Salam,
Cuaca sejuk kat KK hari ni…hujan dari tengahari. Sejuk2 macam ni mula la rasa lapaq, ngantuk dan kawasan yang sewaktu. Tapi tak pe keja dah siap, skima ke silibus ke semua dah siap, boleh relax sikit…esok habis je exam boleh start marking (he he he kalau rajin le…) kalau kurang rajin simpan nanti masa kat K*dat.
Petang ni ada meeting, tapi disebabkan aku dah hand-over benda tu kat JJ tak payah la pi meeting tu yahoo….seronok boleh lepak dlm bilik, server down pulak…tak pe la buat aktiviti lain…isi borang cukai ka…arghhh tensen cukai dulu pun tak bayar lagi…jangan nanti polis mai jejak kasih sampai rumah, naya je… aku tensen abang bulat sure lagi tensen… bila ntah nak pi settle bab cukai ni…
Minggu ni kami tak plan pi mana2…lepak rumah je kot. Habis sangat pi KK je, masuk kedai sana sini…then pi urut kaki…best ooo urut kaki, bleh relax, tenangkan fikiran dan tidoq… dah tak rasa sakit pun.
Yesss…kami dah ada digital camera + camcorder. Murah je beli kat Lel*ng.com. 400++ je. Sanggup mai opis malam2 nak tunggu last minute baru nak bid… 2 malam berturut2 kami mai opis aku lepak depan komputer, pak guard pun heran apa la dua orang ni cari kat opis malam2 buta… sanggup 10.30pm dari rumah…mujur la rumah dekat je. Balik rumah dah 11 lebih ngantuk sangat2. Pagi2 lepas subuh…tido tak hingat… pukul 8++ la baru masuk opis…pagi ni lagi best pukul 9++ aku clock in ha ha ha buat opis sendiri nampak… tak pe ‘aiman tak kisah’ …
Pukul 10am baru pi Brunch, heran orang kedai tu bersungguh2 kami ambik nasi berlauk… tak pe jimat juga, sebab tak ambik lunch dan malam kadang2 aku masak… malam ni tak tau la kalau balik lepas maghrib tak masak le kot…sebab dua2 dah lapaq.
Ada sorang kawan dapat baby boy…2nd baby boy… bagus le bertambah umat Muhammad. Seronok dengar orang dapat baby… kami je belum. Tak pe la belum rezeki agaknya… tapi kadang2 rasa rendah diri juga. Tapi tak boleh le rasa ralat ke apa ke… dah takdir kita dah usaha, doa so tawakal je la…tak boleh le nak komplen sangat… insyaAllah ada hikmah di sebalik semua tu… I am cool bebeh….
Memang something wrong with our server, lama sangat ni since yesterday… e mel pun tak bleh tengok. Ada kerja yang nak kena submit thru e mail. Hmmm ada alasan le delay ha ha ha… bagus gak.
Bestnya aku dapat tiket KUL-PEN naik AAsia…. RM0.99 + RM30 tax (x) 2 orang dlm RM60++ banyak tiket murah2 tapi tahun depan le…so kenkawan yang nak mai KK atau nak pi buat lawatan sambil belajar ke mana2 destinasi lain, rujuk2 la laman web AAsia tu…
Masalahnya hari ni tak bleh masuk…sure dah mahal sikit tiket yang tinggal. Tak pe la…cuba lagi, atau tunggu next promotion. Kena rajin2 belek2 laman web syarikat ni. Memang la kokak sikit tapi alahai…MAS pun kadang2 sama gak, layanan bagus2 untuk Bus. Class, yang duduk belakang2 ni minta apa pun semua habis… nyampah gak kadang2 tu mujurlah naik MAS tiket free (urusan rasmi) kalau balik kg naik k/terbang bajet murah je…. insyaAllah sampai juga. Kadang2 lebih cepat….beg pun tak masuk kargo… selamba je usung… ‘aiman tak kisah’…
Lagi pun kami masih dua orang je…kadang2 transit KL dulu, then ambik la bas balik BM, balik raya ni nak try naik k’tapi dari BM-KL. Saja la nak merasa naik k’tapi plak…berkurun tak rasa. Abang bulat tak pernah naik train kat M’sia (eksyen…) kat UK dulu pernah le… kat sini ada k’tapi tapi k’tapi antik… ntah le macam mana rasa sebab tak pernah naik pun.
Ada yang dah siap key – in grades, jeles sungguh…paper aku tak start lagi ha ha ha gelakkan diri sendiri…isk isk isk tapi bagus la… at least masa nak key – in nanti tak la ramai sangat, bleh santai2 sikit. Alah 48 orang je jangan gabra. Kejap jet u, jangan masa kat K*dat dok membuta je selain berenang2 kena la marking bersungguh2… kot2 ada pemandangan cantik markah budak2 ni pun cantik la sikit… aku dikira kedekut gak markah… tapi berpada la.. kalau ada dlm skima aku bagi, kalau tak sentuh langsung bye bye la… kena pulak tulisan doctor pakar isk lagi berat tangan ni nak bagi markah banyak2… dapat le cukup2 makan.
Ada beberapa orang budak dlm kelas aku yang memang liat masuk kelas, bukan kelas aku je kelas yang lain2 pun… next semester depa ni jumpa aku lagi… dah tau nak buat apa… tak masuk kelas aku potong markah je… buat gempak sikit tengok jalan ke tidak. Yang nak marah tu budak Bumi. Isk buang duit mak bapa je… kalau dpt PTPTN pun sama gak lepas ni kena bayar juga, silap2 duit mak bapa juga kena bayar pinjaman tu. Tak dak kesedaran sivik langsung. Sekeh kepala naya je… tapi takut kena saman je kalau aku sekeh kepala depa ni… lagi satu silap2 aku yang kena sekeh sebab budak2 ni besaq2 ha ha ha… ok stop sini…ciao
~dariBMkeKK~
No comments:
Post a Comment