Wednesday, March 08, 2006

Menghitung hari...

Salam,

Wah wah...cik siti kemain lagi menyanyi lagu Menghitung Hari, bagus le kalau menghitung hari nak kawin...ok apa, sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hati dia peminat terima je la...mana bleh kita nak tentukan sapa yang dia bleh / tak bleh kawin... Datuk K ka L ka M ka...sesapa la...gua no hal. He he he macam la dia minta pendapat aku eceh...perasan plak.

Aku menghitung hari juga ni...hopefully bulan ni menjadi, kalau menjadi Alhamdulillah syukur. Hadiah tahun baru untuk kami berdua :)

Lunch dengan sal, kat SRW, beria makan...aku memang lapaq pun, pagi breakfast lepas tu membuang, macam mana makanan nak lama dalam perut. Harap2 petang ni bleh balik awal, nak masak la minggu ni blom masak lagi, jimat skit. Masak ikan apa2 ke...tak sedap pun jadi sedap kalau makan panas2. Hujan dari pagi hari ni...pecah rekod, aku pi bank jalan kaki, caya la...sure orang ingat aku berjimat sebab minyak naik harga, tapi aku terpaksa jalan kaki sebab kereta abang bulat bawa pi kursus kwang3...mujur la masa tu hujan dah stop, kalau tidak basah lencun la...dah la sejuk, demam plak nanti, sapa yang susah...aku juga.

Nak pi solat Asar jap...nanti sambung.

-------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dah siap solat dan mengisi masa lapang sblm nak balik dengan mengarang macam merokok plak aku ni, bilik ni berbau rokok tersangat kuat, aku syak orang sebelah ni merokok ni, sebab lepas bau rokok tiba2 akan berbau wangian plak...aiseyman ni yang malas ni nak merokok kat luar la...dlm bilik plak, asap rokok masuk ke bilik orang lain ikut lubang aircond...tensen gue ini macam. Nak report kat sapa ntah...JAS ok ke?

Malasnya nak buat intro 4P's tu...tak memberangsangakan ahli2 kumpulan tu. Tengok la macam mana...kalau rajin esok e mel...kalau malas pagi khamis ke ke ke...ikut suka aku je...

Lapaqnya...macam tak jadi nak masak je ni, dah la dlm fridge tadak benda nak masak, makan luar lagi ka...boringnya tapi apakan daya dah lapaq tahap cipan ni...argggghhh nak jerit skit.

Stop la tadak idea + malas. Ciao

~dariBMkeKK~