Salam,
Hari ni b'day abang bulat, yang ke 30an...hadiah dah beli tapi tak bungkus lagi, kad pun dah beli tapi tak tulis lagi...malam ni baru nak bagi. Sajalah sakat dia tahun ni hadiah tadak...dia jawab akulah hadiah dia...isk oklah kena pi cari reben la nak ikat kat kepala...
Kesian kat abang bulat, baju melayu dia singkat kat belakang, tailor silap ukur atau silap potong. Rasanya silap potong tu...jadi, dalam pukul 10 lebih tadi aku pi KK sat beli kain 1 meter nak pi suruh tailor tu buat semula bahagian belakang...mujurlah ada lagi kain yang sama...kalau tidak jadi baju artis pulak depan color lain, belakang color lain...(baju artis ka baju sarkas?) eiiii janganlah kesian kat abang bulat.
Kalau ikutkan dia tak payah la hantar semula, dia nak pakai kejap je lepas tu salin t-shirt, aku risau lepas raya ni dia tak pakai dah baju tu...rugi je beli kain pi tempah. Tak pe harap-harap Ahad ni siap insyaAllah.
Baju raya dia setakat ni sepasang je, aku dah 5 pasang, masa bila nak pakai pun tak tau la. Tapi boleh simpan sepasang dua untuk kenduri kawan kat Melak* dan adik ipaq aku bulan 12 ni, dah tak payah susah-susah nak buat baju baru (orang lain yang kenduri kita yang sibuk nak buat baju baru...)
Jerebu hari ni kurang sikit, cuaca pun sejuk je...isk best tido ni :)
Minggu depan dah nak balik kampung...seronoknya...tapi tak la prepare menda pun sebab baiklah beli kat sana lagi banyak pilihan. Kuih pun aku tak bawa balik, sebab tadak yang special sangat pun, kalau nak beli pun aku beli kuih cincin sepeket dua cukuplah...udang 2, 3 kilo oklah tu.
Oklah, tak baik cerita pasal nak balik raya sangat-sangat kesian kat kenkawan yang duduk seberang laut tu...raya makan coklat je kui kui kui....ok bye :)
~dariBMkeKK~
8 comments:
oitt.tahun ni tema kaler apa? balik BM ka cheq??
Tiara,
warna pelangi ke ke ke....warna ungu, biru, hijau (sebab banyak baju raya....) balik la...minggu depan dah nak berangkat yessss!!!
seb baik ko jumpa kain yg sama..kalo x terpaksa la abg bulat pakai hidung merah ngan rambut kembang utk completekan costume badut raya..hehe..
kuih cincin tu, nanti tunggu aku balik mesia la..pos ke sini mahal..tak berbaloi..
alin..kesian abang bulat punya baju senget sebelah! Saman tukang jahit tu....... :O
Happy birthday untuk suami Alin. Wah Buka Birthday party le nampaknya.:)
ler..baju 5 pasang mengalahkn erra pajira ajer. Heheheh. Raya sakan nooooo.
mama singa,
itulah pasal...tapi pi beli sorang2 je kalau ajak dia memang tak mau malas nak bising2 dengan tailor tu. Mamak yang jual kain tu pun gelak bila cerita, dia yang suggest beli kain kaler lain chissss mamak tu...
sherin,
senget kat belakang ke ke ke...ingatkan sebab perut dia tapi bila ukur memang org tu silap potong yang depan panjang sikit. Buka posa kat rumah je tak pi mana-mana pun, tunggu weekend la kot :)
Zakiah,
kwang kwang kwang...iye ada 5 pasang baju baru, dah konpius mana satu nak dijadikan baju raya tahun ni...raya sakan la la la....
achik nak kim udang besaq sekilo..bleh??? muahahaa..
kena pi tunggu kat airport la kalau nak...flight ke penang lambat tu pukul 9pm. Nak ka?
Post a Comment