Friday, October 06, 2006

Jumaat datang lagi

Salam,

Selamat berhujung minggu...kejap je dah nak masuk separuh bulan kita berpuasa. Cepat sungguh masa bergerak.

Malam tadi kami tak pi beriadah di pasar ramadhan, tukar angin sikit pi buka posa kat luar. Tapi bila balik rumah lepas Isyak aku dah malas nak buat tarawikh, maknanya malam tadi aku sudah miss tarawikh...isk isk isk.

Hari ni hujan memanjang...cuaca sungguh sejuk. Pagi tadi punyalah susah nak bangkit tido, rasa mcm nak bungkus badan dengan comforter tu sampai t'hari. Sampai opis macam biasalah 8.30++ , pukul 10.30 aku dah kuar dengan Su pi tunjuk kat dia tempat jual biskut raya sedap yang aku biasa beli. Masuk KK Pla*a dapat sehelai jubah hitam yang elok la juga, ntah angin apa aku berkenan plak nak pakai jubah kui kui kui...silap2 aku pakai malam ni sebab ada Majlis Berbuka Posa kat sini. Biskut raya dah beli satu balang...rasanya malam ni ada sesi test market, silap2 tak sempat raya dah habis biskut tu.

Oklah semua selamat berhujung minggu, mesti ramai yang dah bershopping untuk raya... selamat memeriahkan shopping complexes...esok kami nak pi membeli gelang2 pesanan penaja...biasalah kalau nak balik ramai penaja yang akan pesan itu ini, bisnes beb...dapat gak 2,3 ratus :) oklah tu.

Ciao all, selamat berbuka posa dan selamat berposa untuk hari-hari seterusnya.

~dariBMkeKK~




7 comments:

Mummy Rizq said...

aluuu... dah beli kueh raya yer! achik ari ni baru order. sikit sikit dah ler.. jgn tak ada. so.. selamat berhujung minggu!!

Anonymous said...

kalo ler aku kat mesia, teringin nak pesan kuih cincin kat ko..

simah said...

kat sini raya tak makan kuih raya..depa makan coklat..senang ja..kalau tak depa makan dessert atau börek ka.....tak banyak jenis..tapi bila tiap rumah makan dessert...adoiiiii kembung perut...dessert depa manisssssssss

Kaklong Syikin said...

salam
dah siap dah semua persiapan raya kiranya ya? saya satu apa pun lum lagi..nantilah, tunggu cik abe bagi green light.

hai, samalah cam adik saya yg tinggal kat tenom sabah tu, kalua balik sini, mcm2 barang kawan pesan suruh belikan..dptlah sikit duit belanja..

Alinlai said...

Achik,
beli 1 balang je, dah tinggal separuh pun malam2 kami dok beraya dua orang :)

mama singa,
nak ka? bagi add bleh je nak pos sepeket dua :)

simah,
iya...depa makan manis2 kan? sebab tu la muka depa manis kot ke ke ke....hang buat nasi impit kuah kacang la tahun ni, biaq lain sikit :)

syikin,
he he he...tak la siap apa pun, baju je 3,4 pasang yang lain2 tu pelan2 la. Biskut pun dah tinggal separuh balang...tiap2 malam beraya :)

Sherin de Souza said...

Syok nya shopping raya! Sherin baru buat satu jenis kuih. Hari ini ingat nak buat lagi satu.
Kat sana teruk tak haze? Kalau hujan aje clear la langit kan?

Alinlai said...

sherin,
ke ke ke tak la shopping mende pun, beli biskut sebalang je. rajinnya buat biskut raya :) saya tak rajin dan tak berbakat buat biskut, makan pun kurang minat juga :)