Salam,
Alahai ngantuknya petang2 ni...lunch kat kaktini tadi, macam kurang sikit lauk yang kami ambik, tapi harga RM10/- juga, hmmm tak faham la macam mana dia kira. Abang bulat ada meeting petang ni, most probably balik lambat lagi...tapi kalau dia lapaq balik awal la he he he...tapi ada makan2 masa meeting so probability untuk balik lambat lebih besar la...tak kisah la.
SMS 1 ckin 15:17 15-MAR-06
Assalamualaikum, apa habaq? Sihat ke? Bila nak balik ke sini lagi?
--- aku balas ---
SMS 2 ckin 15:24 15-MAR-06
Ye ke cepatnye dah siap ke umah l? Rumah kin dlm bulan dec atau jan next year br siap. Br ni mak l pi sana ke? Dia dok habaq kat mak kin dia pi umah l.
--- aku balas lagi ---
SMS 3 ckin 15:33 15-MAR-06
Mak dengan abah l berdua ja ka? Lama gak 2 wk jalan2 cari makan sakan la..Kat sini la ni msm panas..Terik sgt. Eh chaq ada ctc l dak? Lama tak jumpa dia. Hari tu dia ada la send gmbr terbaru dia..
--- aku balas lagi ---
.....
Hmmm rindunya dekat kenkawan...untuk pengetahuan, ckin ni aku kenal since form 1...20 years ago, lama sangat kami berkawan, dan seingat aku kami tak pernah bertekak ke bergaduh ke, memang rapat la...lepas form 5, aku pi ITM Shah Alam, dia pi ITM T'ganu...lepas ITM aku pi US dia pi ITM Shah Alam buat Adv. Dip. tapi surat memang tak putus la...dan kalau masa aku ada kat Malaya memang kami akan jumpa, dan kejadiannya...opis dia kat kawasan rumah aku, so kalau aku ada kat kampung dia akan singgah la masa lunchtime...skrg dia dah ada anak satu aku blom ada lagi...kami kawin 2003, beza sebulan saja. Husband dia besar dan tinggi, husband aku pun sama juga. Bezanya abang bulat aku putih (dah cina...) husband dia sawo matang (hitam manis?)...Rindu dengan dia dan kenkawan yang lain...uniknya kami ni bukan setakat kenal satu sama lain...adik beradik dia pun aku kenal, mak aku kalau jumpa mak dia sure bertukar2 cerita dan bertanya khabar...masa menaip ni aku rasa macam nak menangis sebab kenapa la dah lama aku tak sms atau call tanya khabar...hmmm tak pe lepas ni make sure once a while sms or call dia.
Chaq tu kawan sorang lagi, dia ni lagi klasik, aku kenal since sekolah rendah, walaupun dia tak sama sekolah tapi mak dia teacher aku, kalau sekolah dia cuti dia mai la sekolah aku, so aku kenal gitu2 je la. Masuk form 1 kami dapat sekolah asrama yang sama...satu kelas, since then aku rapat dengan dia...pernah la bergaduh2 bertekak tapi tak lama...memang aku bersyukur sangat sebab dengan ckin dan chaq ni memang tak pernah la bermasam muka...happening manjang. Sampai la kami dah besar panjang (chaq memang besaq....)kalau jumpa memang tak ingat dunia. Masa aku kat KL lagi sakan la kami beronggeng...sekali sekala ckin datang KL bertambah hebat ronggeng kami. Kadang2 lea pun join gak...lea ni pernah serumah dengan chaq tapi kejap je sebab lea pun dah kawin end of 2005...tinggal la chaq sorang lagi yang single mingle...kesian gak sebab dia nak kena cari yang sama size dengan dia...tapi I am sure one fine day she'll meet the right person insyaAllah...
Alahai malasnya nak buat ppt untuk hari sabtu ni...nak kena cari balik la yang lama2 rasanya ada lagi kot, nak cakap pasal mktg memang la senang, tapi lebih senang kalau ada modul, tak pe nanti check kot2 ada lagi modul yang lama...senang sikit nak prepare apa yang patut. Lagipun 2 jam je...tak lama pun...skrg ni aku pandai kelentong sikit...kalau dulu2 2 jam mcm lama sangat...alah bisa tegal biasa.
Oklah...stop sini, cau cin cau
~dariBMkeKK~
No comments:
Post a Comment