Thursday, November 30, 2006

dari 'airport ke airport'

Salam,

Cepatnya masa berjalan...hari ni dah 30 11 2006, lagi 1 bulan untuk memasuki tahun baru 2007. Hmmm tanda-tanda akhir zaman semua tu. Amalan??? Kenalah sentiasa dipertingkatkan...

Malam tadi lepas ambik abang bulat dari KKIA singgah la 'Resepi Rahsia', ambik hati la sebab saya terlewat pi jemput dia he he he... 5.15pm baru keluar...dia turun kapal 5.10pm...kwang kwang kwang... dah la jalan 'jammed' dekat 6pm baru sampai...sekali sekala lambat... biasanya saya yang tunggu lama kat situ...yang pasti memang ramai sokmo kat situ, untunglah sapa yang bawa masuk francais tu ke sini :)

Tadi hantar abang bulat pi KKIA, sebelum tu singgah makan kat 1 restoren kat kawasan Semb*lan...nak tau sapa saya jumpa? Lisd*wati & tunang dia...(apa nama ntah...). Seperti biasa abang bulat tak cam... jenuh la nak cakap bisik-bisik tak nak la ketara sangat...bila dah dia cam, boleh dia ajak saya duduk meja sebelah meja artis-artis tu...isk isk isk...tapi biasalah tak la pi bersalam ke sebab tak minat ke ke ke...yang pasti tak la cantik sangat, kurus sangat minah tu... memang dia 'mesra kamera' la...dalam TV nampak cantik, kat luar biasa je. Dengarlah depa bersembang nak pi Pasar Filipin*... nak telefon paparazzi pun risau gak, ntah-ntah paparazzi pun tak kenal sapa minah ni kwang kwang kwang...

Ehhh baru je buat peringatan pasal akhir zaman...dah dok kutuk artis pulak...ke ke ke...sorilah, jadi kenkawan janganlah sama-sama mengutuk ye...baca je :) Boringnya kat opis ni...dah la sunyi sepi, nak buat kerja pun malas...isk, silap-silap balik awal ni. Nak pi jalan-jalan malas la pulak. Lepak opis je la...baca blog kenkawan lagi bagus, jimat $ dan tenaga :)

Kesimpulannya...tak sampai 24 jam saya berulang alik ke KKIA, isk isk isk...dan abang bulatku itu...tak sampai 24 jam terbang lagi, mujurlah sekejap je...kalau lama memang pengsan la dalam kapal :) tapi kesian juga, turun nanti...jauh lagi perjalanan dia...dalam kereta lebih kurang 5 jam lagi. Hmmm sabaq saja la no komen sebab ntah kenapa saya boleh tidak terlibat dalam perjalanan yang jauh itu...bukan ngelat tapi dah tersurat saya kena ikut program lain...(kui kui kui...)

Ok...idea sudah hilang kalau ada peluang esok pagi saya update cerita ceriti saya ciao all :)

~dariBMkeKK~

14 comments:

AppleB said...

kesian dia ditinggal-tinggalkan. dah la mlm ni mlm jumaat muahaahahhaahah

Aku Bukan Bidadari said...

hmm esok dah bulan doblas..cepat betul pehtu newyear..huwargh!

Alinlai said...

apple_pie,
isk malam Jumaat tu sunat je...malam2 wajib lain ada kwang kwang kwang...

Tiara,
Hepi new year 2007...isk isk isk cepat sungguh la tahun ni...rasa macam tak cukup nafas :(

Cik Tat said...

amboi..sambut new year ngan tikaq baru..hehe

Alinlai said...

mama_singa,
yezzarrrr...berseri-seri rumah dengan tikar S'wak (tapi made in Palembang) seronok wa cakap lu :)

simah said...

ada orang rindu kat abang dia la ni....kesiannya..tak pa tak lama kan?

Mummy Rizq said...

lyn....!! kata nak balik! bila tu?

Alinlai said...

simah,
ke ke ke tak pa bleh call...kalau tempat yang tak bleh call haru la juga :)till next Tuesday

achik,
balik....tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...kena balik Penang sat, plan perjumpaan kita ditunda lagi :(

Kiah Kardashian said...

hahaha...rajin betul dia ni mengupdate. Tido kat airport ajer senang kak oi. Heheh.

Alinlai said...

zakiah,
last resort tido kat airport tu...bila lagi nak nyusahkan kenkawan ke ke ke.

Ayu Mohamad said...

alinn aku nak gak tikar sarawak weiiiiii

Alinlai said...

ayu,
jom kita pi s'wak :)

Kaklong Syikin said...

salam,

saya suka suasana lapangan terbang. tak tau nape..cuma tak laratnya makanan n minumannya mahai2..

kena tinggal lagi..

saya dulu teringin gak nak jadi pramugari, tp bab pakaian dia tu yg tak jadi tu hehe..
kan bagus kalau boleh tutup aurat, kiranya kapal terbang kita ni mcm pintu gerbangkan, yelah mewakili malaysia ke mana2 sahaja sbg sebuah negara Islam Hadhari, tetapi malangnya pramugarinya mendedahkan aurat..boleh gitu??

Alinlai said...

syikin,
ke ke ke...lawak ummi ni ada gak cita2 nak jadi peramugari ni mesti berangan nak pi travel sana sini kan? Iye makanan mahal... tak berbaloi. Peramugari kita kenapa tak dipakaikan seluar je lagi selesa dan senang bergerak