Thursday, November 27, 2008

14/10 - 18/10 dua kosong kosong lapan

Salam,



Ok hari ni ada perasaan nak berkongsi cerita dengan semua kronologi pengalaman bersalin.



Untuk bacaan sahaja... sila jangan baca kalau seriau ke ke ke....



14/10, 2008



Tengahmalam aku dah rasa ada air keluar lepas buang air... agak2 je la air ketuban...tapi masih relax lagi sebab tak sakit. Lepas subuh baru angkat segala beg yang perlu ... pi la KKS kat Damai. Akan tetapi Dr yang biasa check tu tak nak ambik kes aku sebab:



1. Baru 34 minggu

2. Air dah keluar lebih 4 jam, dia takut ada infection.



Dia suruh pi HPL, oklah...tak kisah pun... dalam 6am camtu kami pi HPL, lepas kena check itu ini, bukaan dll... terus kena tahan kat wad, mula kena duduk wad kelas 3, tapi lepas abang bulat janji nak bagi surat majikan hari tu juga dapatlah masuk wad kelas 1, tapi kongsi katil. Oklah tu... layan je. Katil sebelah tu ustazah ngajar kat Sptg, orang M'ka. Sempat bertukar nombor telefon. Dia bersalin hari yang sama... dan keluar wad 15/10. Dapat anak lelaki :)



15/10, 2008



Pukul 6am abang bulat dah sampai...bawa breakfast. Makan sembang... pukul 7 lebih dia pi opis, sambung tido :) Pukul 12.30 - 2pm dia mai lagi... macam biasa masih tiada tanda-tanda nak bersalin... ok gak lepak spital... kali pertama la dlm hidup ni tido kat spital... rehat sesungguh hati. 4pm - 7pm abang bulat mai lagi, lepak sampai guard suruh balik ke ke ke...



16/10, 2008 - 18/10, 2008



Hari ni dpt juga marking 2nd assignments... jenuhlah minta tolong kenkawan take over kelas tutorial dan ambik markah pembentangan... malu jgn cakap le sebab macam tak selesai kerja tapi kena la minta tolong juga, thru sms je. Sabar sabar. Hah... petang ML bidan peribadi [kekonon....] mai melawat... siap bawa akar Ct Fatimah... aku pun rendamlah minum air... hmmm mungkin sebab air tu atau dah sampai masa, tengahmalam dah ada darah sikit2... bagitau nurse dia cakap itu dah tanda-tanda nak bersalin. Ada contraction tapi 'mild contractions'... nurse pun malas nak melayan sebab pada depa benda tu tak serius. Pukul 3am Dr mai check bukaan sikit je, aku minta kat dia ubat tahan sakit sebab tak bleh nak tido... penat la juga. Lepas subuh abang bulat mai melawat...aku pesan nasi lemak dan teh tarik, lepas makan tu makan ubat antibiotik dan dapat 1 cucuk ubat tahan sakit lega... bleh la tido sampai tengahari. Dr Pakar mai check aku bagitau pasal darah, Terus dia cakap ok... petang ni bleh masuk labor room. Hmmm suspen ni. Tapi relax la mungkin dah sampai masa kena la bersedia ... insyaAllah ok tu. Petang Jumaat [17/10] lepas solat abang bulat mai teman aku sampai Dr bertugas check bukaan... ada 4cm, terus nurse siapkan aku tolak pi labor room... masa ni berdebar tapi relax lagi sebab ntah la aku relax sungguh...

Dalam labor room... ramai nurse pelatih yang comel-comel untuk diajak bersembang... pelik budak-budak tu dok tanya tak sakit ke?... sakitlah sikit-sikit tapi mungkin aku ni tahan sakit atau memang tak sakit sangat. Sampailah dah 8 cm aku bleh lagi dok bersembang, bergelak ketawa dengan budak-budak tu... pelik juga sebab ntah la aku rasa la sakit-sakit sikit kalau ada contraction tapi masih boleh bersembang dan tak la sampai mengerang atau menjerit. Alhamdulillah.... pukul 3.30pm masuk labor room... pukul 12am 18/10 barulah aku sedia nak bersalin... dengan bantuan doktor dan nurse kat situ... pukul 12.15am keluarlah Athirah Hannah Lai.... cepat-cepat doktor pegang perut nak pastikan Awatif Hannah Lai tak berubah kedudukan, selang 4 minit lahirlah Awatif... perasaan? Syukur Alhamdulillah... akhirnya selepas 35 minggu lahirlah anak-anak aku... sorang 1.97kg dan sorang lagi 1.7kg. Kecik sungguh...

Tapi ada pengalaman yang boleh buat aku hilang sabar, ada sorang nurse tu mulut celupar... dia siap komen lagi sebab aku tak tau bila masa patut meneran,,, boleh dia kata camni. Sekolah je tinggi nak meneran pun tak pandai... isk isk isk... ada kaitan ke sekolah tinggi dengan meneran? Layan je la.

Masa kena jahit tu... aku tanya le nurse yang jahit tu, berapa lama dah kerja...dia cakap dah 15 tahun ke ke ke terus jadi confident iye le kalau 15 tahun dok jahit mestilah dah cekap ke ke ke... jangan tatau aku bleh minta milo secawan kat nurse tu mujurlah dilayan... lepas minum milo, minta doktor panggilkan abang bulat... sembang-sembang sebelum bleh keluar. Pukul 2am baru selesai semua... dua-dua orang dah dibawa ke ICU sebab kurang minggu dan bawah 2kg, kena pantau sekejap. Abang bulat naik ICU azankan budak-budak... lepas tu dia pun baliklah. Penat jangan tanya tapi rasa lega.... ringan badan, disebabkan budak-budak kena letak kat ICU, aku pun bolehlah berehat. Tido dengan nyenyak.... zzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz.... I LOVE U abang bulat....

~dariBMkeKK~


17 comments:

Hasfazilah said...

bab mulut nurse tu biasalah..kat hosp.SJ, ada yg kena tengking pun masa nak bersalin, kwn pun kena, tapi kwn jenis mulut laser jugak, dia pun balas balik, terdiam nurse tu! rasanya nak jadi nurse, tak patutlah mulut celupar macam tu kan, menyakitkan hati pesakit je...+ + first time, mana nak tahu...isk isk...sedih dengan suasana hosp di malaysia ni.

Anonymous said...

adooii sambil jahit menjahit tu boleh interview bagai...hhhehehhe

dah berapa berat babies ek?

NONIE AZIZ said...

HEMMMMM...betullah no school punya nurse...

Alinlai said...

ilah,
itulah pasal....sabar je la, boleh tu tetiba je dia buat statement camtu, mujur husband tak masuk kalau tidak ada yang kena sekeh kepala ...

zar,
itulah masalahnya kalau org yang tahan sakit... nurse tu pun tanya tak sakit ke ni? hmmm tataulah nak cakap macam mana... sakit tapi masih bleh nak sembang lagi kwang kwang kwang layannnnnn... lepas sebulan, sorang dah 3.5kg dan sorang lagi 3.2kg :)

nonie,
iye... agaknya dia pi nursing school yang online kot :)

MalayConfinementLady said...

seriau tang jahit2 tuh..
hihihi. Rasanya tang tue la part yg plg sakit skli, asyik tnya bila nk habis jahit...

Alinlai said...

Miim,
ke ke ke...sebab tu la dok bawa nurse tu sembang2 nak kurangkan rasa sakit... mujur dilayan :)

KV said...

wah, celupar sungguh mulut misi tu.

Anonymous said...

Masya Allah cantiknya anak2 kak lyn!
Congratulations buat kak lyn sekeluarga :)

Mulut nurse tu celupaq betoi la no. Ingatkan zaman la ni dah kurang nurse nak celupaq sangat.

Alinlai said...

KV,
iye...silap tak ambik nama dia lepas tu buat laporan... baru dia tau.

Mar,
syukran jazilan... :) itulah, zaman IT ni pun ada lagi misi yang mulut nak kena cili

AppleB said...

tahniah yang..ai baru je terbukak blog mu ini heheheheh. ketinggalan kretapi banar.

hug hug kiss kiss from me utk budak2 tu yer.

dan selamat menjadi ibu..peace!

Alinlai said...

AppleB,
ohhhh mmg lambat bebenor, dah lepas pantang pun ke ke ke... apa2 pun makasih sebab mai juga jenguk2. Orait.... hugs n kissess no hal

Anonymous said...

wa agakla cik lin, nurse tu mgkn pernah fail subjek ekonomi masa spm kot. tu yg lepas geram kat lecturer ekonomi ehehe take care!

Alinlai said...

cik sue,
yezzarrr... gamaknya le. Jeles la tu kwang kwang kwang. Dah lepas pantang ... tapi masih macam berpantang... tak teringin nak makan mende pun... bagus gak tak le naik badan ni ahaks...

cikdinz said...

ini lah citer penuh nya yeik...
so, baby apa khabar sekarang?

Alinlai said...

cikdinz,
babies Alhamdulillah sihat2 je... makin bulat :) senang hati tgk depa

Mummy Rizq said...

comei sungguh anak anak hang lyn... alhamdulillah..

Alinlai said...

Achik,
:) terima kasih ... Alhamdulillah