Salam,
Hari ni dah khamis, esok jumaat, lusa sabtu...tulat ahad. Kejap ja dah nak pertengahan bulan 3...aku tadak apa2 lagi ni...hmmm kenapa ya? Sedih juga tapi kena la relax, insyaAllah ada tu sabar sikit je kan?
Pagi tadi Jiji ajak discuss dengan GP pasal struktur next intake, tak pe la mula tu aku tak rela juga diubah2 sebab nak sesuaikan dengan program lain...tapi at last ok la, apa bleh buat...dan students kami untung lagi, sem 4 dah masuk program...ok la tu abang Halim...isk penyelaras kami punya la garang...GP plak baik sangat dia bleh marah2...aiyark...itu macam punya orang pun ada ka...habis discuss singgah bilik Y sakit perut bergelak sakan...ntah apa2...kalau students tengok sure bengkek je, ini macam punya lecturer pun ada ka...depan garang nak mampus...belakang punya la meriah bergelak ketawa...nak idup beb...kena la berlakon sikit.
Macam biasa, aku tido pukul 3 lebih tadi...dekat sejam la juga...ngantuk sangat. Loya plak makan nasi ulam tadi...sendawa macam nak terkeluar isi perut.Mujur beli air sebotol...dok minum air mineral ni saja la...dah la makin mahal. Sabar saja la.
Satu kerja pun tak buat hari ni...malas tahap apa ntah la...penat la discuss tadi, pening kepala...sebab tu aku letih kot...dan sebab tu juga aku tidur ha ha ha (alasan...)
Ingatkan hari ni nak minta makcik cleaner mop lantai bilik ni, tapi tak sempat plak, esok la harap2 sempat...buar berkilat sikit, hujung minggu ni mop rumah pulak..biar berkilat lantai rumah aku...dah lepas tu rasa fresh je rumah...kena la beli air freshner nak mewangikan lagi...duit lagi....arghhh kata nak berjimat, ni macam tadak apa2 perubahan pun...tapi dah 2 hari bfast kat rumah...jimat la RM10, kat KK ni kdg2 bfast 2 orang = RM9.70....hmmm tak la makan apa pun...nasi lemak, mee goreng, air panas...kadang ambik la hati masak kicap ka...telur masak sambal ka...isk isk tak terbayang orang gaji RM700/- sebulan, tapi kat sini kerja kerani pun pakai kereta hebat2...dressing pun kadang kalah kita yang gaji ribu raban ni...mana depa cekau duit ntah la...magik sungguh.
Hmmm best juga kalau jadi pi China tu...abang bulat nak bawa aku, kalau dia tak bawa pun aku ikut je he he he...tak payah fikir nak travel memana lagi...setahun sekali pi o'seas cukup la...travel dlm negara ni kira biasa la...tak payah nak plan sangat, kali ni kalau ada je promosi ok aku nak tangkap je...sementara berdua-duaan ni jalan-jalan la ke sana sini...nanti dah bertiga-tigaan berempat-empatan...kena fikir lagi banyak kali...lagi lumayan deh...
---------------------------------------------
Ok balik lepas maghrib...so boleh la aku menulis beribu perkataan lagi...
---------------------------------------------
Alamak, aku basuh baju...sure baju tu lembab2 sikit...angkat pagi esok le nampak gayanya, tak pe la ni abang bulat rajin angkat dan lipat baju...aku kadang tolong susun2 saja...kadang2 biar dalam bakul tu saja, lepas semalam dua baru susun elok2 dlm almari...hmmm kenapa la aku malas ni...kena berazam sikit la rajinkan diri untuk kesejahteraan rumahtangga.
Tadi baca e mel dari abang man kat Wis*onsin, pasal e mel untuk sesiapa yang lahir zaman 70an/ 80an/ 90an tu...aku dah baca banyak kali kat blog orang, memang betul a we're getting older...tapi aku tak kisah sangat pun sebab I don't look old (rasanya la...) ramai orang kat sini ingat aku dlm 26 or 27 gitu2 la...aku dah 30++ pun, kalau pi o'seas lagi la...orang ingat aku ni student, ha ha ha student tua kot. Tapi kalau sambung buat PhD kena jadi student balik, dulu masa buat master pun orang ingat aku undergrad, kalau buat PhD ni buat master la kot, kalau orang ingat undergrad lagi...memang sah la aku ni awet muda (bila la aku kena awet ni?). Sebab tu la aku tak makan ulam sangat, orang kata kalau makan ulam-ulaman muka awet muda, kalau aku makan nanti dok terlompat2 plak mcm kanak2 ribena haru la pulak...tak nak la macam tu.
Ace ce ce...perasannya aku...dah nak jadi mak budak pun perasan lagi, ke ke ke tak pe la perasan sensorang...bukan sapa tau pun. Hmmm malaskan nak keja, nak cuti pun tadak nak pi mana2 tak payah la rugikan cuti tu...baik la simpan nak balik raya nanti. Disebabkan raya ni budak2 nak exam...aku ambik cuti awal...balik posa lama skit kat rumah...ha ha ha, insyaAllah best kalau berposa kat kampung halaman aku... makanan memang 1st class...pasar ramadhan kat tepi parit busuk tepi hiway BKE tu memang best...Murtabak Telur Sudah Basuh seringgit je, laksa, mee, semua sebungkus seringgit tapi lepas minyak naik harga ni tak tau la kot2 jadi RM1.30, maklum la alasan standard, barang mahal...hampeh la.
K'jaan kita ni dah selesa sangat ka? Harap2 lepas ni jangan la ada kenaikan apa2 lagi, kesian rakyat jelata. Termasuk la aku dan abang bulat. Tak nak la kawan dengan pak lah lagi kalau naik harga itu ini lagi...(macam la pak lah pun nak berkawan dengan aku he he he...)
Media la ni pun nak cover isu minyak dok dedahkan pasal CT dan Dtk.K plak...front page lagi, isk bab tunjuk perasaan kat depan klcc tak plak ada kat mana2 media, kenapa takut? Memang tak bebas media M'sia ni...benda mcm tu la kena siar buka mata pemerintah sikit...jangan nak tekan je rakyat jelata, takkan nak tunggu jadi macam negara2 jiran kita kot? Isk tak faham la...tapi aku boleh menulis mcm ni saja la sebab aku bukan sorang yang berani, aku respect mereka yang menyertai perarakan tu...berani kerana benar!!!
Hmmm lapaq plak...nak pi mkn kat mana ntah, tak nak makan nasi la malam ni, cari mee bandung ka, mee hailam ka, tak kisah la kalau warna sama lain2 nama asalkan aku mee bukan nasi. Macam ada je lagi nasi dlm perut ni...isk kalau ada nasi lagi pasai apa aku nak makan lagi? Tak boleh tak makan nanti tengahmalam lapaq plak...apa aku nak makan...betik ada la, roti kering, kacang hijau, itu saja la...kek yang sikit tu sure balik nanti abang bulat habiskan...sebab tu aku kena makan juga malam ni walaupun ada nasi lagi dlm perut aku ni.
Ehh dah gelap kat luar tu...dan dah sunyi pun sebab rasanya orang dah balik, tadak sapa yang rajin sangat nak lepak opis, balik lagi bagus, kerja memang sentiasa ada...so buat apa nak terkejar2 habiskan kerja...tak habis2 pun kerja macam kami ni.
Oklah...stop sini, banyak plak aku membebel...cukup sampai di sini... ciao.
~dariBMkeKK~
1 comment:
Very cool design! Useful information. Go on! Latin for americans 0026409232 wireless tvs Computer part battery car daytona ferrari kit Nike air zoom baseball handbag jelly kelly http://www.dry-skin-care-2.info Hereny ford cruises levitra ringtones Picturetel video capture card drivers buying timeshare Square area rugs nascar area rugs yourarearugs.info Best bingo financial advisor http://www.videoslots6.info
Post a Comment