Friday, April 26, 2013

PrU13

Salam,

1. PRU13

Ye demam PRU 13 makin hebat... sana sini bendera macam2 kaler ada.... kat KK ni banyak juga parti-parti termasuklah parti tupperware hahaha...opsssss...

Kat FB pun macam2 info yang bleh dapat...pilih je nak percaya 100 persen, 80 persen, atau 50 persen atau 0 persen... pilihan di tangan anda :D Tapi kadang-kadang rimas juga la dengan kempen kat TV tu... tak adil untuk semua sebab satu parti komponen saja yang boleh berkempen di TV Malaysia... parti lain kirim salam la... dah nama negara demokrasi sila la bagi peluang untuk semua... tak kisahlah mana-mana parti yang memerintah selepas ni... PRU14 nanti sila bagi slot kat semua parti OK...

************************************************************************

2. KERJAYA

OK la... keja semua OK kalau tak OK pun jenis aku ni buat2 OK je... ada benda yang rasa ralat ada benda yang rasa sengal... hahaha... tapi redah je la, buat keja setakat yang mampu. Nak lelebih kita ni bukan robot. Tapi bila tengok makin susah je kami ni nak dapat peluang itu ini begitu begini...rasa pelik sebab apa beza kami dengan pentadbir? Apa lebihnya pentadbir berbanding kami? Banyak benda kami kena buat sendiri... pentadbir kalau penolong pentadbir pun ada pembantu dah... kami ni semua kena buat sendiri... tak faham kadang2 tu... agaknya bila golongan kami ni ada jawatan depa lupa kot kesusahan keja sblm ni... tak plak ada yang nak buat perubahan apa-apa... ouchhhh... sadis juga kadang-kadang tu. How aaaa....???

*************************************************************************

3. FAMILI

Yessss... bab ni paling menceriakan hidup... Alhamdulillah... :D memang penat sebab kami tadak pembantu rumah... semua buat sendiri... hahaha makanya memang sikit tunggang langgang... tapi bahagian yang selalu lepak kita jaga la... tak la serabut mende pun... toys 3 ketoi ni je yang buat meriah. Dapur pun sentiasa berasap... masak le apa yang ada... kenyang serupa tu juga :P

Tapikan budak 3 ketoi ni demand... skit2 nak pi airport skit2 airport...nak naik airplane... amboi amboi... mama dan papa ni chop duit gamaknya ye? Tapikan tak la bleh salahkan depa habis tu tahun ni je sejak bulan 2 tiap2 bulan ada lawatan ke airport...bulan 2 balik kenduri cik N... bulan 3 pi HK, bulan 4 balik PdgSerai, bulan 5 dan 6 nanti balik lagi, bulan 8 balik lagi, bulan 10 balik lagi.... hohoho...bulan 9, 11 dan 12 tu tak tau lagi tu... sabar je la kan... awatlah airport tak buat loyalty card ka..apa ka... mmg kami patut mohon :D

Adoiii oklah... cukup cukup sudah... nak kemas barang nak cau cin cau... daaaaaaaa

~dariBMkeKKkesTirkeKK~


6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hasfazilah said...

mengundi di mana lin? Di KK ke balik kg?

Alinlai said...

Ilah... mengundi kat rumah ni je mana2 pun tak pi kekeke... tak dpt balik sebab Latif outstation :)

maRLinda said...

Kak alin!!!

Alinlai said...

MarLinda,
Marrrrrrrrrrr...mana pi...lama tak nampak kat FB :D

Maldives said...
This comment has been removed by a blog administrator.