Friday, February 11, 2011

Al-Fatihah...

Salaam,

Kelmarin 10/02/2011 kami menerima berita sedih dari M'sia... mak mertua aku @ mak abang bulat kembali ke Rahmatullah. Masa orang M'sia telefon maklumkan berita... memang aku tak dengar tapi bila abang bulat tetiba je menangis aku dah dapat agak. Sedih bila tengok dia sedih macam tu... kebetulan malam tu budak-budak pun dah tido. Bagi ruang bertenang, minta dia mandi dan solat kami sedekahkan Yassin dan doa kat arwah. Itu je la yang mampu.

Sedih memanglah sedih tapi aku rasa berbanding kesedihan yang abang bulat rasa memang berapa persen saja la kesedihan aku. Tapi ye la... salah sorang kena la kuat, kalau dua-dua dok layan perasaan memang tak tertanggung la. Alhamdulillah esoknya... dia masih menyambung kerja-kerja... masih boleh melayan budak-budak... tapi dalam hati dia siapa yang tahu. Harap-harap kami kuatlah kat sini. InsyaAllah.

Aku kenal arwah 2 minggu lepas kami berkawan... memanglah mungkin aku bukan menantu yang rapat dengan arwah, tapi rasanya aku masih menantu yang menghormati mertua. Hormat dengan cara aku... aku tak kisah beraya atau bercuti di kampung Tongod yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai disebabkan keadaan jalan yang tidak berturap, walaupun ramai yang agak sangsi masa kami mula-mula berkawan dulu, ada yang ingat aku cuma nak main-main je. Aku tak kisah meraikan arwah sebagai tetamu masa dia datang rumah, seboleh mungkin aku cuba masak untuk memastikan arwah rasa diraikan. Mungkin memang cara aku yang agak straight forward orang akan nampak aku kasar... tapi rasanya aku masih menantu yang menghormati mertua. InsyaAllah.

Doa aku... semoga arwah tenang di sana... semoga doa kami (anak-anak dan menantu) sampai kepadanya.... dan semoga rohnya dicucuri rahmat, aminnnn!!!

`dariBMkeKKkesTir`

4 comments:

Hasfazilah said...

Takziah Lin & Latif sekeluarga,
Semoga rohnya berbahagia di Sana.InsyaAllah.

Alinlai said...

Ilah,
insyaAllah :) itu je la yg kita mampu buatkan skrg ni...

KV said...

al fatihah dan takziah lin.

Alinlai said...

KV,
Thanks Babe... :)