Tuesday, April 04, 2006

Emel tak berkaitan daripada orang tak berkenaan...

Salam

Dah bulan 4, '06 kejap je. Tak pe la life must go on...redha je.

Nak cerita sikit pasal sorang brader ni. Aku kenal dia thru internet tahun '97 masa tu aku kat MI dia keja kat syarikat pembuat kereta 1 M'sia, ntah la agakya aku pun memang tadak keja masa tu rajin la chatting kat A**mak.com. Memang chatters tegar la aku ni...dia pun aku rasa tegar juga kot, dok sembang pi mai pi mai, biasa la ada la rasa suka sikit kot, tapi tak la suka sangat2 sebab tak percaya sangat pun janji manis orang siber ni, dan tindakan aku tak percaya tu berbaloi sebab sblm balik M'sia dia bagitau dia dah kawin...ok la aku contact mcm biasa la...sebab kalau terus tak nak contact macam obvious sangat nanti dia ingat frust ka isk tidak le nak frust dengan kawan siber, ramai lagi kawan realiti *wink*

Bila balik M'sia contact la juga sekali sekala dia telefon aku kat kampung, kat rumah kakak aku kat subang. Tapi aku memang tak pernah nak jumpa ke apa ke... malas la sebab dia pun dah kawin, tapi ntah la orang lelaki ni payah sungguh, dok telefon citer wife dia malas masak la, dia kena makan kedai memanjang, malas kemas rumah la itu ini pong pang pong pang...aku dengar je tak komen apa sebab malas nak campur. Tup tup jeng jeng amboi amboi amboi....dia kata dia balik kg wife dia dlm pantang, masa ni aku macam nak gelak besar, isk dlm dok pong pang sana sini wife tak masak tak kemas rumah boleh buat anak juga? isk isk isk magik ni. Start dari sini lagi la aku tak percaya citer2 dia ni...seingat aku sekali je kami jumpa masa aku dok tanam anggur, jumpa kat shah alam, kedai apa ntah kat sek 3, (brader ni tak hensem he he he....) 99 aku datang KK jadi tutor, aku diam terus, tak nak la berkawan rapat dengan orang macam tu nampak tak ikhlas, dengan keluarga dia pun tak ikhlas apa lagi dengan kawan2.

Ok kenapa aku cerita pasal brader ni? Since last week aku dapat emel dia...mungkin dia dapat thru laman web U. Aku malas nak sambung balik bukan sebab aku dendam dsbnya...tapi ntah la aku tak berminat sangat2 nak balas emel dia. Pagi ni aku dapat kad virtual....dan petang ni aku dapat emel lagi dia marah2 pasal aku tak balas, ayat dia lebih kurang mcm ni:

"kenapa tak balas emel saya? Tak kisah la awak ni orang yang saya cari atau tidak balas la emel ni."

hmmm ntah la pelik sungguh aku dengan brader ni, kalau dah emel dua tiga kali orang tak respond tak payah la nak marah2, relax la... so far aku blom balas lagi emel dia dan rasanya aku takkan respond biar la dia berteka teki dan aku tadak apa2 hutang dengan dia pun...dok tanya aku dah kawin ke blom, anak berapa hmmmm ntah la malas nak layan banyak lagi kerja aku.

Aku rasa tindakan aku ni betul, kadang2 ini semua dugaan dan kalau kita layan Syaitan akan ambik kesempatan untuk menggoda kita, so biar lah dia nak kata aku sombong ke apa ke asalkan aku tahu tindakan ini adalah sesuatu yang rasional, tepat dan selamat.

Yang pelik tu kenapa la dia bersungguh nak contact balik, bukan la aku pernah jadi awek dia ke...apa ke...kenal2 macam tu je jumpa pun sekali je, tapi masa gila chatting tu dia kata dia pi opis hari sabtu ahad sebab nak chatting dengan aku, nak percaya pun tak bleh juga sebab bukan kita nampak kalau dia chatting kat umah dia. Memang dia pernah call aku kat US tapi guna phone opis dia le...ntah la tak nak fikir la pasal brader ni, buat2 tak faham...hopefully dia faham, dan tak emel lagi.

Mungkin tak salah aku ngaku aku ni orang yang dia cari, tapi ntah la...malas la contact lagi...nanti banyak plak citer dia. Cukup2 la dulu2 aku berdosa dok dengar citer2 rumahtangga dia. Kalau wife dia tak redha ke haru plak...

Tak pe la...apa2 pun aku rasa aku dah buat perkara yang betul...ntah2 dia tengah krisis ke dengan wife dia, naya je nak kena dok dengar hal2 rumahtangga dia...sekali lagi...tak pe kalau dia emel marah2 lagi aku citer lagi dlm next N3, kalau ada kalau tadak stop la citer dia kat sini...aku doakan dia akan berhenti emel aku lagi, dan lakukan perkara yang lebih berfaedah...amin...

Orait...ciao

~dariBMkeKK~

No comments: