Tuesday, April 18, 2006

Hari Senayan...

Salam

My Hawaiian Name is:

Leilani Kiele


Berapa banyak nama daaa.....

Tghari pi hantar borang Uitm kat adik ipar aku, then kami pi mkn kat apa ntah nama kedai tu, ok la makanan sedap dan harga pun resonable. Agaknya dah lama aku kat KK ni so aku bleh adapt dengan rasa masakan kat sini...cuma aku tak minum sup yang memang di bagi kalau makan kat mana2 kedai, ntah la tekak ni tak bleh terima. Kadang2 abang bulat yang habiskan, kadang2 minta 1 mangkuk je, memang waiter/ waitress pelik le kenapa kami tolak... ok apa, at least tak membazir sbb aku bukan sentuh pun sup tu.

Keta buat perangai pelik, dari N ke D sekali sekala jerking... jadinya kami pun bawa la ke Dealer (ada bengkel kat situ), ehhh elehhhh...ok pulak mekanik pun pelik, saja kot nak bermanja2 keta ni. Tak pe asalkan jangan buat perangai lebih2 je.

Siap dah silibus tu alhamdulillah...lega kalau keja dah siap. Minggu ni kena jaga exam, tapi tak kisah le sebab paper sendiri...tapi yang maleh tu petang Jumaat alahai petang2 ni ngantuk la. Sabaq je la.

Baru hari Isnin dah plan nak pi mana2 weekend ni. Tak reti nak duduk rumah ke? Ke ke ke...itu ayat masa zaman bujang dulu la. Skrg ni tadak sapa nak tegur lagi, aku tegur abang bulat, abang bulat tegur aku je la. Ok la tu. Bulan 6 ni adik ipar aku yang ngajar kat HL tu nak bertunang, dengan orang Semp*rna, oklah tu...dia pun dah kerja. Tapi baru je la kerja, awal tahun ni. Budak lelaki tu dah keja dlm 3 tahun kat Aloq Setar. Ntah2 lepas ni dia pun pindah ke Aloq Setaq juga. Ramai juga orang sini tapi keja kat Semenanjung, dan lebih prefer keja kat sana daripada minta transfer sini. Aku dah stuck kat sini he he he sabaq je la...dah rezeki kat sini apa bleh buat.

Ops lupa plak kalau bukan orang utara sure pelik apa la 'senayan' ni? Kalau orang tua2 kat belah utara, hari Isnin = Senayan. Tapi dah lama juga tak dengar perkataan ni, orang tua2 pun dah moden. Kalau tak sebut Isnin sebut Monday he he he...acah je.
Tapi jangan memain orang utara tak kira tua muda kalau nak pi pasar memang sebut market, nak pi pasar mini sebut mini market...maklum la semua ada darah2 omputeh sikit kwang2... (perasan ke???)

Sunyi sungguh kat bangunan ni, 2 minggu lagi akan bertambah sunyi sebab budak2 dah balik cuti. Kami pun boleh le hilang2 juga he he he bukan la pi shopping ... tapi hilang pi bengkel, pi makan jauh2 sikit, kadang makan jauh2 dan lama2... isk isk isk bertuah sungguh...tapi make sure kerja siap. Kalau tak siap... bahaya juga, kena repot ke, dah kantoiiiii. Jangan kantoiii atau wakenababe...bahaya ooo!!!

He he he...tergelak aku baca blog syikin pasal nama2 Jepun yang bleh bertukar2 tu....biasa le tu depa saja suka2 kot...so kita pun ada pilihan nak nama mana yang berkenan di hati...Mujur benda free bukan kena bayar kalau tidak nak marah juga sebab nama bleh bertukar plak. Macam-macam ada...

Malam ni tak dapat la nak tengok citer Filipin kat Prima. Ada ManU plak pukul 8pm - 10pm...isk isk tak pe la tengok citer bengong DHAC kat Ria je la...tak habis lagi kes Wan dengan Alia tu...dalam dok ngutuk pun aku tengok gak siap bleh sms dengan McSue lagi...abang bulat memang nyampah dengan citer ni, kalau aku tengok dia pi la godek2 komputer dia he he he...aku plak bila boring aku pi ngacau dia plak. Abis tu dah kami dua orang je dlm rumah ni nak ngacau sapa lagi...

Tadi ngantuk sangat2 lepas lunch ingatkan nak tido le...ada orang datang plak he he he so tak jadi le tido...bagus juga kalau tidak sunyi2 ni silap2 lama plak membuta, isk isk isk...ada saja kesempatan nak membuta dengan jayanya :)

OK stop sini nanti2 merapu lagi... ciao :)

~dariBMkeKK~

7 comments:

Anonymous said...

kak lyn
Thanks for the recipe. Kat rumah ada shrimp, walaupun tak sefresh kat sana... nanti cek try...

Anonymous said...

mar,
orait...selamat mencuba dengan jayanya :)

-kak lyn-

Kaklong Syikin said...

ha..NI NAK pengaruh org generate nama hawai plak.ahaks.tiru syikin jgn tak tiru..hahah.

psst..jgn cakap kat org tau..adik saya tinggla kat tenom, dia kata dia tak leh terima makanan tempatan, entahlah cara masakan tu berlainan kot..ye ke alin?

Alinlai said...

syikin,
he he he...try la Aloha!!!
Makanan sini...masa awal2 dulu mmg tak berapa boleh nak terima. Tapi lama2 dah ok sikit2. Still ada kedai yang saya tak bleh masuk makan. Kat KK ni ok sikit sebab ramai org luar, kat luar dari KK rasanya masalah kot untuk kita. Jadi kalau nak makan sedap2 sesuai dengan tekak...masak le he he he... saya suka seafoods, seronok le masak udang, ketam, ikan yang fresh2 tu...nyum..nyum nyum...

Mummy Rizq said...

lyn-hang tak dak keja lain kaa??? asyik nak membuta? kah..kah..kah.. (sebenarnya jeles sebab tak berpeluang membuta bersama sama)

Alinlai said...

achik,

he he he... keja ada tapi ntah la ada gak masa untuk 'itu', membuta kan aktiviti yang sihat kwang3...

Anonymous said...

What a great site » »