Friday, November 03, 2006

Jom pi Open House...

Salam,

Makin pelik blogger.com ni kan...penat pulak menaip sakan tadi...alih-alih bila post tak kuar pulak, isk isk isk...sabaq saja la.

Mood raya masih ada lagi, so ada yang nak jemput pi open hse? Jemput la...boleh juga menyibukkan diri kui kui kui...tahun ni kami tak buat open hse besar-besaran lagi... penat weh...simpan fulus dan tenaga untuk kenduri masuk rumah nanti la gamaknya insyaAllah :) bila ntah boleh masuk rumah tu...

Esok dah sabtu, rasanya lepak rumah je sebab ada orang tu dah gian nak 'menebas rumput' kat padang golf... boleh kemas-kemas rumah, sapu sampah, mop lantai dan yang sewaktu dengannya.

Ahad baru nak pi meronda-ronda...urut kaki dan rasanya nak shopping sikit (isk shopping lagi...macam la banyak RM). Apa-apa pun rancang je semua ni...ntah-ntah ada aral melintang duduk je la kat rumah tu layan TV. Tengok drama Melayu hari Sabtu pun orait gak...

Ehhh malam ni ada jemputan makan-makan rupanya lupa pulak...rezeki jangan ditolak, walaupun tak la kenal sangat dengan tuan rumah sebab kawan abang bulat, tapi apa salahnya pi juga...sebab dia jemput suami isteri :)

Oklah...untuk yang dah ada beberapa jemputan tu sila la pi, yang belum ada tu buat la dan jemput kenkawan...seronok buat majlis makan-makan ni, cuma penat sikit la lepas tu. Apa-apa pun selamat berhujung minggu dan selamat beraya lagi :)

Ciao...ta ta

~dariBMkeKK~

10 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

betul sronok jamu org mkn
lelebih lagi kalo org yg dtg tu mkn dengan bersemangatnya..

tiara wat open hse..nkjmput alin jauh sangat ekekee.. tgk gmbar jer lah yer :)

Alinlai said...

ABB,
ke ke ke...iye jauh sangat nak pi open hse tiara tu...jamu gambaq je la nanti :)

Anonymous said...

kak lyn...
Org lama lagi kat kulim ni. Ada nombot tu kan, bila nak balik, war warkan lah kat belog ni arrr?
Mmg terkilan jugak tak jumpak, tapi nak wat lagu mana kan? Org masa raya ke2 tu, ptg tu dah drive back to sg pulak la kak :)

kasutVINCCI said...

hmmm..gi open house jgn lupa tolong makan utk kv yek. Hihihihi

Alinlai said...

Mar,

itulah pasal bukan rezeki nak jumpa tu...tak pa mana tau rezeki kita jumpa kat UK ka who knows? sampai bila kat M'sia?

KV,
kui kui kui...ok je no hal. Orang jemput makan...kita makan jangan tak makan...

Mummy Rizq said...

wei.. makan jer hang no.. badan dak gak besq besaq lagi!

AppleB said...

tak abih beraya lagi ke korang? aku dah nk sambut krismas lak ni hahahahahahha

Alinlai said...

Achik,
hari ni pun ada open hse, jimat bajet lunch kami ke ke ke...weh badan dah besaq sikit la cuba belek betul2 :)

Apple Pie,
uiskkk raya lagi masih dlm bulan syawalkan? Bln 12 ni kita raya lagi...raya haji pulak :)

Kaklong Syikin said...

salam,

ada lagi open house ya..saya terpaksa tolak 2 open house ahad lepas ni sbb husna tgh naik galak chicken pox dia..

hehe..boleh dpt t-shirt 2 helai tu ngna alasan tinggal kampung

suami saya pun start dah minggu exam paper masternya 2 minggu ni..jumaat minggu depan last..

Alinlai said...

syikin,
ada lagi...hari ni pun ada lagi jemputan makan2 kat dept suami saya... kat dept saya next week rasanya...orang jemput makan, pi je la jangan ditolak-tolak :) skrg ni musim org exam ...