Tuesday, April 18, 2006

KK, makanan dan aku....

** N3 ni cuma pemerhatian dan pengalaman diri sendiri...tidak berniat memperkecilkan atau memperlekehkan mana-mana pihak :) HARAP MAKLUM **


Salam,

Hah...hari ni kita bercerita pasal makanan di KK. Aku akan mulakan dengan ....

Nasi -
i. Nasi putih (sama je macam kat mana2 pun...tadak bezanya)

ii.Nasi kuning, ini lain sikit ntah le macam mana dia buat tapi memang warna kuning dan makan dengan lauk ikan, ayam atau daging masak cili/ merah. Biasanya depa makan waktu pagi.

iii. Nasi lemak - sama je macam kat mana2, cuma kena tengok kedai le ada yang ok ada yang KO he he he...lauk pun standard le ada ikan bilis (selambak dia bagi maklum le murah kat sini), kacang goreng, sambal (kena minta extra sebab memang sikit je dia letak, isk makan nasi lemak sambal sikit apa ke jadahnya...) dan telur rebus. Jangan mimpi le nak ada sambal udang, sambal sotong, sambal kerang dll...kalau nak makan nasi lemak special sila le masak sendiri :)

Air
i. Teh tarik, teh 'o' panas/ suam, teh lemon suam/ ais (ini best sebab lemon 2,3 slices...), teh limau suam/ ais ....

ii. Kopi/ Nescafe/ Milo/ Horlicks dan yang sewaktu....

iii.Kee Chai suam/ ais hah yang ni sedap... air suam + gula + asam boi + limau nipis perghhh letak ais minum tghari memang kaw kaw...try le. Rasa masam2 manis.

iv. Leong Fun - air + susu manis + cincau ok la juga tapi jarang minum

v. Jus oren, carrot, avocado (ini sedap...) dan yang sewaktu...

vi. Air bikarbonat etc....

Lauk Pauk
i. Ikan - tak kira la masak apa memang aku suka sama macam kat semenanjung masak kicap, masak sambal, kari, masak lemak dan yang sewaktu... tapi yang pelik tu ada juga kedai makan kat sini dia tak masak ikan...ntah le kenapa, sedangkan ikan la paling murah dan senang masak. Sekali sekala aku berangan juga nak buka kedai makan, nak masak kaw kaw punya tapi tinggal angan2 je la...takkan nak tinggalkan profesion kot sanggup ke? Jadinya, kepada sesapa yang mai KK dan kawasan2 yang sewaktu jangan la pelik kalau tak jumpa ikan dekat kedai makan...kalau jumpa pun macam tak semenggah je cara dia masak...beli ikan masak sendiri kwang3...

ii. Ayam / daging - hah ini menu paling favorite depa kat sini...muak le ayam manjang...segala jenis masakan berasaskan ayam depa masak...tapi sedap tak sedap ikut tekak anda le...pelik kadang2 tu, ikan murah2 ayam juga menjadi pilihan. Kadang2 ada juga daging 'payau' @ rusa...sedap la sikit makan lembu kerbau sokmo boring gak.

iii. Udang - masak sambal, masak lemak, goreng tepung, goreng mentega ... perghh ini la menu favorite aku...tak makan lauk lain pun tak pe :)

iv. Sosej - masak cili/ sos ntah le mana tuan2 kedai makan kat KK ni dapat resepi ni, isk tak menyelerakan...tak pernah le aku try masakan ni dan tak teringin pun. Dalam banyak2 benda sosej yang depa masak....isk isk isk sedih kadang2 tu, masak ikan lagi sedap.

v. Telur - masak sambal atau sos, tak pernah lagi jumpa telur masak kicap. Rasanya telur masak kicap lagi sedap.

vi. Sayur + ulam-ulaman macam2 jenis le...ini kelebihan kat sini sebab sayur murah, macam2 jenis sayur dapat kita jumpa.

Mee / Bihun/ Kuew Teow
Bandung atau hailan rasa sama je.....jangan konpius dengan mee basah. Bukan le mee goreng basah. Mee basah ni berkuah dan berwarna putih. Kadang sedap kadang tak ... Tom yam - he he he ada kedai yang letak santan dan warna + tak dak rupa tom yam. Skrg ni memang tak order lagi tom yam dan yang sewaktu takut tak tertelan rugi duit.

Soto
Jangan pelik kalau order soto kat sini, tak kisahlah soto ayam/ daging/ urat dsb... rasa macam bihun/ mee sup je. Yang aku tak berapa berkenan depa suka letak timun isk...timun sedap mkn dlm laksa je...dlm sup mana sedap. Dulu2 dok imagine soto ni macam soto muar ke soto kat semenanjung, tapi tidak sama sekali. Kalau nak makan soto sedap, sila la buat sendiri atau masa open house kenkawan yang buat soto makan puas2 he he he

Ok rasanya cover semua menu kot...tak masukkan harga je kan? Kalau masukkan harga lengkap dah database ni. Saja je teringat nak cerita pasal makanan sebab....

i) Ada orang tanya pasal makanan kat sini (*wink*) you know who u r....thanks bagi idea nak buat N3...

ii) Tadi ada orang tolong bayarkan breakfast aku dengan abang bulat....Alhamdulillah ( ini tak ingat kali ke berapa... bila nak pi bayar je org kat kaunter kata dah dibayarkan...isk isk isk makasih daun keladi ler ...)

iii) Aku suka makan...he he he tak gitu Achik ;) apa lagi ke keja kita masa kat D1 dulu ke ke ke.... kalau tak makan kita membuta krohh knorhh mana le mek Nora skrg ni...dia lagi hebat bab2 membuta.

iv) Tadak keja kwang3....

Ciao

~dariBMkeKK~

4 comments:

Kaklong Syikin said...

hehe..sayalah tu yg tanya..ke ada org lain yg tanya lagi?

sian kat adik saya, mmg duduk kat tenom, mmg susah nak makan luar sbb tak kena tekaknya.tak pelah, save dah duit tu kan.

Anonymous said...

kak lyn apa habaq?

Alinlai said...

syikin

saya pernah pi tenom. Sejuk je kawasan tu... tapi jalan nak ke sana dari KK mak oiii macam ular kena pukul...bengkang bengkok. Habis isi perut terkeluar...serik dah sekali cukup le...melainkan dah siap jalan baru nanti :)
he he he...alah bisa tegal biasa tu, lama2 ok le dengan makanan sini kot :)

Alinlai said...

mar...

sihat Alhamdulillah...dah sihat ka la ni? Berehat2 ok jangan pulun buat keja sangat :)