Salam,
Dah banyak hari aku tak update blog ni…bukan la malas tapi sikit busy dan tadak idea. Kelas dah habis, tapi minggu ni jumpa juga budak2 ni sebab nak bagi tips dan nak basuh sikit, ada yang mai kelas macam seronok2 saja, bila ada exam atau kuiz atau pembentangan baru nampak muka, kalau tidak hampeh… ntah la budak2 ni, most of them Bumis / Melayu, budak2 cha ya nun alif rajin plak, bila tak faham bertanya itu ini, yang bangsa sendiri ni dok layu macam tu la…ntah bila nak insaf. Kalau gagal nanti jangan nak merayu… sorry bebeh….
Pagi ni ada taklimat exam…tak ramai yang pi… biasa la… bila orang bagi taklimat tak nak dengar, bila sampai hari exam baru kalut nak isi borang pun tak tau. Ntah la manusia ni…lepas tu dok komplen sana sini. Susah sungguh.
Kak I komplen pasal beban pengajaran dia ha ha ha aku nak gelak saja la… malas nak komen apa2.
Hari ni ada perbincangan MoU dengan W*co U, tak pi pun… malas la nak join ntah la kenapa, memang la Prof. Jepun tu hensem macam muka pelakon tapi tak sior teman nak attend majlis tu….marking lagi bagus, petang ni try settle carry marks bebudak ni lagi bermanfaat kepada nusa dan bangsa.
Abang bulat pun lambat plak, aku dah lapaq ni… kami nak pi bayar hutang2 dan nak pi PejPos. Biasa la… once a month ada saja aktvt sosial ke KK di waktu pej. Tak boleh nak elak… bukan la sengaja tapi terpaksa… kira mcm paksarela la…. (kah kah kah… boleh percaya ka?)
Malam tadi pi mkn ikantigarasa kat Tg Ar* memang yummy… melantak sakan dua orang… nasi habis, lauk pun habis… bila fikir balik memang la lapaq, kami lunch pukul 11am, lepas tu tak mkn mende… petang minum teh limau + roti kek… alas perut sblm malam… kalau tidak mau pengsan dua-dua orang… kepala dah pening sebab lapaq sangat.
Hmm… tak bagus la connection pagi ni… tak boleh masuk web sana sini… tak tau la apa masalahnya. Server sekolah ka server Uni. Jadinya tak banyak la aktvt atas talian yang boleh aku buat… tak kisah la dok atas talian ni pun kadang2 bosan gak… kerja lain terbengkalai kadang2 tu… kena cap makan gaji buta plak. Tak nak la. Alamak mana abang bulat ni aku dah lapaqqqqqqqq…
Malam kelmarin dulu… (ini ayat orang utara…) iaitu Ahad malam, aku pi dinner sekolah abang bulat, seronok plak join dinner orang, aku yang lebih2… bukan la lebih apa, lebih enjoy lagi pun ramai kawan2 aku kat sana, meja kami pulak tak penuh seronok la makanan banyak… persembahan budak2 pun ok. Kenapa aku tak dak perasaan ni bila attend dinner sekolah sendiri he he he maybe sebab bila pi tempat orang kita tak la rasa kena protocol sangat kot… ntah la… tapi I was enjoying myself…
Hmmm apa citer ni...dah dekat 11.30 tak mau pi mkn ka...isk isk haru la ini macam dok minum air mineral je ni... sat lagi aku terpengsan ka...sapa nak angkat kat dalam bilik sorang2 ni... achooo....
Stop dulu...kalau rajin sambung lagi.
~dariBMkeKK~
No comments:
Post a Comment