Wednesday, October 11, 2006

18 Posa ...

Salam,

Hari ni nak pi buka posa kat B Hotel kat sini, mesti org kat pasar ramadhan tu tercari-cari muka aku dengan abang bulat (kui kui kui perasan macam la muka kami ni femes sangat....) kawan-kawan abang bulat ajak...silap-silap aku sorang je pompuan...tak kisah la tu nak makan pun depa nak sembang mende sembang la, kita layan sate, mee rebus dan segala jenis makanan yang ada lagi best...

Esok dah hari 4 (org sini panggil Isnin hari 1 ....Sabtu hari 6 tapi tadak hari 7 ok...Ahad hari minggu). Wah...dah dekat nak balik kg. hatiku berbunga-bunga...jangan ditanya persiapan...sebab rumah kena tinggal seminggu lebih, tak payah nak hias mende. Balik nanti dah final exam... silap2 open house pun tak buat tahun ni. Tapi tengok la macam mana, mungkin buat juga kot, kesian kenkawan nak makan laksa puas-puas :)

Kad raya masih 3 keping tu la...isk tak glamer sungguh tahun ni, budak2 pun tak bagi (nampak sangat aku bukan lect. faveret depa...ke ke ke garang je sapa nak suka...isk aiman x kisah la...) tak pe ada org KL nak pos kad raya company...yezzarrrr looking forward :)

Pagi tadi sahur aku masak sup ketam + carrot & ikan sweet sour, sedap pulak (ke ke ke apa kes puji diri sendiri ni...) tapi memang kami tak bertambah nasi sebab masak ngam-ngam je. Kalau dah habis nasi sila la meratah lauk...nasi tu masak 1 pot je. Kalau aku memasak masa berbuka memang berjimat la tapi disebabkan masa berbuka aku dah kontrak dengan pasar ramadhan so tak la berjimat mende...koman-koman habis RM10/- gak kat situ. Tak kisahlah...sebab abang bulat pun ok, dia yang tak berapa bagi aku masak sebab kalau masak kena balik awal...dia kalau boleh nak make sure lepas 5pm baru balik...(ke ke ke logiklah dah la masuk opis 9am, balik 4pm...opis bapa sendiri ka?)

Itulah kisah chacha marba aku...(uiks...teringat plak bubur chacha yang kaler-kaler tu...), untuk semua selamat berbuka dan bersahur sambil layan drama Natasha & Puteri kat TV3...tapi lebih baiklah buka TV1 ada Tadarus Al-Quran dapat gak pahala mendengar orang mengaji :)

Ok bye all.

~dariBMkeKK~




11 comments:

simah said...

budak ni kalau tak makan tak sah... tabik tabik... kira malam ni u will be the only flower among the bees... eh tak takut kena sengat ka?

Anonymous said...

ada lg ker cerita puteri..?

saya time ikut cik abang reunion, dia dok asyik sembang, kita dah lima kali mengulang pi amik makanan..

Sherin de Souza said...

La... u ni mmg I tabik la. Sahur-sahur pun boleh masak sup ketam! I sahur masak simple je -hot dog, toast,sandwich... Takda la sampai masak sehebat you alin. Nah terima la tabik spring dari I!!!!

P.s: I dah email you my address.

Alinlai said...

simah,
oh rupa-rupanya ada 2 flowers so tak la haru sangat, lagipun yang semeja dengan kami yg memang kenal dan boleh la nak bersembang-sembang merapu. Ye makan-makan yang best...macam-macam ada ke ke ke

mama singa,
Puteri yang ulangan...tapi skrg ni ada new season jarang la tengok, iye memang dok ulang ambik makanan la...lagipun free apa lagi kita makan dan makan la :)

sherin,
orait...kad raya akan menyusul :) ha ha ha sup ketam yang sempoi je la...rebus ketam dengan halia, serai, bawang, carrot...makan panas2 jadi sedap la juga. ok tabik balik ...

ibuVouge said...

sedap la alin..bagi la sup ketam..iv tak pernah masak sup ketam
seb baik la org pasar ramadhan tu tak buat announcement

Anonymous said...

Sup Ketam? sedap tak? biasanya kalau ketam MR kalau tak masak lemak, goreng berempah..sup tak pernah try plak...Terasa lama plak tak makan ketam!!

Kaklong Syikin said...

salam,

bila tu nak balik sini?

eh, sana tak kena jerebut kuat ke?
sini dah start ok.

saya ni sakit matalah pulak..dr.kata infection..sabor jeklah.

eheh..pg ajelah ikut abg bulat tu bukak..biarlah dia ngan kawan dia, alin layanalh makanan2 tu sepuas hati..

Aku Bukan Bidadari said...

rajinnya masak waktu sahurr... thumbs up

Mummy Rizq said...

lyn... achik kalo sahur tu rasanya nak bukak mata pun tak bleh.. ni hang siap masak pelbagai...

2 THUMBS UP!

Alinlai said...

IV & MR
sedap sup ketam...try la sekali sekala, masukkan serai, halia, bawang, garam, cili sikit, potong carrot lepas tu jerang naik je...rasa manis ketam dah cukup sedap...makan panas2 perghhh bestttt!!! budak2 suka tu, anak2 menakan kalau masak sup ketam tak makan dah benda lain.

Syikin,
kesiannya kena infection plak, dugaan bulan posa tu :) hari ni OK dah...matahari pun dah nampak, pulau2 pun dah nampak...jerebu dah lari la kot balik Indon ke ke ke

Alinlai said...

Tiara,
ke ke ke masak sempoi je la bukan la masak sakan sangat pun, tapi ntah la so far tak kisah la pun nak bangkit sahur tu tapi mata ni automatik lepas subuh memang nak pejam...sambung la tido balik :)

Achik,
erkkkk rajin ka? tadak la biasa2 je tu...bukan susah nak masak sikit2 tu, main campak2 dlm kuali je :)