Saturday, February 25, 2006

Hari ini hari Jumaat...

Salam,

Dah Jumaat pun...minggu ni apa yang aku buat? Ok banyak juga, siap final xm questions, dan dah dimuktamadkan pun...lega sebab tadak changes, aku rasa diorang tak berani nak komen kot, sebab aku jahat ke ke ke paper orang aku komen, paper aku, aku defend gila babas....ha ha ha orang jahat musti ketawa.

Pagi ni kejap saja, 12.15pm dah siap meeting, kelmarin dari pagi sampai petang 16 soalan SAHAJA...isk isk isk...tapi bila buat 3 session macam tadi nampak ok sikit la dan harapnya starting from next sem they will split the meeting to 3 concurrent sessions, mcm presentation kat conf. plak...

Sakit perut bergelak dlm meeting, malas la nak berhemah2 sangat, tapi cover line juga la...nanti apa plak kata Sama - sama...ntah la aku tak berapa nak baik sangat dengan Sama sama malas nak berbaik that's all.

S*aril ROT* telefon...pelik dia aku bleh bergelak ketawa kuat...iye la aku dlm bilik sorang2 tadak sapa nak jeling2...sure dia ingat opis ni open space...ops...tidak le, kami dapat bilik sorang satu...bilik ni ana yang punya...nak tido ke nak keja ke nak blogging ke nobody knows...asalkan keja siap on time ok la...that's the beauty of our job as a le*turer. Tapi insyaAllah keja siap...so far tak la orang tertunggu2 hasil keja kita, walaupun orang nampak kita mcm relax...ada sesetengah orang nampak kalut manjang, tapi keja tak siap juga lagi la drama queen...

Hah...melalut plak kawan aku telefon tadi pasal nak minta no telefon kawan yang jadi kurator muzium kat pahang yang ada orang hantar botol berisi lembaga arghhh ntah la lembaga apa. Bagus mamat ni dia jenis ingat kawan, dan aku suka kawan dengan dia, walaupun dulu2 dia ada awek...(yang mulanya kami ingat tak serius...) tapi dia relax tak la mcm setengah mamat perasan tu bila ada awek dah tak join kawan2 lain...aku kenai dia masa kat ITM Shah Alam, DPA 91-94. Skrg dah 2006, lama dah la kami kenal... dan nak dijadikan cerita wife dia (dulu awek dia tu...) kawan sekolah rendah aku, what a small world. Tapi sampai la ni tak jumpa walaupun sama daerah... dah aku harap balik raya tahun ni aku nak la beraya kat rumah mertua dia ni, insyaAllah.

Tadi pi lunch dengan cikpah, dayang dan ros, balik dari lunch alamak ngantuknya... solat dan aku tido dekat 1 jam 30 minit...hmmm terukkan? Mujur la tadak budak2 ketuk pintu, atau aku terlupa nak kunci pintu, kalau tidak sure terkejut budak sebab aku tido dlm telekung ke ke ke...kronik sungguh.

Gaji dah masuk...bulan ni mcm ok skit sebab aku bayar keta 25% je...abang bulat kata tak pa la since aku bayar rumah...I love u abang bulat...so bleh la bayar kad banyak skit biar cepat habis dan bleh guna lagi dengan jayanya.

Minggu ni nak masak nasi lemak la...ada sotong kering, buat sambal tumis, goreng ikan bilis, yummy...esok pagi ke...ok gak, or lusa pagi. Cadangan je ni...kadang2 tu kami dua ni lepas subuh tido tak ingat dunia...biasa la bukan ada sapa nak kacau. Gunakan kesempatan yang ada...

OK nak balik dah...selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~