Wednesday, April 12, 2006

12 Rabiulawal 1427 H

Salam,

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahualaihi Wassalam...

Pagi:
Ingatkan nak breakfast je, bila sampai kedai hmmm dah ada nasi putih, lauk2 semua dah banyak hah makan je la...awal makan nasi + lauk 10am. Belasah je la, rezeki jangan ditolak :) dah kenyang....baru la beransur ke market beli ikan. Seronoknya tengok udang fresh...tapi ada lagi 1/2 kilo beli last sunday. Tak pe beli ikan je, udang lain kali. Sayur tak payah beli makan yang ada dlm petiais tu nanti tak habis plak sayang je.

Tengahari:
Lepas abang bulat pi main golf, aku lepak2...basuh baju, hmmm kemas rumah le...sapu sana sini, simpan sana sini...dah kemas, bukan susah sangat pun rajin dan malas je. Ingat nak pi beli barang sikit arghhh malas la..lepakkkkk lagi.

Petang:
Lepak tengok macam2 citer, Melayu, Omputeh, Cina...tapi semua setengah2 alih2 tengok ulangan AF kat ch15...lepas asar baru la pi Sur*vey, beli swimming suit ha ha ha.... jangan marah...nekad nak betulkan balik skil berenang aku, yang ada skrg ni seksi sangat, beli yang seluar dan t-shirt terbang RM93.04 ada diskaun untuk seluar ok la tu...buat surprise dulu...ajak abang bulat pi lepak resort mana2 lepas ni, bleh berenang2 yesss.....

Malam:
Walaupun petang dah makan mee udang (perangat je....) aku masak le juga untuk abang bulat, sebab dia blom mkn lagi, tapi aku memang tak bleh nak masuk lagi penuh sangat perut ni. Tengok cite Filipin kat ch8, sambil tukar2 ch tengok Natasha, ha ha ha ingatkan mati eksiden Irfan tu selamat rupanya...gempak gempak...kawin gak dia dengan Irfan...lawak2 scene mak Tina bawa daun @ duit nak pi bank. Tak dak la lagi suara manja FashaSandha (abang bulat tak berkenan suara minah ni....he he he iyo ke?)cakap serius pun macam nak nangis...isk kadang2 rimas gak tapi bior le kat dia, bukan dia minta nasi kat kita pun...kan kan kan?

Tengahmalam:
Ntah la...dah tido tak tau apa yang jadi kat kawasan sekitar...krohhhhhhhhhh ZZzzZzZ..

------------------------------------------------------------
Hari ni:
Masuk keja dengan mood malas...tapi tak pe, hari ni kerja, esok kerja, lusa (Jumaat) cuti...Good Friday, harus diingat...gue di KK yesss...sesapa yang kat KL atau kawasan2 yang sewaktu tak le merasa cuti ni. Rupanya orang yang sambut Easter Day akan berpuasa tapi tak la pasti puasa penuh or puasa benda2 tertentu jer, info ni aku dapat dari maid jiran aku...member kamceng aku kat rumah.

Kami biasa je pinjam bawang, rempah kari, asam jawa kalau stok habis kat rumah. Jiran aku ni plak rajin menanam itu ini so rajin la juga kami merasa makan benda free contohnya cabai melaka, betik, buah amra (kedondong) dan apa2 saja yang depa tanam. Tak rugi berbaik dengan jiran...tapi rasanya depa yang rasa rugi sebab kami tak dak tanam apa2 kecuali daun pandan (tuan rumah lama punya), serai (baru nak besar)... ke ke ke. Jiran aku cha ya nun alif, husband dia asal Ipoh, wife asal KK (suku Kadazan), maid asal Kaliman*an. Ni baru la integrasi nasional namanya :)

Anak 2 girls, yang sulung kanak2 istimewa yang no 2 terlalu istimewa sebab comel dan bijak. Masa AF2 sanggup dia lepak rumah aku sebab nak tengok Adam nyanyi...hebat penangan Adam kat sini, budak2 semua suku kaum kenal dia. Nanti2 la cerita pasal jiran aku ni.

Alhamdulillah dah lunch tadi lapaq sangat2 pagi tadi tak breakfast, minum air suam + habbatussauda + madu, memang rasa perut ni full tapi sampai pukul 11am je, lepas tu macam2 lagu keluar...tahan je la. Pukul 1pm baru la dapat jumpa nasi, makan dengan berselera sekali...nyum nyum.

~dariBMkeKK~

6 comments:

Mummy Rizq said...

lyn, rupanya abang bulat awak & si kamarul tu mempunyai profession yg sama.. main golf. so nanti achik gi sana bleh ler depa main golf, hang bawak achik gi ronda KK...naaa....!

Alinlai said...

achik,

Memang plan yang bagus, biaq depa pi pukul bola golf tu kita bleh pi buat lawatan sambil belajar kat kedai2 ha ha ha...best best :)banyak kedai2 yang perlu kita buat lawatan, kira macam lawatan sosial la, membantu peniaga2, kalau kita tak bantu sapa lagi kan?

Kaklong Syikin said...

ha, tgk natasha gak ya? saya dah beberapa minggu miss..tak minat sangat pun, tapi kebetulan mlm tu tgk..mmg gempak tul adegan si irfan masa on the way p rmh natasha..ingatkan dah mati kena langgar sbb riak wajah best fren natasha kat pintu bilik tu nampak cemas..bila dia announce irfan dah sampai..hahaha, saya ngan suami punyalah terkejut..jgn tak caya, tak berkelip mata masa tu, n tak sedar mulut ternganga kejap..hai, bijak2 pengarah citer ni

Anonymous said...

kak lyn,
sonoknya makan mee udang. Bak la recipe cek bulih try, dlm fridge tu ada udang dua kilo kot...
I am getting better, thanks for the wellwishes tu kak lyn :)

Alinlai said...

syikin,

Ha ha ha...saya dengan suami pun sama gak dalam tak berapa suka citer tu nganga juga tengok ending. Ada sambungan tu...sure makin merepek2...tapi layannnnnnnn :)

mar,
Alhamdulilah dah sihat...jangan keja sakan ok...relax2 la :)

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »