Tuesday, November 21, 2006

Petang yang ngantuk...

Salam,

Eiii ngantuknya....pasai apa ntah. Nak kata tak cukup tido, macam terlebih. Ntah la kenyang sangat pun tidak la juga. Tapi mungkin sebab penat packing kotak dan penat angkat kotak pi pejabat pos tadi kot...

Biasalah aku semua nak buat sendiri, boleh je pos esok minta tolong abang bulat angkat kotak2 tu...tapi nak juga pos hari ni. Memang perangai aku macam tu, cuba sedaya upaya siapkan kerja sendiri...lepas tu mula la penat...berat juga kotak tadi tu 1 kotak 2.5kg, 1 kotak lagi 5.5 kilo...he he he...ambik kau ulangalik 2 kali dari kereta nak ke pejabat pos tu. Macam nak tertido je ni...

Hari ni balik lepas maghrib la...pagi tadi mai opis dekat jam 9am he he he...malasnya nak bangun.

Bising pulak kat bawah ni...bila nak siap ntah la pejabat am ni, seronoklah kerani-kerani tu nak pindah tempat baru...kami pun seronok juga sebab kalau keluar tak la kena lalu depan pejabat am..yesssss aku suka!!!

Isk isk isk....ngantuknya, nak kunci pintu la nak lelap sepuluh minit (iye ke sepuluh minit????) ngantuk sangat-sangat ni. Malam ni la buat nota untuk Kursus hujung minggu ni, ada gak rezeki aku 1 jam RM150/- dptlah seribu lebih kalau claim nanti....perghhh boleh beli tiket balik kampung, seribu lebih boleh 2,3 kali balik kampung, kalau naik k/terbang bajet murah la...kalau yang bajet mahal, sekali saja le. Apa-apa pun...Alhamdulillah syukur :)

Hari ni tadak lagu ye...tak boleh la nak letak lirik lagu je, nanti orang ingat aku ni keja kat kedai kaset pulak kui kui kui.

Hujung minggu ni abang bulat outstation, pi jadi hakim debat kat Kch. aku dah hints tikar s'wak yang boleh lipat2 tu (hiks...) harap-harap sampailah signal hints aku tu...hujung minggu ni aku nak main volleyball wakil jabatan sempena sukan staf, last main volleyball tahun 2004, skrg dah 2006 isk isk isk...tak tau la macam mana gaya melompat-lompat nanti...

Memanglah malas nak bersukan (melainkan jogging sekali sekala...) tapi kesian la pulak, tadak orang nak wakil gugusan sastera...aku pernah wakil untuk bowling, carom (ha ha ha...), bolajaring kira wakil 'bidan terjun' la. Volleyball belum pernah lagi...main je la, menang kalah tak payah cerita lagi ...

Oklah...ciao cin cau dulu, nak buat keja sikit (sikit jer...) ta ta.

~dariBMkeKK~

21 comments:

simah said...

dok bayangkan hang melomnpat lompat!! hahahahahah

bagus la hang bagi kursus hujung mşnggu ni.. kalau tak mesti tidoq ja kerja kat rumah :0)

hang tau tak..aku ada lagi pasu sarawak yg student bagi hadiah masa dulu berenti kerja smblm nak kawin dulu..tak sangka jugak..pasu kecik tu boleh sampai turki hehehe

Alinlai said...

ke ke ke...melompat2 macam kanak2 ribena...iye, kalau tidak memang la tido dah la dok sorang2...ada gak student bagi pasu s'wak tapi letak kat opis je ntah bila nak bawa balik rumah :) hang masak apa hari ni...(guna cabai kering tak?)

AppleB said...

buat keje sikit je ke??

Alinlai said...

apple,
iye sikit jer...banyak2 nanti cepat habis plak keja2 tu ha ha ha....

Kaklong Syikin said...

salam,

la..nape tak ikut p kuching tu? kalau saya, dah merengek nak ikut sama hehe.

samalah cam saya, kalau boleh nak buat kerja sendiri tak mo tunggu suami

banyak ya saguhati ceramah utk sejam kat sana..

Kiah Kardashian said...

alo alo...lama tak jenguk. Pekabar. Uik main carrom...dasat dasat. Jangan luper tabor bedak atas papan heheheh.

Alinlai said...

syikin,
ada keja dan ada imbuhan...ke ke ke kalau ikut kena guna duit sendiri, tapi dah plan nak pi lain kali pi makan angin 100% :) itu memang govt rate RM150/jam bolehlah nak support mana2 yang kurang...hujung2 tahun ni macam2 nak buat.

zakiah,
isk org dubai ni balik 'somban' duduk dediam je kat umah :) ha ha ha memang gelak sakan masa main carom tu...tabur bedak terlebih, sampai terbang la isi dalam papan carom tu...sakit perut gelak je.

Mummy Rizq said...

achik cam tak caya hang pi angkat kotak kotak tu... BRAVO!

bersukan? dah lama rasanya tak buat benda tu... nak sebut pun seakan akan lupa dah..

Anonymous said...

Adoi la depa kerja sejam ratus2 masukk... kami ni bilaaa lagiii... kak lyn kalau dah nak balik sini, gimme a call tau. Jgn tidak. Dah kenal almost belas tahun, jumpaknya idak :D

Alinlai said...

Achik,
jgn tak caya...punyala berpeluh, mujurlah duduk bilik sendiri-sendiri kalau open space mau balik tukar baju dulu ke ke ke... iye, bersukan kerna terpaksa, kesian tadak wakil ha ha ha...berlatih pun sekali dua je, org sini pun mcm tak percaya chek boleh main macam-macam games...malas la nak tunjuk skill ... low profile la konon kwang kwang kwang...

Mar,
rejeki chek ... terima la seadanya :) he he he jumpa virtual je, live ntah bila, insyaAllah ada rezeki tu bila-bila aminnnn!!!

Cik Tat said...

mana ada orang bukak kedai kaset lagi dah chek oii..la ni orang cari kedai cd..hehe..
tabuq bedak kat papan carom, lelama papan carom tu putih melepak lebih dari orang yang main..hehe

ibuVouge said...

isk rooogiii, xleh tengok alin main volleyball

RaFFLeSiA MeRaH said...

minat gak alin ni part sukan yerk, RM memang langsung x minat sukan ni dari kecik, satu piala pun takder kat umah...takat jadi tukang tgk org bersukan boleh laa...kalau berita suka kat tv pun memang bolayan jerr...siap kalih ke lain....

simah said...

ari ni masak simple ja.. speghetti dengan minced meat mushroom sauce.. ada leftover curry chicken salad semalam.. ada cold dishes yg lebih semalam.. makan tu ja la..

adoi..tiap ari makan cabai pengsan la..nanti bertimbun keluar pimples.. nasib baik la i dont get pimples kat muka.. only atas kepala.. tu pun jarang.. tpi bila keluaq ja..memang pimples tu mcm cakap ja..*aku dah cakap jangan makan banyak sangat cabai dan minyak!!* hahahah

Alinlai said...

mama singa,
walaupun kedai tu jual cd tapi org masih sebut kedai kaset ke ke ke... iye papan carom putih melepak, dah lebih wangi berbanding yang main carom kwang kwang ...

IV,
iye memang rugi...kalau my students tengok pun terkejut jugak ni, tapi rasanya depa pun tak akan perasan kalau nampak saya kat padang...budak mana la dok melompat2 sakan tu...

Alinlai said...

reff,
minat la juga...dulu masa sekolah2 semua sukan pernah try, masa kat U pun main juga dah keja ni kurang sikit, ni kira re-activate la kekonon...mujurlah bgn pagi tak lenguh2 badan kalau tidak hmmmm tanggung la ke ke ke...

simah,
makan cili banyak2 blh naik jerawat ka? lagi pun kalau masak letak cili hang sorang je makan, kurang la kick tapi tak pa, ajaq la anak2 hang makan cili bila depa besaq ada kawan nak berebut2 kat meja makan :)

Kaklong Syikin said...

salam,

alin..copek update entri..

Alinlai said...

Syikin,
ke ke ke...tungguuuuuuuuu....

KakNi said...

Orang pompuan tak elok angkat berat2 tau (ini ercakap based on own experience)

Selamat bersukan heheheh

KakNi said...

Awak nak tak lagu rossa tu letak dekat blog awak ni? Kalau nak nanti saya boleh bagi code

Alinlai said...

ahni,
iye tau tapi ke ke ke degil apa bleh buat. letak dlm blog? tak pa la jiwang la sangat kalau letak lagu tu...tak pa nanti kot2 nak lagu apa2 saya bagitau boleh ka macam tu? tq