Salam,
Sunyi lagi kat opis ni...walaupun budak dah final xm tapi semua xm kertas teras U jadinya tak dak la xm kat bangunan ni...aku bantai tido sejam tadi, ngantuk sangat...qada tido-tido yang tak cukup sebelum-sebelum ni...balik kampung faham-faham la mana la ada masa nak tido petang, kalau tak pi jalan-jalan dok bersembang sakan.
Apa-apa pun raya ni macam biasalah MERIAH dan SERONOK...pagi raya balik dari solat sunat, bersalam-salam...bagi duit raya kat kanak-kanak riben, sambung makan yang tertunda (makan sblm pi solat tu sikit je.....) lepas tu pi berjalan ke rumah jiran-jiran...lepas zohor pi berjalan rumah mak menakan, dari petang sampai malam...makanan jangan cakap la ketupat palas (pulut hitam pun ada), rendang, gulai ayam, gulai daging, nasi impit, bihun sup, laksa perghh kenyangnya...malam tido kekenyangan...itu pun abah mak dok suruh kami pi makan lagi...abang bulat dah haru sebab dia dah kenyang tapi dah orang pelawa (dan nampak makanan yang sedap-sedap...) dia akan makan lagi dan lagi dan lagi...
Raya ke-2 tak dapat pi mana sebab ada orang mai rumah...petang baru dapat lari kejap, kami pi megamall he he he...tengok-tengok orang dating, bawa pikachu (adik bongsu aku), parking sampai level 6 ramai sungguh manusia pi shopping raya-raya ni...beli kasut raya baru sebab yang aku beli sebelum raya ada anak menakan berkenan...sebagai mak menakan yang baik hati aku pun bagi la dekat dia...(baru darjah 5 kaki dah sama size dengan mak menakan umur 30-an...isk isk isk...)
Balik megamall singgah c'four plak...beli ubat dekat my sis yang sakit perut...(tak beraya dia tahun ni sebab sakit perut doktor suspect gastrik...), beli mee goreng mamak yang sedappppp....malam pi klinik kat Kul*m, tak ingat apa nama kawasan tu...macam kat Bomb*y sebab ramai Ind*a dan bau-bauan yang sewaktu dengannya...muka Dr pun macam pelakon filem Tam*l, lawak sungguh.
Raya ke-3 ingat nak pi bank je, tiba-tiba abang aku ajak pi tengok rumah baru, ok gak...pi la dua kereta, abah pun ikut juga. Bila tengok je rumah tu terus jadi suka, seronok dan tak sabar nak pindah...dekat dengan surau, tak payah abah mak naik motor atau kereta, jalan kaki pun boleh. Parking pun banyak...jalan pun luas...dan dekat dengan kampung mak dan abah. Semua dah dok plan nak buat itu ini dekat rumah tu. Lepas tu pi bank kat Kul*m ... teringat dekat Mar tapi no telefon tak dak...(tak sempat check e mel sebelum balik BM), pi bank lepas tu pi PizzaH*t. Sempat ronda the Stor* beli barang sikit...banyak sungguh kedai jual baju ready-made dan tudung-tudung kat Kul*m ni...
Raya ke-4 pi Merb*k, beraya rumah kakak no-6...makan nasi bertambah-tambah...petang pi SP rumah kakak no-1, sampai malam ...makan lagi mee rebus, bihun goreng, kuih raya dll...tapi semua sedap...isk isk isk kalau timbang ni tak tau la berapa kilo naik...
Raya ke-5 dah balik KL...jalan ok 3 jam je dah sampai Tap*h. Pukul 4 lebih dah sampai Kaja*g, pukul 5 lebih keluar balik pi HL jumpa SIL. Dah lama tak pi area situ...sesat merata...at last ambik jalan lama, tanya orang sana sini jumpa la juga...ke ke ke. Kira oklah orang KK sesat 15 minit je, tunang dia dari Ked*h sesat 3 jam...masuk Kaja*g, pi KL balik...he he he...masak le dalam kereta.
Raya ke-6 dah balik KK...tiap kali atas flight nak sampai sini, aku akan tenangkan diri sendiri... Allah Taala tu ada perancangannya untuk setiap umatNya, sebab tu rezeki aku dekat sini...dan lepas tu jadi OK la tambahan lagi ada abang bulat kat sebelah, memang dah rezeki dan jodoh aku kat bumi KK ni terima dengan hati yang terbuka :)
Habislah cerita raya...insyaAllah panjang umur balik lagi beraya Haji kat kampung tahun depan...sebab raya Puasa giliran sini pulak. Tapi aku dah plan nak balik bulan 4 atau 5 ni...balik semata-mata untuk bercuti sahaja...yang tu lagi best...boleh berjalan sakan yippieee.
Stop sini dulu...nanti kita sambung lagi citer raya kat KK ciao cin cau.
~dariBMkeKK~
10 comments:
alin yuhuuuuu salam raya :P
sonok no hang beraya kat sini
nanti buh la gambaq sket hehehe
selamat bekerja kembali..
gambaq raya? ke ke ke boleh...gambaq kanak2 ribena ehhh hang tak pi open hse ka ayu?
woi... raya sakan hang! tak hengat dunia yer.. apa apa pun seronok kan balik kampung sekali sekala. eh! ada dapat tak kad raya achik?
Sakan noooo :)
Salam raya dari kami diperantauan..
alin..hang kat KK ka..kat BM ka.. bab makan mesti tak abih :0)
kira la ni hangpa dah naik berapa kilo dah? :0)
memang dah takdir hang akan terdampaq kat KK..tapi masyaAllah..(semoga berterusan)..setahun hang balik BM sampai susah nak kira :0)
mesti hangpa nak pengsan berapa banyak rumah.. hebat betui raya hangpa ..tahun depan raya kat KK ka pulak?
Achik,
tak dpt lagi kad affin dok tunggu juga ni ke ke ke...tapi tak pa la kadang2 tu silap route pi mana-mana dulu harap2 sampai la lepas ni. yezzarrrrrrr memang seronok balik kg masa raya lagi seronok...
ABB,
sakannnnn... ke ke ke...tak lekat kat rumah dok berjalan saja.
Ajzie,
iye...salam raya untuk orang di perantauan :) tak sedihkan? tak pe ambik peluang rasa meraya kat tempat orang...seronok jugakan?
simah,
ha ha ha....raya kena la ada makanan...itulah pasal, ntah berapa kali balik kg dlm setahun pun kdg2 tak ingat...lebih byk kali balik BM dari balik S'dkn. Ada peluang pi KL je ambik peluang balik BM juga...kalah orang duduk KL kwang kwang kwang...iye tahun depan giliran sini, raya tetap raya cuma bezanya makanan kurang kick kat sini :)
salam.
selamat hari raya.
maaf zahir n batin ya..
alamak..bab laksa tak tahan tu..
gambaq tak da ka?
syikin,
iye...makan laksa yang power kat rumah cousin kat kampung eiii memang sedap sangat :) gambaq??? ke ke ke ada....nanti2 la masukkan kalau rajin.
Post a Comment