Tuesday, February 14, 2006

Minggu ke minggu....

Salam,

Dah masuk minggu ke-3 bulan Feb 2006, apa yang dah aku capai untuk bulan ni? Azam nak 'pregnant' so far blom ada apa2 tanda lagi...tapi usaha dah ada insyaAllah mudah-mudahan Allah Taala makbulkan doa dan usaha kami aminnnn!!!

Gatal je tangan ni nak booking air asia bulan 4 atau 5 ni...tapi tak discuss lagi dengan abang bulat, ntah la rasa nak balik sekejap, sebab kalau tak balik memang raya nanti la baru balik, lama lagi tu. Plan nak balik kampung sini bulan 6 ni...dengar2 ada orang nak merisik adik ipar yang bongsu, ok la tu bleh makan kenduri tak lama lagi. Orang Semporna...aku pun blom pernah sampai sana, bleh pi Sipadan Island, he he he...isk ada ke bleh plan nak pi melancong plak. Akal nak perabih duit memang terrer...

Sekarang kami dah minum Habbatussuda, memang lain mcm skit rasa dia tapi tahan je la lagipun namanya ubat mana ada ubat yang yummy...vitamin budak2 ada la perisa mcm2... Malam tadi aku buat bubur asyura, tapi disebabkan tak letak garam tak rasa lemak sangat, tapi manis dah ok. Tak pa...1st time buat, nanti2 ok la tu...petang ni bleh bagi kat kawan2 yang berkenaan...silap2 abang bulat habiskan, dia kalau yang ok memang tadak masalah nak mengabiskan...tengok badan le :)

Petang ahad, pakcik abang bulat pi rumah, biasa la kalau orang mai rumah kami depa yang lorat, sunyi la kan duduk dua orang....hmmm tapi so far kami ok je, rasa lebih bebas duduk berdua, aku faham la sebab adik ipar dah tak duduk sini lagi, menyewa bilik, so...apa masalahnya. Berdikari le...dah kerja sendiri, sampai bila nak duduk dengan sedara mara. Ntah la....masing2 ada pendapat sendiri la, aku insyaAllah kalau ada anak, make sure anak kita berdikari, boleh duduk dengan orang tapi sekejap saja sebelum nak selesa dengan persekitaran, kalau lama2 duduk rumah orang pun tak bagus juga, ntah la ini pendapat aku la.

Dari bulan ke bulan aku perasan kakak ipar aku makin kerap minta bantuan abang bulat, yang aku kagum tu tengah2 bulan pun daia sanggup sms or telefon minta bantuan kecemasan, pelik bin ajaib gak sebab hari tu kata jaga anak orang, tapi apa hal? Aku suspect sendiri2 la...abang ipar aku tu ada masalah kot...kalau tidak takkan la sampai nak bayar bil api pun minta kat abang bulat? Ntah la depa ni, memang la kami mampu nak hulur2 tapi setakat ni kami berdua kalau sampai nanti2 bila kami dah bertiga, berempat ... dok kena hulur bantuan kecemasan tengah2 bulan aku tak tau nak cakap apa la...

Adat berumahtangga....

Tadi turun pi bilik komputer...nak print banyak2 pun tak selesa sebab ramai plak orang, so aku print 2 transperancies je...untuk esok sblm mid term exam. Soalan dah photostat, lega dah...kelas petang ni tak nak bincang apa lagi...nak dengar budak2 present je...then soal daripada presentation tu...

Kat opis le ni aku blog hopping merata...teringin gak nak jumpa kenkawan lain selain achik dan mar tapi so far blom ada lagi...agaknya diorang ni busy kot aku je yang kurang busy, best keja lecturer ni ada gak masa nak bersosial walaupun kat dlm bilik. Bleh kenal mcm2 orang...tapi so far aku baca je entries...komen kadang2 je aku letak, the rest aku baca dan baca...mana yang cerita menarik aku follow, mana yang so so aku baca gak sampai habis, mana yang berkait hal rumahtangga aku baca dan berdoa agar aku dan abang bulat dijauhi daripada dugaan hebat mcm tu...bukan takut dengan dugaan cuma yang biasa2 tu terima sebab hidup kena la ada dugaan...yang heavy tu hmmm minta dijauhkan....

Kereta baru ok...alhamdulillah aku tadak masalah nak handle...aku ni fleksibel skit, bleh je nak adapt. Tapi biasa la org yang mcm tak caya dengan aku...sebab saiz kecik, eleh... daripada badan je besar tapi hampeh, baik le macam aku...dulu2 bengang juga tapi la ni lantak le malas nak layan.

Jiran aku macam biasa le buka dan tutup pintu macam nak runtuh dinding bilik ni... sama ada pintu dia memang payah nak tutup rapat atau memang dia ni jenis tutup pintu mcm mengamuk...aik...tensen juga kadang2...tapi aku buat2 hepi la...

Sekarang ni dtg opis pun mcm tak best je...ramai sangat muka2 baru...tak kenal sangat, aku kadang2 mai angin malas nak layan orang aku senyum je tak berkata2... kalau nak kata sombong pun kata la...tapi aku dah senyum tadi, kalau orang sombong takkan nak senyum plak...so aku tak la sombong cuma malas nak bersuara (erkkk...apo ni?)

Banyak benda nak cerita...tapi bila duduk depan komputer ni terbang semua idea. Memang la aku bukan good writer, aku good listener pun bukan, so sampai kat sini je la good bye !!!

~dariBMkeKK~