Friday, March 10, 2006

Habis seminggu...

Salam,

Pejam celik pejam celik tido bangun tido bangun, dah habis seminggu, hmm kejap je. Tanda-tanda kiamatkan? Hari ni seperti biasa buat kerja-kerja yang sepatutnya sambil blog hopping, sambil ber e mel, sambil surfing...banyak la sambilannya. B'fast dengan sal, makan mee goreng + teh tarik. Lunch dengan abang bulat kat restoran makanan segera, tak selera nak makan nasi, malam tadi pun aku tak makan nasi.

Hari ni tak tau la pukul berapa plak nak balik, abang bulat macam banyak keja je... silap2 lepas maghrib lagi. Maka banyak la masa aku ngadap Internet ni.

Malam esok dinner kat Hy*tt, harap2 ok. Tapi yang tak tahan tu dressing budak2 ni seksi nak mampus, especially ca ya nun alif, kadang2 tak cam dah rupa depa, maklum la kadang2 kat kelas mcm muka tak mandi saja, dah pi dinner macam tu vogue habis, aku macam biasa la...angin malas lipstick pun tak pakai...sebab aku tak konfiden la lipstick aku tu ok la...macam expired je, sat lagi rosak plak bibir aku ni...naik kudis ka tak ke haru biru. Baik la jangan pakai, kalau rasa nak pakai bila2 pi beli yang baru.

Macam sikit je yang hantar assignment CB ni, tapi aku akan tolak markah kalau sapa2 yang hantar esok/ lusa...aku suruh hantar hari ni...jangan bagi muka kat bebudak ni naik lemak nanti aku juga yang susah.

Tadi pi dengar pembentangan Proposal PhD sorang kawan ni, bagi aku macam complicated sangat la framework dia...banyak sangat benda nak test, tapi ntah la diorang ni. As usual takut sangat nak terima pendapat orang. Takut supervisor bising kot, dah supervisor tak datang...terima je la cadangan orang.

Alamak...aku lupa la nak minta makcik cleaner mop lantai bilik ni, hmmm nampak gayanya minggu depan la...dah hitam lantai ni...nak beli carpet pun asyik terlupa je, kalau ada carpet senang sikit...tak le berlemoih sangat lantai bilik ni. Nanti la kalau teringat weekend ni pi cari kat mana2 kedai kat Wawasan or Karam*nsing. Beli yang biasa2 je mahal2 pun buat pe nak letak kat kaki juga. Jangan membazir, ikut nasihat TPM kita...(hmmm Datuk Seri dah start berjimat ke skrg ni?)

--------------------------------------

Ehhh dah dekat 5.30pm la...isk nampak gayanya lepas maghrib lagi. Malas juga balik malam2 ni, sebab aku rindu kat rumah aku tu...he he he, tapi apa bleh buat la ni ada 1 kereta saja, masa ada 2 kereta dulu aku tak akan melepaskan peluang untuk balik sebaik sahaja pukul 5pm, kadang2 mai angin malas 4.15pm or 4.30pm aku dah cau cin cau...buat macam opis bapa aku...nasib le, malas tau kadang2 tu aircond kami ni sejuk sangat aku tak tahan sejuk2 ni nak tido je, baik la balik tido kat rumah tak sakit badan. Kat opis tadak tilam empuk...tadak selimut MAS (cilok dari MAS), ops ada satu lagi selimut Philippine A*rlines aku cilok 1 je masa balik, bleh cilok 2 sebab aku duduk sorang tapi tak pa la...obvious plak, 1 cukup la.

Kalau masak malam ni pun best juga, tapi nampak gaya macam nak kena makan luar juga, tapi kalau abang bulat tak berapa lapar aku nak masak la...makan lambat pun tak pe...or pagi esok masak nasi lemak...yummy buat sambal telur or sotong kering, or sambal bilis best ni...abang bulat pun dah hints nak makan nasi lemak lagi...aku ok je, bukan susah pun nak masak nasi lemak tu...ehhh halia pun tadak...bawang pun tadak...kensel la tak cukup bahan.

Hmmm VC dulu bagi b'day card...kenapa VC skrg tak bagi lagi? Tadak masa kot nak sign? Tak pe la beli sendiri je la b'day card lepas tu sign sendiri, pos kat diri sendiri.

Dah pening kepala sebab dok mengunyah kacang banyak sangat, mujur la ada air mineral ni, silap2 habis sebotol ni...lepas tu berulang ke toilet je...isk dah la sejuk skrg ni. KK ni pelik sikit kadang2 sejuk sangat, kadang2 panas sangat...tapi kadang2 tu tengah panas terik...hujan tiba-tiba je turun selebat2nya...tak boleh dijangka/ diramal...kesian students sini memanjang kena bawa payung.

Ok lah...better stop dulu, dah mula mengarut ni...nanti buang karan opis je dok menaip beribu perkataan. Ciao.

~dariBMkeKK~






No comments: