Thursday, February 09, 2006

10 Muharam

Salam,

Alhamdulillah dapat 2 hari dah posa dlm bulan ni...Isnin dan hari ni (insyaAllah), hari ni siap bangun sahur lagi sebab abang bulat pun posa juga, tak le paksa dia cuma dia nak juga posa, kesian juga sebab hari ni dia ada kelas pagi dan petang, maybe dia OK tu sebab tak telefon pun cakap letih ke apa ke...hari ni aku relax manjang dari pagi tadi sampai sekarang ni...tak dak mood la nak buat apa2...apa2 pun sat lagi kena turun print soalan midterm next week, make copies dll...takut mana le tau next week toner mesin photostat habis ka, printer tadak toner ke...isk bukan bleh harap sangat kat sini...malas nak pi photostat kat kedai...walaupun kos bukan le mahal sangat tapi diorang ni mcm tak jaga kebajikan kami je...kalau untuk pegawai2 ok je untuk ahli akademik mcm berkira plak...jeles ke?

Ada dua tiga orang tegur kereta baru kami...he he he syhhh dediam, lama2 nanti orang tau juga, awal2 ni relax dulu, lagipun nak sembunyi mcm mana pun, bukan besar sangat tempat ni...kat KK pun bleh jumpa beberapa kali dlm sebulan (hmm ntah2 seminggu...). Petang kelmarin abah telefon, hmm ingat juga depa dekat aku dengan abang bulat, mak pun cakap gak...isk Pika balik dari sini demam seminggu, macam mana nak mai lagi? kwang2...tak pa la...next time tak payah bawa dia pi tepi2 pantai, pi shopping complex je...2,3 tahun lagi ada beberapa attractions kat sini...menunggu2 yang dekat Sutera Habour tu, kot2 ada mcm Berjaya Times Sq. bleh pi ronda2 sakan.

Alhamdulillah beberapa kali aku bangun qiamullail minggu ni...dah lama tak buat, rasa tenang dan lepas tu susah plak nak pejam mata balik. Sekarang dah juz 23, lagi 7 lagi, nak cepat2 habis, nanti bleh start baca Quran lain plak. Ada 1 lagi Quran yang sorang kawan ni bagi hadiah kawin, insyaAllah bila baca dapat gak pahala dekat dia, yang aku baca skrg ni adik ipar bagi dia dpt hadiah syarahan ke apa ntah, aku ambik je orang dah bagi. Tq :)

Tadi aku tido 45 minit...pelik awat la alarm tak bunyi...check balik aku kunci 1.45am bukan pm...kalau dok tunggu juga alarm tu berbunyi sampai asar le aku tido kwang2...tapi tak pe kunci pintu lagi pun semester ni budak2 pun tak berapa nak mai bilik, diorang prefer jumpa kat kelas je...ok le tu bagus gak. Bangun tido pi le toilet nak cuci muka, he he he sure kalau ada budak yang perasan muka bangun tido aku akan bengkek, time keja bleh membuta, tapi aku membuta masa lunch hour la...
Terserempak dengan kawan tadi dia kata meeting pengesahan next week, isk abang bulat dah hantar CV ke blom ... geram gak sebab dia kalau kita beria2 balik malam ni nak paksa dia update dan make sure early next week hantar kat Pendaftar. Aku dah hantar lama dah dekat Pendaftar...tapi biasa la diorang meeting pun ntah berapa kali dlm setahun...so sabaq ja la...malas nak layan. Masa bercakap2 tu risau gak dia perasan muka sembab aku, tapi biasa la buat2 cool...walaupun malu la juga erkkkk...

Minggu depan meeting sekolah lagi...tapi aku seronok gak sebab aku ada kelas masa tu...so paling2 awal pun pukul 11am le baru masuk bestnya...aku nak masuk 11.30am lepas siap semua kerja2 dan siap membaca e mel, blog dll...lama kalau sekolah ni meeting, kadang2 tu mcm meeting mengesahkan minit je, buhsan gue.

Oklah...tadak idea nak mengarang lagi...ciao!

~dariBMkeKK~

No comments: