 08, 2006

Sedih...

Salam,

Alahai, memang bukan rezeki aku dan abang bulat lagi la...hari ni aku p****d. Dah solat zohor, lepas tu baru rasa lain macam, tapi yang pelik asyik nak pi toilet je, aku harap ini PMS yang last untuk tahun ni, mana la tau kot2 datang tapi sikit. Tapi memang asyik berulang ke toilet je aku ni...nak kata banyak minum tak juga, lepas ni nak check la kot2 ada penyakit lain plak...tapi entah la aku rasa macam lain sikit skrg ni abang bulat pun selalu dok kata ada baby amin!!!

Pi mkn kat kak t*n*, ok la cuma ikan masin sikit, tukang masak nak kawin kot. Malasnya nak buat keja kalau lepas kelas...tapi kalau tak buat makin bertambah keja aku, buat la sikit2.

Seronoknya dah hari Rabu, esok khamis dan lusa Jumaat...yesss!!! Sabtu malam ada dinner, Ahad siang ada makan-makan kat M's resident. Steamboat wah wah nak melantak semua. Pagi ahad nak pi market beli apa yang patut. Ikan udang sotong ketam...malam tadi mkn nasi kandar ketam sekoq 5 ringgit mak oii mencekik la...kat sini ketam sekilo 6 ringgit je, dah la tu goreng tepung je bukan buat masak canggih sangat...arkkk depa ni mencekik darah la.

Ada meeting proposal fundamental research tadi...tapi aku takpi, malas la...kenapa la ada seorang itu dlm kumpulan kami, aku tak berapa nak berminat dah...lagipun dia orang Ekon. dan bidang pun lain...isk pelik la depa ni kalau semua orang baru lagi aku rasa senang nak dapat, chacha merba sangat bidang dia tu...semua dia masuk. Ntah la...malas nak fikir dengan kritis lagi.

Boring la dengan layout bilik ni...nak susun macam mana lagi ntah...dah semak mata memandang dan bau macam2 dah...nanti la kalau rajin sabtu ni mai opis...spring cleaning. Konon2 la...kadang tu cakap je alih2 duduk rumah krohhhh zzZZZzzzz....

Hari ni dah tak hujan lagi...cuaca ok, tak panas sangat kalau berkelah ni mesti best, tapi keja nak berkelah apa ke benda...aku kata KALAU...bila la nak pi berkelah lagi...tapi rasanya kalau ajak M dan anak2 ok je tu...pi tempat lain plak. Saban*ar ke...D*Lit ka, cantik gak...or tunggu abang bulat pi mana2...dia kadang2 malas nak pi berkelah ni...dia tak berapa suka pantai kot...maklumlah besaq tepi sungai... aku kat mana pun ok je...janji ada TV ha ha ha...(ada ka...!!!) Jangan tak tau 1st thing yang aku beli masa kat US ialah TV jenama apa ntah dah lupa plak, 21" hah best. Pakai 2 tahun rosak...pasang 21 jam mana la tak rosak ... TV tu la jadi alarm kami...tapi rasa berbaloi la sebab bukan mahal sangat pun.

Ngantuk la...macam nak tido je...tapi risau juga kot2 ada budak datang haru plak, tapi skrg ni bukan consultation hour pun...tengok la sampai pukul berapa bleh bertahan ni, kalau macam tak tahan aku kunci pintu tutup lampu tido la sat...tak a nap, penat la.

Pagi tadi jimat bajet...aku goreng bihun bodo...ada sayur skit pecahkan telur... siap. Abang bulat habiskan...aku makan sikit je as usual. Kalau masak memang makan ala kadar je. Malam ni tengok la macam mana nak masak ke makan kat kedai lagi, kalau balik awal boleh la masak, teringin nak masak tapi kadang2 tu bila dah petang tiba2 jadi malas kwang3...tak pa la rezeki kena diagih2kan...kesian kat tokey kedai makan kalau semua orang berjimat sempena kenaikan harga minyak ni.

Bestnya kalau jadi pi Ch*na, walaupun tadak fulus aku akan pi juga, sebab kena la escort abang bulat...kesian plak dekat dia nanti. Akukan isteri mithali. Best kalau dapat pi tiap tahun pi seberang laut (walaupun aku memang duduk seberang laut...), boleh shopping dengan bersungguh2...beli kasut, beg, kain dll la...bleh ambik tempahan ha ha ha...bisnes chinese silk plak. Wah best ni...tak pe berangan kot2 jadi kenyataan...sementara blom jadi kenyataan ni marilah kita memberangankan diri.

Alamak ngantuknya...macam mana ni...haruskah aku tido sat? Harus? Wajib? Sunat? isk oklah...aku rasa sunat ... ok bye ZZZZZZzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZ.....

~dariBMkeKK~

Menghitung hari...

Salam,

Wah wah...cik siti kemain lagi menyanyi lagu Menghitung Hari, bagus le kalau menghitung hari nak kawin...ok apa, sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hati dia peminat terima je la...mana bleh kita nak tentukan sapa yang dia bleh / tak bleh kawin... Datuk K ka L ka M ka...sesapa la...gua no hal. He he he macam la dia minta pendapat aku eceh...perasan plak.

Aku menghitung hari juga ni...hopefully bulan ni menjadi, kalau menjadi Alhamdulillah syukur. Hadiah tahun baru untuk kami berdua :)

Lunch dengan sal, kat SRW, beria makan...aku memang lapaq pun, pagi breakfast lepas tu membuang, macam mana makanan nak lama dalam perut. Harap2 petang ni bleh balik awal, nak masak la minggu ni blom masak lagi, jimat skit. Masak ikan apa2 ke...tak sedap pun jadi sedap kalau makan panas2. Hujan dari pagi hari ni...pecah rekod, aku pi bank jalan kaki, caya la...sure orang ingat aku berjimat sebab minyak naik harga, tapi aku terpaksa jalan kaki sebab kereta abang bulat bawa pi kursus kwang3...mujur la masa tu hujan dah stop, kalau tidak basah lencun la...dah la sejuk, demam plak nanti, sapa yang susah...aku juga.

Nak pi solat Asar jap...nanti sambung.

-------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dah siap solat dan mengisi masa lapang sblm nak balik dengan mengarang macam merokok plak aku ni, bilik ni berbau rokok tersangat kuat, aku syak orang sebelah ni merokok ni, sebab lepas bau rokok tiba2 akan berbau wangian plak...aiseyman ni yang malas ni nak merokok kat luar la...dlm bilik plak, asap rokok masuk ke bilik orang lain ikut lubang aircond...tensen gue ini macam. Nak report kat sapa ntah...JAS ok ke?

Malasnya nak buat intro 4P's tu...tak memberangsangakan ahli2 kumpulan tu. Tengok la macam mana...kalau rajin esok e mel...kalau malas pagi khamis ke ke ke...ikut suka aku je...

Lapaqnya...macam tak jadi nak masak je ni, dah la dlm fridge tadak benda nak masak, makan luar lagi ka...boringnya tapi apakan daya dah lapaq tahap cipan ni...argggghhh nak jerit skit.

Stop la tadak idea + malas. Ciao

~dariBMkeKK~

Monday, March 06, 2006

Minggu 2 Mac 2006

Salam,

Hujung minggu yang agak santai...sabtu beria aku pi pejabat pos heran gak pasai apa gelap je, ingatkan buka lmbt, jadi aku pun pi la bfast dulu, pi sorang sebab abang bulat ada bengkel apa ntah untuk students dia, lepas makan pi sekali lagi...rupanya sabtu minggu 1 dan 3 tutup alamak tensen gue...mujur la tak ramai umat dlm bangunan tu. Pi beli newspaper, hantar kat abang bulat, lepas tu lepak opis la...marking assignments. Pukul 12 lebih pi join lunch dengan orang bengkel...ke ke ke...rezeki jangan ditolak.

Lepas zohor, kami pi la berjalan2 kat W*wasan Plaza, beli kasut yesss!!! Sukanya sebab dapat gak kasut yang aku berkenan, makan ayam G*ant, sampai kat kereta, baru dok cari tiket parking, yang aku ingat abang bulat tak bagi dekat aku mcm selalu so memang tadak le...terbang RM25 alamak...sabar je la...singgah W*sm* Mer*eka sat, beli bola golf...balik tengok TV buat popia basah...makan sambil tengok TV ingat nak pi pekena nasi kandaq...kenyang lagi, so malam tu tak la makan apa2 lagi...jimat RM. Tak tengok cerekarama pun ngantuk sangat...

Ahad, mula nak pi golf dengan abang bulat...lepas tu dua2 ngantuk, tido je la sampai 8 lebih, goreng bihun, t'hari masak nasi hmmm bagus hari ni kami berjimat mengikut saranan TPM konon, petang ingat nak tido je...abang bulat nak pi mengurut plak, aku ikut pi beli tudung untuk dinner malam ni, mujur beli yang murah je...tudung tu rosak di'makan' iron...argggg tolong!!! apa bleh buat...aku iron siap2 baju keja esok, lepas maghrib kami pi la dinner...ok gak nice place n nice foods, banyak sangat sampai tak termakan, tapi aku dengan abang bulat melantak sakan...jenuh la bergambar, budak2 ni sakan bergaya biar le sekali sekala lepas gian, aku tadak hal kalau orang minta posing, tapi yang tak best tu tak dapat kat kami, budak2 ni tak bagi, depa simpan untuk depa je.

Sesi persembahan...terkagum kami dengan 2,3 orang budak2 ni...suara punya la power, kalau pi audition program realiti TV ni memang boleh sangkut la...kalau akademik sama dengan kemerduan suara lagi aku kagum, ini ada sorang tu skrg ni Lulus Bersyarat, kalau this semester below 2.00 lagi bye bye la...ikut pandai la budak2 oiii...

Sampai rumah dlm 10.30pm, sempat tengok clark kent...sambil lipat baju dan bermanja2 dengan abang bulat, lepas tu tido le...nak keja plak hari ni mana bleh tido lewat sangat...rugi he he he...antara benda yang rugi tak buat ialah tido dan makan, tapi kadang2 aku pilih tido kwang3...

Pagi tadi lepas subuh sempat lena sat, sebab baju dah bergosok, tak sempat pi bfast coz abang bulat nak pi kursus koop, aku pi bfast dengan Sal. Lama kami bfast sebab bersembang topik semasa, nak bersembang topik semasa ni tak bleh dengan sebarang orang he he he bahaya ooo...

At least hari ni dah lega sebab aku dah keyed in all the marks, nak print dan nak buat pameran depan pintu ni je...bior le budak2 tu terkujat skit, tapi 15% je tak banyak, janji perform masa final xm, paling2 koman pun B boleh dapat paper ni...kalau kelas pun rajin datang, tutorial pun datang aku bleh je nak naik skit2... tapi kalau sokmo tuang kelas...sori ye...tiada maaf bagimu. Aku bukan la kejam sangat, kejam skit2 je.

Tak nak lunch la today, sat lagi nak tido...kalau lapar makan kacang he he he...lepas tu perut ni akan berangin la...tak kisah la malas nak keluar...duduk dlm bilik diam2 je la. Buat2 sibuk.

Tiket blom beli nak balik bulan 5 ni...harap2 aasia ada promotion lagi...dapat yang 99 pun ok...tak payah le berangan yang lebih rendah dari tu, tapi teringin nak balik ikut JB, tengok la mcm mana...kena dpt green lite abang bulat dulu...kesian plak dia, nanti bajet dia lari.

Thursday, March 02, 2006

Khamis dah....

Salam,

Dah hari khamis pertama untuk bulan Mac, kejap je masa bergerak...tak terkejar dah. Kerja macam biasa, ada je...nak habiskan dengan tidak je, ada beberapa assignments yang blom ditanda, mid term blom grading, bilik makin semak...itu yang kat opis, kat rumah...lantai blom mop, bilik komputer blom kemas, bilik tetamu ok kot tak payah nak kemas sangat2...kalau ada sesapa nak mai baru kemas skit2...hmmm banyak keja aku rupanya.

Ahad ni ada dinner...untuk program aku, next week dinner sekolah,wah wah sakan jenuh le nak fikir baju recycle mana nak pakai...nak buat baru sori le...tadak hal le kadang2 aku pi pakai bedak je...he he he nak berhias sangat2 hmmm tak payah le malas le...kalau rajin calit lipstick skit...(kalau rajin...) ntah bila la nak bergaya2 ni. Dulu masa student rasa malu nak bergaya sebab dok belajar lagi, dah keja malu juga sebab setakat Tutor je apa la nak bergaya sangat...dah keja betul2 ni pun tak bergaya juga...tak pa tunggu dapat Dr la kot ke ke ke...(berangan je...tak apply kat mana2 lagi ni...kalau pengurusan tanya apa aku nak jawab...)

Bestnya kalau bleh pi jalan2...I mean travelling...bukan la jalan2 ke pejabat am ke, bilik sebelah ke...parking lot ke...tangan ni cepat je nak click kat websites yang berkenaan dan sewaktu dengannya nak booking tiket...tapi memikirkan banyak plak urusan lain yang berkaitan hmmm pending dulu la...tapi aku rasa mcm nak buat tindakan drastik je...sementara dok honeymoon lagi ni...nanti la tengok mcm mana...cuti bulan 5 ni panjang dan ada lagi 2 bulan...

Isk dok menguap dah ni...macam mana ni...pukul 1 baru bleh pi mkn...abang bulat ada kelas hari ni...nak makan pun satu hal juga, kedai mana? kat sini tak byk pilihan bab2 makan ni, tensen gak kadang2...nak masak kdg2 tu lepas maghrib baru balik malas dah la...gulai ikan kering pun tak dapat buat lagi esok balik awal la...hari ni memang tak bleh balik awal, abang bulat ada kelas petang sampai 6pm...ho ho ho tak pe esok masih ada...sementara menanti hari esok...makan je kat mana2 yang sempat.

Semua orang dok haru harga minyak naik lagi dan lagi dan lagi...3 kupang banyak tu, kalau boleh guna kulit kerang atau kupang untuk bayar minyak tu orait gak, kerajaan mesra rakyat macam itu le...hampehhhh la.

Perut dah lapar...tapi tadak apa yang boleh dikunyah2...sokmo terlupa nak beli jajan nak ngap2 dlm bilik ni...dok pekena air mineral je, kembung perut dengan air. Tapi tahan la juga, nak buat lagu mana...(lagu 3 kupang....)

Weekend ni nak pi facial treatment la...dah lama tak pi, another 2 free sessions, syoknya bleh tido masa minah tu dok urut2 muka...lepas tu rasa bersih je muka, memang la tadak jerawat muka ku ini...tapi kena gak memanjakan diri sekali sekala... untuk abang bulat juga, kalau aku berhias sikit2 sure ada students jadi protege aku macam iklan fair n lov*ly tu...siap minta nasihat pensyarah pasal muka dia gelap, perghhh sakan budak2 le ni...kita dulu malu nak tanya benda2 yang luar daripada topik pelajaran...kalau boleh tak mau nak terserempak dengan cikgu diluar waktu kelas, malu dll la...budak la ni selamba badak je berdating depan pensyarah...isk isk isk...20 tahun lagi macam mana le gamaknya...

Alahai aku blom hantar RM kat kampung lagi ni...tak pe...hari ni try *lari* pi pej. pos sat, bukan la aku akan berlari pi pej pos tu tapi kalau orang utara lari di sini bermaksud cuba sedaya mungkin. Ngelat pun ok gak...boleh la apa2 makna yang berkaitan antara hidup dan mati.

Malam tadi macam biasa aku tengok la Stolen Moments, cite Filipin tu...bila la nak habis, tapi aku harap Diana tu kawin la dengan si Edward (abang bulat pandai ngajuk depa ni cakap...)kesian dekat dia dari kecik kena ikut Sophia tu, ramalan aku malam ni Stephanie kena kidnap, ke ke ke...siap buat ramalan lagi, tapi dah lama aku tak hooked to any series, tapi yang satu ni aku kalau boleh tak nak miss...dapat tengok 15 minit terakhir pun ok, terukkan?

Ok stop kat sini, kalau rajin update lagi, kalau malas bila2 rajin aku update...ciao.

=====================================================================================

Petang2 ni rajin plak nak menaip...alhamdulillah siap marking mid term budak2 ni, lega sikit sebab weekend bleh relax skit, alahai paper aku on the last day of the final exam...jenuh le menunggu, dan yang akan menjadi lebih jenuh kalau banyak kali kena jaga exam....eiii maleh tau, mengantuk semua ada masa tu...kena pulak paper 3 jam mak aiii jenuh le berpurak-purak cergas padahal ngantuk tahap apa pun tak tau la nak cakap.

Petang ni pun ngantuk tapi tak nak la tido asyik tido je petang2 tak bagus untuk kesihatan mental dan fizikal, lebih baik la mengisi masa lapang (erk...kat opis ada masa lapang ke?) memblogging...biar pun tadak sapa baca blog ni tapi untuk tatapan sendiri kira ok le...layannnnnnnn...

Lunch kat YS, makan nasi paprik ok la juga, untuk mengisi perut, siap ada dessert lagi, 2 ketul cheese cake, kwang3...siap order jus avocado lagi, teringat aku beli jus ni kat airport Filipin, sedap...memang kaw kaw la...pure juice, sambil berjalan2 kat duty free shops, ngabiskan Peso dan sambil kena usha dengan segroup orang M'sia tapi tak la aku nak layan sangat, tapi ada sorang tu macam over sikit so aku pun blah...hello aku ni isteri orang la...dok kutuk kata aku pi van*couv*r jumpa BF, kayonya makcik...dating sampai ke hujung dunia...benua ke benua, bila dah nampak pelik je aku blah dan jalan la dari kedai ke kedai...habis la juga Peso aku, tinggalkan sikit je untuk koleksi.

Ok sat sat...kena stop dah nak buat silibus plak chalo!

~dariBMkeKK~